TERSELIUH

Romance Completed 14608

Malam ini aku mencari sedikit ruang untuk bertemu rakan-rakanku digelanggang futsal berhampiran asrama kerana keesokan harinya kami terlibat dalam pertandingan. Sementara aku menunggu kehadiran coach dan pemain lain, aku mengelamun mengingati perbualanku bersama abg arman.

"adik, tak payah la ikut main lagi... minggu depan kita kan nak pegi China da".

"tapi adik kesian kawan-kawan adik tu... nanti dorang tak cukup orang la. Adik janji jaga diri tau, jangan risau ya"

"adik, macam mana la abg tak risau, adik tau kan abg sayang adik... kadang kala lebih dari sayang diri sendiri. Apa saja yang melibatkan adik mesti buat dada abg berdebar. "

"adik tau, tapi bagi la adik main ya...satu hari je, tak lama. adik janji lepas je main, adik akan whatsapp abg ya ..

Latihan kami memakan masa dua jam sebelum kami diberikan arahan untuk pertandingan esok. Seperti kebiasaan aku, tugas dan posisiku hanya berada di atas dan aku diperlukan untuk menjaringkan gol. Aku memaklumkan coach keadaan diriku yang tidak bersedia dari segi latihan kerana hanya beberapa kali aku terlibat latihan.

Perlawanan pertama menentang kolej kediaman Tun Ahmad Zaidi. Kami tidak mempunyai masalah dan dapat menjaringkan 3 gol sebagai mata kemenangan.

Perlawanan kedua juga kami menang tipis dengan bekal hanya 1 gol menentang kolej kediaman ke 9. Pusingan separuh akhir menyaksikan kami bakal berdepan kolej kediaman kelima yang agak kuat kerana dibarisi oleh pelajar-pelajar PALAPES.

Separuh masa pertama menyaksikan kami berbalas gol 2-2 dan ketika babak menghampiri minit akhir aku lihat dua orang pemain cuba untuk menghampiri aku ketika aku mula menyerang... Akhirnya, kaki aku menjadi mangsa mereka. satu tepat dibuku lali dan satu dibetis. Allah aku jatuh terduduk dan tidak mampu menahan kesakitan di kakiku.

Team kami layak ke final meskipun aku tidak dapat bermain lagi untuk membantu sahabat-sahabat. Tapi aku risau bagaimana jika abg arman mengetahui keadaanku..

Ketika waktu rehat, aku cuba berjalan dibantu oleh seorang rakan. Namun aku terserempak dengan abg Megat yang bermain bersama pasukannya. Ain kenapa kaki? dia cuba duduk untuk melihat kecederaanku. Allah ain, kenapa sampai jadi begini. Teruk ni biru dan membengkak da. Kalau abg Arman tau ni mesti dia risau. Aku menggeleng kepala agar abg megat tidak memberitahu keadaanku kepada abg arman.

Tapi jangkaanku meleset bila aku menerima satu pesanan.

"adik abg singgah kat situ ya... abg ada bwakan makanan dan minuman".

Aku cuba untuk menutup kecederaanku dengan cara duduk dibawah pokok sambil menunggu kedatangannya. Kakiku yang mula biru dan membengkak aku tutup dengan beg galas belakang agar abg arman tidak menyedarinya.

"adik, nah makanan. jom makan dibawah pondok sana" sapanya mesra.

"abg arm, kita makan kat sini jela, adik nak berteduh kat sini".

"adik, panas kot kat sini, dah jom pindah duduk pondok tu. selesa sikit nak makan, nak borak dengan kesayangan abg ni.

Abg jalan dulu la nanti adik menyusul. ujarku berharap agar dia segera beelalu dan aku mampu menyusulnya. Aku cuba gagahkan diriku berdiri dan berjalan dengan lurus agar dia tidak perasan kecederaab kakiku. Walaupun perlahan, akhirnya aku sampai ke pondok yang dimaksudkan.

Ketika baru menyuakan nasi ke mulut, seorang abang menegur aku, "ain, ok dah kaki tadi? boleh tak main final nanti?". Debaran dihatiku kembali kencang, aku hanya tersenyum "ok dah, insyallah" meskipun aku tau keadaan kaki ku memang tidak membolehkan aku bermain.

Aku kuis nasi dan lauk yang berada dihadapanku. Abg Arman ku lihat bertukar dingin dan tegang. Aku tahu dia marah dan kecil hati. Selesai makan, aku ingin berlalu kembali ke khemah pasukan.

"Adik, duduk dulu abg nak tengok kaki adik" ujarnya dengan nada mendatar.

"Ain ok, tak da apa-apa sikit je tadi tu. "

Abg tak suka tau dengar alasan, adik tau kan abg risau. Angkat sikit seluar tu, abg nak tengok kaki.

"Dia menyelak sedikit seluar dibahagian buku lali dan memicit bahagian bengkak. Aku menarik dan mendesis sakit.

Adik, dah jom abg hantar balik kolej, adik dah tak boleh main mcm ni. kaki adik dah terseliuh, bengkak dah naik. Dia memandang aku dengan wajah yang serius tapi tatapan itu yang sering membuat aku nanar.

Dia bergerak dan terus ke arah coach untuk berbincang. Aku serba salah melihat rakan-rakan yang lain. Mereka tahu aku ingin membantu tapi apakan daya, kaki aku memang sakit sangat.

Aku terpaksa menaiki motor buat pertama kalinya kerana tidak mempunyai pilihan. Kami singgah di sebuah farmasi untuk membeli ubat. Aku juga tidak tahu ubat apa yang ingin dibeli oleh abg arman.Aku lihat dia menjinjit dua plastik yang berisi ice pack, minyak urut, ubat tahan sakit dan satu krim.

Adik, pegang pingang abg ya, sebab kita nak turun bukit ni masuk kawasan asrama nanti adik jatuh. tak pun adik letak beg adik ditengah. Aku ragu-ragu tetapi aku bimbang keselamatanku. Lantas beg galas aku letak dihadapan dan aku memegang baju abg arman dibahagian belakang.
Adik jangan tidur tau, nanti jatuh pula pesannya.

Arman memakaikan aku topi keledar persis seorang abang. Aku gembira sebenarnya mendapat layanan yang baik dari rakan-rakan terutamanya abg Arman yang sering membuat aku tersenyum. Dia memang seorang abg yang sangat baik dan memiliki hati yang terlalu murni.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience