Cuti Seminggu

Romance Completed 14608

Ela, boleh tak aku nak ikut ko balik kampung? ujarku kepada sahabatku. Izzah pun nak ikut? soalnya pula. Akhirnya kami berdua mengangguk. Aku rasa inilah masa terbaik untuk aku tenangkan fikiran yang kusut. Dua hari lalu, Ash memaklumkan ingin bertemu aku, dia akan datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk bertemu denganku. Aku tidak mahu lagi memikirkan hubungan yang tidak pasti. Ain, ko betul nak ikut balik pahang? ke ko nak lari dari Ash? . Ntahlah, kedua-dua pun betul. aku tersenyum sendiri menatap sahabat baikku.

"adik, betulkah cuti nanti balik ikut ela"? -Abg Arman.

" ya betul, adik dengan Izzah nak tengok kampung ela. Abg x balik?

Balik la dik, jenguk mak dan tok kat kampung. Nanti kita jumpa ya kat sana. Kampung ela dan abg dekat je.

ok. nanti adik jumpa abg kat sana ya.

Salam ain..Ash akan bertolak lagi tiga hari. Ash naj jumpa Ain. Tolonglah jangan lari lagi dari Ash. Ash sayangkan Ain sepenuh hati Ash. Kalau Ain ragu, Ash boleh hantar rombongan meminang segera. -ash

Aku biarkan saja pesanan itu berlalu tanpa terasa ingin membalasnya. Lusa kami akan menaiki bas ke kampung halaman ela.

Pagi itu, kami merehatkan diri di tepi pantai yang sangat indah dan mendamaikan. Abang Arman juga menyertai kami bertiga.

Adik, boleh abg tanya? ujarnya dengan nada yang tenang.

Aik, bertanya pun kena minta izin? aku berseloroh.

Adik ada masalah peribadi ke? kenapa adik tak cakap dengan abg saja.

Adik seganlah.. meh nak cerita... masa Abg datang hantar makanan tu adik memang ada masalah dengan hurm... boyfriend adik. Dah putus pun, tak de apa nak dikenang lagi...biarlah. Semoga dia bahagia dengan pilihan hatinya. Menuturkan kata itu sangat mudah tapi perit dihati masih terasa.

Adik, jangan bazir air mata untuk orang tak menghargai kita. Adik ni kan baik, cantik dan comel mesti ramai yang suka.

Hurm.. malas la nak pikir tu semua. Oh ya Abg takde girlfriend ke? kenalkan lah dengan kami.

Panjang ceritanya dik... abang dah clash... dia universiti lain... tapi kat sana dia jumpa orang yg lebih baik agaknya. Dia minta untuk berpisah.

Abang tak pujuk dia ke?

Dah...siap datang jumpa dia lagi. tapi memang macam tu la jawapannya.

"Ain, ni ha Ash call tak berhenti, agaknya dah sampai asrama kita tu, angkatlah tak baik buat orang macam tu.

Aku ambil telefon bimbit dan pergi mengambil jarak daripada sahabat-sahabatku.

Assalamualaikum, Ash tak perlu cari Ain lagi. Cukuplah apa yang telah terjadi. berilah ain ruang untuk ketenangan dan masa depan Ain.

Ash sayangkan Ain

Ain dah penat dengar Ash, tapi akhirnya Ain yang terluka. Apa lagi yang Ash nak nafikan, segala bukti Lydia dah hantar pada Ain.

Ain, Ash betul-betul nak jumpa Ain. Ash dah ada depan asrama ain.

Ash, Ain dah balik kampung kawan Ain, Ash balik la. Kalau ada jodoh kita pasti akan bertemu juga.

Hatiku kembali berdarah lagi, air mata yang suda kering kembali bergenang lagi. Allah tenangkan hati ini. Izzah memeluk untuk menenangkan diriku.

Ketika kami melangkah untuk masuk ke restoran makanan segera KFC, Ela dan Izzah meminta izin untuk masuk ke Guardian membeli barang keperluan. Aku masih lagi termanggu sebelum abang arman mengengam jari ku dan membawaku masuk untuk memesan makanan. Aku biarkan saja tangan ku dipimpin...

Dah, jangan pikir lagi ok... Abg ada dengan adik. Sampai bila-bila pun abg akan ada dengan adik.
Macam yang abg selalu cakap, adik ni ada makna dan tempat tersendiri dalam hati abang... kat sini... dia senyum sambil menunjuk ke arah dadanya.

aku tersenyum mendengar celotehnya... Alhamdulillah aku dikelilingi oleh rakan-rakan yang baik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience