Ketika selesai menunaikan solat maghrib dan membelek- belek halaman yang perlu ditelaah untuk persedian kuliah keesokan harinya, entah mengapa terbit rasa risau yang tidak dapat dibendung. Seolah-olah ada sesuatu yang bakal terjadi. Allah, pelihara keluarga dan orang-orang yang ku sayangi, doaku dalam hati.
Jam 10 malam, masuk satu pesanan dari nombor yang tidak ku kenali.
Ini Ain Airis?
aku berfikir sejenak dan membalas pesanan tersebut.
ya saya Ain, ada perlu apa ya dengan saya?
Kenalkan saya Lydia, kawan Ash atau lebih tepat kekasih Ash.
Aku kelu tidak mampu untuk menjawab pesanan tersebut. aku biarkan sahaja tanpa balasan. Mendung di hatiku memang tidak dapat dibendung lagi. Selama ini aku tidak pernah sangsibdengan kesetiaan Ash, dan dia tidak pernah menunjukkan sebarang tanda ke arah ini. Layanan Ash padaku tetap sama seperti selalunya.
Salam Ash, Ain ada perkara nak tanya Ash.
walaikumsalam sayang, Ain nak tanya apa?
Betulkah Lydia kekasih Ash?
panggilan Ash tidak ku hiraukan meskipun deringan itu menggangu emosiku. Aku tidak mampu untuk bercakap apatahlagi mendengar suara Ash. Mungkin betullah Ash sudah ada kekasih baru ujarku dalam hati...
Sayang, angkat la telefon ni, biar Ash jelaskan perkara sebenar. Memang Ash kenal Lydia, Ash mengaku selesa berkawan dengan dia. Tapi dia bukan kekasih Ash sepertimana yang Ain fikirkan. Tolong la percayakan Ash.
Aku mengaku emosiku agak terganggu. Seharian aku menangis, entah kenapa hatiku begitu rapuh dan sememangnya inilah dugaan yang paling aku takuti. Tiga hari aku tidak bertemu ela dan izzah, tidak meninggalkan bilik apatahlagi menjamah makanan.
Adik, abg tak nampak adik difakulti. Abg nampak kawan adik je. Adik tak sihat?.
Ya .. ain tak sihat, demam sikit je.
Allahu, adik dah minum ubat? makan dah ke? kalau belum abg datang hantar kat asrama tu. adik turun je.
tak pe la abg, ain tak selera nak makan.
aku terus menatap gambar-gambar bersama ash sambil mengalirkan air mata. Sungguh, sakit yang tidak mampu digambarkan. Aku menunaikan solat zohor... namun airmata masih enggan berhenti sehingga aku tertidur ketika masih mengenakan telekung. ..
Deringan telefon telah mengejutkan tidurku. Suara yang serak aku gagahkan juga untuk menjawab panggilan abg arman. bimbang ada tugasan yang memerlukan kehadiranku.
"adik, keluar jap, abg tunggu dekat taman botani bawah ni. Abg tunggu kat sini"
Allah dugaan apa lagi ni, aku sebolehnya tidak bersedia untuk bertemu sesiapa. Air mata ini takkan mampu ditahan apatahlagi bila berhadapan dengan orang lain.
Aku bersiap ala kadar sahaja. Ku lihat susuk tubuh seorang insan yang ku kenali sedang duduk di sudut meja taman bersama bungkusan makanan.
Assalamualaikum, abg datang sorang je?. Abg Syafiq tak ikut?. aku sekadar berbasa basi. Tanpa ku duga abg arman meletakkan kekura tangannya di dahiku.
Adik, kenapa tak bagitahu abg kalau sakit. Badan panas ni, mesti tak makan lagi kan. Serentak dengan itu gugur juga airmata yang sedari tadi ku tahan.
Share this novel