Salam, Abg Arm ni
walaikumsalm..ya ain save nombor abg.
abang nak tanya ain satu benda, kenapa ain x nak abg hantar balik tdi?
abg, ain minta maaf sbb mmg ain tak biasa naik motor. Dekat kampung ain pun memang perempuan jarang naik motor. Ain macam fobia naik motor... kecuali terpaksa.
Baru abg tahu, ingatkan Ain memang takut dengan abg. sorry kalau abg buat ain serba salah. Abg happy kenal Ain sebab dalam hidup abg ni memang tak pernah ada adik.
abg anak tunggal?
ya... abg ada mak dan nenek je ain.. ayah dah tak de..
sorry abg, ain x tahu.
Ain jga diri kat kl ni, pandai-pandai pilih kawan. Jangan terlalu percaya orang ya.
insyallah, Ain ingat pesan abg.
aku senyum sendiri setelah selesai berbalas pesanan dengan abg arman. nampaknya dia juga seorang yang baik.
selepas menghadapi midterm, aku, ela dan izzah bergegas untuk menghadiri temuduga kelaakan program pertukaran pelajar ke China. Kami sempat bertukar-tukar pandangan dengan rakan-rakan yang lain. Satu senyuman dihadiahkan kepadaku oleh seraut wajah yang menenangkan hati. Izzah menyedari situasi itu dan bertindak menyiku lenganku. "Ain, abang tu yang interview, bukan ko baik ke dengan abg tu. jangan lupa bqgi kami join sekali ya". " sssst, jangan la cakap kuat-kuat, nanti orang dengar. Aku dah cakap awal dengan dia naknpergi sekali dengan ko dan ela. Nanti dia cuba bantu asalkan kita jawan setiap soalan yang diajukan pensyarah.
Selesai sesi temuduga dan kami dapat menjawab dengan baik. telefon bimbit bergetar... ada pesanan masuk
"bijaknya adik abg ni jawab soalan, confirm boleh masuk senarai".
"tapi ela dan izzah pn nak join... abg tolong mereka berdua k.
insyallah adik, nt abg bantu ya. asalkan abg selalu dapat tengok adik...
aku kelu dan membiarkan pesanan itu tidak berbalas... hatiku rasa tidak tenang. entah apa maksud sebenar tulisannya tadi.
semenjak kebelakangan ini, Ash agak sibuk, kurang menghantar pesanan kepadaku. tetapi aku sedapkan hati mungkin ada kekangan yang dia hadapi. Ash ank sulung yang menjadi harapan keluarganya. Dia sudah biasa hidup senang kerana lahir dari keluarga yang bekerja. Aku memang memiliki adik beradik ramai dan masing-masing sudah bekerja. Masalah kewangan itu kurang ku hadapi lantaran ayah sering mengirimkan wang tepat setiap bulan.
Share this novel