Selepas beberapa hari kejadian yang menyebabkan Ain bertekak dengan amran, akhirnya perasaan itu semakin membaik.
Ain tak marah pun, biasalah kadang kala emosi menguasai diri. Ain ok, lupakan je la. - Ain Airis
Abg minta maaf ya dik, abg memang tegas kalau tentang kerja. Abg selalu abaikan perasaan ain. Kadang-kadang abg rasa Ain terlalu baik dibanding dengan abg. Abg tak layak pun untuk ain dan sesiapa. - abg Arman
ish...tak baik tau cakap macam tu... Kalau tak baik kita ada masa perbaiki diri sendiri. Hidup ni mudah kita hanya pilih saja perlu jadi diri sendiri - Ain Airis
Terima kasih dik, selalu positif bila berfikir. Untung siapa yang dapat jadi suami adik- abg Arman
tu doa ka atau sindiran. tau la ain ni x pandai masak, kemas dan yg sewaktu dengannya - Ain Airis
Hidup dik bukan hanya utk pekerjaan harian. Apalagi memilih pasangan, boleh je buat kerja sama-sama. Tak de masalah pun. - Abg Arman
Entah la, tak de idea tentang jodoh ni. Serah pada Allah saja untuk menentukan yang mana terbaik. Satu je bagi Ain, jodoh yang di restui adalah yang paling baik untuk hidup seseorang anak. - Ain Airis
Ya betullah tu dik, macam mana kasih sayang pada seseorang pun takkan mampu melebih kasih sayang orang tua kita. - Abg Arman.
BESDAY GROUP (ARMAN)
Megat - admin..
Assalamualaikum, dua hari lagi befday ketua kita tu yang suka marah dan merajuk. Plan dah ada, kita semua kena bersatu hati untuk buat kalau betul nak jadi yang terbaik.
1. JANGAN ADA SESIAPA DIANTARA KITA YANG UCAPKAN SEBELUM TIBA WAKTUNYA. tahan diri masing-masing ok
2. PERSIAPAN TEMPAT AKAN DIKETUAI OLEH BALQIS DAN JANNAH..(taman sebelah barat)
3. MAKANAN DAN MINUMAN RINGAN ( SYAFIQ DAN MEGAT)
4. BAWA ARMAN DATANG ( AIN) tugas ni berat tapi kena berjaya juga. Ain perlu lengahkan masa untuk persiapan kami. Bila ON bru datang ya.
Macam mana ain nak bawa arman. -balqish
itu ko jangan risau, adik kesayangan dia je boleh tarik dia dtg sini. Kalau kita semua jangan harap dia nak ikut- megat
ok set - fatin
orite - adam
faham - mila
noted -azua
bereh-ela
Pagi ini kami ke kelas seperti biasa, aku terpaksa meneruskan lakonan yang dipinta agar merajuk sepanjang hari dan tidak memberi layanan seperti biasa kepada Arman.
" Nah, abg belikan coca cola".
"thanks" ujarku
"kenapa ni, macam tak de mood je, abg ada buat salah ke?".
" tak la, malas je mmg tak de mood hari ni".
Patutnya abang yang bad mood sebab semua orang buat tak tahu je. ni adik pun sama. langsung tak ingat apa-apa pasal abg. Nadanya seakan sedih dan merajuk.
Aku cuma diam dan berlalu untuk berbual bersama Izzah dan Ela.
Malam yang dinanti tiba juga akhirnya. Mereka perlahan-lahan keluar untuk melakukan persiapan. Sementara aku diminta untuk mengajak Arman berjalan ke sebelah timur sementara mereka berada di sebelah barat.
"Abg, can i talk to u"? aku mula menulis whatsapp
"sejak bila nak peduli abg ni"? masih dengan rajuknya.
Boleh tak abg temankan adik jalan di taman timur. Adik bosan duduk kat bilik, tapi kalau abg tak nak keluar tak pem Adik jalan dulu tau. Aku mengekeh ketawa sambil menunggu dia membalas.
Adik... wait for me... dah malam ni, bahaya keluar sorang diri. Adik suka tau buat abg risau macam ni. Pakai kain pelekat je la jalan. Abg tunggu kat bawah..NOW...
Aku melambaikan tangan dan senyum kearahnya. Sepanjang perjalanan ke taman sebelah timur kami hanya diam. Menghayati keindahan alam dan udara yang agak sejuk dan nyaman.
Adik suka abg? Tiba-tiba dia bersuara.
Ade ke orang tak suka abang dia sendiri? aku membidas soalannya.
i meant do you love me? Please abg nak dengar pengakuan jujur adik.
Apa abg merepek ni?, abg nak adik mengaku apa? Memang la adik sayangkan abg. Of course no doubt. I always love u as a brother.
Betul adik langsung tak cintakan abg?. look at me and says that.
Allahu akhbar... kenapa abg ni. Atau... aku terdiam. Abg suka adik? lebih dari sepatutnya?
Dia hanya menunduk sambil kami meneruskan langkah.
Adik, abg pun tak tahu bila rasa ini datang. Abang sayang adik, sangat-sangat sayang and more than brother and sister. Banyak kali abg fikir,memang abg tak boleh tipu diri abang. Adik dah ada tempat dalam hati abg ni.
Aku diam dan terpana. Susah untuk aku mencerna pengakuan jujurnya ketika ini. Aku tidak pernah berniat untuk memintanya berterus terang bimbang menyulitkan keadaan.
Abg tahu, abg keterlaluan sedangkan adik cuma anggap abg macam abg sendiri. Adik, boleh tak untuk kali ni adik terima cinta abg walaupun hanya sebatas waktu disini. Abg pasti akan rindukan adik bila balik ke malaysia.
Abg, Ain tak tahu nak balas macam mana. Tapi percayalah abg cuma tersilap dalam membuat penilaian terhadap perasaan abg. Kadang kala kesunyian itu menyebabkan kita rasa kita mencintai seseorang tapi hakikatnya tidak.
ting... satu pesanan masuk
"Ain, dah ready boleh gerak sekarang".
Jom kita patah balik, adik nak ke taman barat pula. ujarku dengan nada bersemangat.
"Malam dah, esok je la kita pegi. Abg dah tak de mood nak jalan".
setiba di depan asrama dia meneruskan langkah masuk . Sedangkan aku perlu membawanya ke taman sebelah barat.
Aku bergegas menghampirinya dan mengengam erat jemarinya. Aku cuba membawanya bergerak tetapi dia pantas melepaskan tautan jarinya.
adik ni dah kenapa. nak sangat jalan kan pegi jalan sendiri.reda je malam yang gelap tu. Perempuan kena tau jaga diri, jaga batas bukan macam ni caranya. Adik ni tak ingat soal akhlak ke?. Nak jual diri ke pegi ke sana. Mentang-mentang orang tua tak ada depan mata. Senang-senang nak buat benda bukan-bukan.
telingaku mula panas mendengar ayat demi ayat yang dilontarkan olehnya. Aku tahu dia memendam amarah. Aku perlu lawan agar dia ikut sampai ke taman.
okey, abg boleh masuk.. I will go lonley... tak hadap pun dan tak letak harapan pun dengan manusia ego macam abg. Sentiasa rasa betul, tak pernah mengaku salah. Tak ada rasa empati dalam diri. go.... aku teriak dengan suara yang diiringi esak.
aku terus berjalan dan air mata aku seka. Jujur aku terasa dan sakit hati. Aku tidak peduli lagi kalau plan ini gagal.
"Adik, berhenti la, abg ikut ok. Abg janji abg ikut ke mana pun adik nak. Jangan marah macam ni lagi ok". Dia mengengam erat jemariku dan menarik aku masuk ke dalam pelukannya. Im so sorry ok. I love u adik.
aku cepat-cepat keluar dari pelukannya dan membiarkan jariku dalam gengamannya. Nanti drama panjang pula sedangkan yang lain dah tunggu.
"HAPPY BIRTHDAY TO U...
HAPPY BIRTHDDAY TO ARMAN..
HAPPY BIRTHDAY TO U...
kami semua tepuk tangan dan meminta dia menipu lilin pada kek... Dia tergamam dan pasti tidak menyangka kejutan yang kami lakukan.
Alhamdulillah sambutan yang tidak seberapa dari kami semua ini pasti akan menjadi kenangan indah untuk dia kenang. Doaku semoga satu hari nanti dia akan bertemu jodoh yang lebih pantas untuk menjaganya. Aku mungkin bukan orang yang dia maksudkan.
Semoga yang baik-baik saja untukmu dear abang..
Share this novel