Adik, eh jangan nangis macam ni. Abang tanya je kan, bukan abg marah adik pun. Dah tak mahu nangis macam ni, nanti orang ingat abg yang buat adik jadi macam ni...
Aku hanya tunduk dan tidak mampu memandang abg arman lagi. Keadaanku ketika ini sangat "fregile". Aku cuba untuk bertahan meski sedu sedan masih tersisa. Abg Arman bangun dan cuba duduk berhampiran denganku. tangannya terus bergerak menyapu air mata di pipiku. Aku terkesan tetapi ketika ini aku tidak mampu untuk menuturkan apa-apa lagi. Hatiku sudah hancur berkecai meski rasa cintaku telah bertebaran.
Adik makan dulu ya, jangan buat abg risau macam ni. Aku cuba menjamah makanan yang diberikan abg Arman. Aku dengar deringan telefonnya,
"fiq, aku tak datang kuliah ya, aku ada hal. nanti bantu aku salin nota kuliah ya... nanti kita jumpa kat asrama". Aku lihat abg Arman merenung telefon bimbitku yang sedari tadi bergetar menandakan ada panggilan masuk tetapi aku tidak mengendahkannya.
"adik, ada masalah? jangan segan kongsi dengan abg. Abang dah sayang adik macam adik abg sendiri. Kehadiran adik dalam hidup abg memenuhi ruang-ruang kosong yang selama ni tidak pernah terisi.
" ain ok, abang tak perlu risau k. ain dah kenyang. boleh tak ain nak naik atas dulu. Ain betul-betul tak larat".
adik naik atas ya, bawa makanan ni nanti rasa nak makan adik boleh terus makan. Plastik ni ada ubat demam dan sakit kepala. adik makan ubat dulu lepas tu rehat. abang gerak dulu ya. nanti ada apa-apa terus hantar mesej kat abg.
terima kasih abg, sudi hantarkan ain makanan. Abg Arman melemparkan senyuman dan berlalu pergi menaiki motorsikal kesayangannya.
"sayang, jangan buat Ash macam ni, Ash mengaku salah. jangan tinggalkan Ash.
"sayang, Ash tau Ain marah, merajuk, kecewa. tapi tolonglah angkat call Ash. Ash tak tenang selagi Ain macam ni".
Ain Airis, kaulah perempuan paling bodoh kalau percayakan Ash. Hampir setiap malam kami keluar lepak bersama. Setiap kali dia call kau, aku ada dekat sebelah dia. Kadang kala dia tipu kau, sebab tak mahu tembelang dia pecah. - lydia
Kalau ko nak bukti, aku dah send semua screenshot whatsapp kami. Airis pikirlah masak-masak dan saya memang cintakan Ash. Saya sangat cintakan Ash meskipun dia masih tidak mahu mengaku dengan Ain mengenai hubungan kami. -lydia
Ain tolonglah percayakan Ash. jangan menghukum Ash dengan cara seperti ini. Lydia bohong dan terus menerus mengugut ash. Sumpah sedikitpun Ash tidak ada hati dan perasaan terhadap Lydia.
Aku mengalunkan bacaan yasin untuk menenangkan hatiku yang resah dan rungsing. Hanya Allah sahaja tempat aku mengadu dan berharap. Andai Ash bukan jodohku maka aku mohon jauhkan dia ya allah dariku. Kuatkan aku ya Allah untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.
ketenangan yang ku peroleh ini menguatkan rasa hatiku.
aku membuka kembali pesanan Ash untuk mengirimkan kata-kata.
Ash, mungkin kita tidak memiliki apa-apa pertalian, bertunang pun belum apatahlagi berkahwin. yang kita miliki adalah rasa kasih sayang dan janji sesama insan. Ain maklum, hati manusia ini mampu berbolak balik begitu juga Ash. Kita hanya manusia biasa yang kadang kala kalah dengan cubaan dan dugaan. Ain maafkan segalanya dan Ain doakan Ash bahagia dengan pilihan. Mulai hari ini, kita tamatkan kisah cinta kita dan ain mohon dihalalkan segala yang pernah Ash berikan pada Ain. Ain takkan pernah berdendam dengan Ash. kita tetap sahabatr sampai bila-bila.
Setelah menghantar pesanan itu, air mata ku masih saja gugur meski aku sudah reda dengan takdir ini. Mungkin ada yang kurang padaku sehingga Ash berpaling dan memilih Lydia.
keesokannya, aku ke kuliah bersama izzah dan ela. Aku hanya berpura-pura tersenyum meski galau dihat hanya Allah sahaja yang tahu. Kami duduk makan di cafe namun aku tidak berniat untuk menjamah makanan. Aku meminta izin berlalu untuk ke perpustakaan fakulti. Di sana aku memilih sudut yang paling hujung dan sunyi untuk duduk bersendirian. Air mata menitis tanpa dipinta, begitu sukar untuk aku melupakan Ash. Ela dan Izzah sudah mengetahui kisahku lantaran aku meminta mereka menjawab panggilan Ash di telefonku untuk bertanya keberadaanku.
"Adik, buat apa sorang-sirang di sini". aku sempat menyeka air mataku agar tidak dapat dilihat oleh abg arman. Adik masih tak sihat? aku hanya menggeleng kepala sahaja. Aku berlalu tanpa sepatah kata kemudian terus menuju ke surau menunaikan solat.
Biarlah apa juga kata mereka, yang pasti aku tidak mampu menyembunyikan kesedihan ini.
Selesai solat, aku menunggu di sebuah meja khas di depan surau. Tanpa sedar, abg arman terus memerhatikan tingkahlaku ku.
Share this novel