TIADA DAYA

Romance Completed 14608

Deringan telefon aku abaikan, entah beratus kali agaknya. Whatsapp juga tidak dibuka langsung. Enggan berbalah apatahlagi mendengar pelbagai alasan.

Ketukan pintu juga aku abaikan. Lqngsung tidak ada daya dan upaya untuk menghadapi kesakitan ini. Lebih sakit rasanya apabila insan di sekeliking kita menganggap diri ini sebagai barang atau alat permainan yang boleh ditolak dan diambil mengikut keadaan. Satu kertas masuk dicelah pintu.

Abg betul-betul minta maaf Ain, percayalah abang tidak seperti apa yang mereka anggap. Abg tidak pernah pergunakan Ain untuk melupakan Wahidah. Sejak awal lagi Ain tau abang memang ada masalah dengan Wahidah. Abg tidak pernah menipu adik jauh sekali mengambil kesempatan. Abg tau adik terluka tapi untuk kali ni tolong la percayakan abg. Jangan buat perkara bukan-bukan. Abg sayangkan adik sampai bila-bila.

Aku renung kertas itu dan dengan bersaksi air mata aku renyuk dan koyakkan kertas tersebut sepertimana sakitnya hati aku padanya. Aku tidak dapat membaca hati manusia. Aku tidak tahu harus percaya atau membiarkan saja.

Malam yang dingin, aku berteleku berbicara dengan Maha Pencipta. Bergenang air mata mengingat segala kisah dan ceritera. Manusia yang ku percaya seringkali khianat dan berdusta.
Ash sahabat baik dan kekasih hati yang juga akhirnya berpaling. Sekarang Arm yang menanam harapan akhirnya dia juga yang melukakan.

Setelah semalaman menangis, demam mula menyerang dan aku sempat memaklumkan kepada abg syafiq dan Izzah untuk tidak hadir kuliah. Aku sempat berpesan untuk tidak menggangu aku yang hanya ingin berehat.

Dikawasan kampus,

puas hati korang?. Apa yang korang dapat bila dah hancurkan hati dia?. Lega, bahagia?. Korang kawan yang paling aku percaya. Soal hati dan perasaan memang aku tak dapat ungkapkan. Pasal Wahidah, korang sendiri tahu dia dah ada pengganti lain. Apa itu tidak cukup untuk buktikan aku tidak punya apa-apa hubungan lagi?. Fiq ko tau aku, ko kenal aku dah lama. Aku bukan orang yang senang rapat dengan sesiapa nak-nak lagi perempuan. Tapi Ain Airis berbeza. Aku sayangkan dia macam adik aku sendiri. darah daging aku. apa yang ada pada dia mampu menutup kesunyian hidupkan selama ni sebagai anak tunggal. Ada dia boleh bawa bahagia dalam hidup aku. Tapi apa yang korang dah buat?. Selama ni aku sikit pun tak pernah jentik dia, tak pernah sakitkan hati dia terutama pasal wahidah. Tapi korang senang-senang canang benda yang korang sendiri tak pasti. Megat, Syafiq andai aku kehilangan Ain sebab peristiwa semalam, aku takkan maafkan korang berdua. Aku takkan maafkan.

Arman berjumpa dengan Laoshi yang mengajar dan meminta izin untuk membawa pelajar ke klinik.

Aku tidak boleh biarkan Ain sendiri, semua ini salah aku. Kalau sesuatu yang buruk terjadi aku takkan maafkan diri sendiri. Arman bergegas mengambil beg sandang dan kembali semula ke asrama untuk melihat keadaan Ain.

Aku berbincang dengan penjaga asrama untuk mendapatkan kuncinpendua bilik Ain. Aku yakin dia masih tidur kerana langsung tidak mengangkat panggilan telefon.

Penjaga asrama membantu untuk membukakan pintu dan gelap. Ain menutup seluruh badan dan muka dengan selimut. Pendingin hawa dibiarkan hidup dengan angka paling sejuk. Sehingga untuk berpijak di lantai bilik juga kesejukan sangat terasa.

Aku dengan serba salah mencuba untuk membuka selimut yang menutupi kepala dan aku lihat seraut wajah yang sedang tidur. Dahinya agak panas begitu juga bahagian leher. Aku terus menghidupkan lampu dan mengambil saputangan di loker Ain. Membasahkan tuala itu lalau mengelap muka dan lehernya. Aurat Ain terdedah tetapi keselamatan dan kesihatannya paling utama. Aku cuba menggerakkan Ain namun rengekannya membuat aku hiba.

"tak payah pedulikan Ain, biarlah Ain sendiri. Ain tak mahu lagi dianggap pengganggu semua orang. Ain nak balik sekarang. Ain rindu mak ayah dikampung". Ain masih menutup mata meskipun bibirnya sebentar tadi sempat mengungkapkan rasa hati.

Aku tunduk mencium dahinya, sejuta penyesalan menggangu jiwa dan meranapkan kebahagiaan. "maafkan abg sayang, abg tak sangka boleh jadi macam ni. Ain tidur dlu ya, abg cari ubat dan makanan. Kejap lagi Abang datang semula".

Langkah longlai ku bwa menyusur klinik kampus untuk mendapatkan ubat bagi kegunaan Ain. Perasaanku berbelah bagi. Adakah aku cintakan ain... Ya Allah perasaan apa yang aku ada sebenarnya. Cinta atau sebatas kasih sayang seorang abang. Aku risau keadaannya, bagaimana aku berhadapan dengan Ain selepas ini ya Allah. Tapi aku tidak sanggup kehilangan dia. Ain adakah ini yang dinamakan cinta. Tolong abang untuk memahaminya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience