Kami duduk di gazebo yang disediakan di taman asrama. Abg Amran mengeluarkan ubat-ubatan yang dia beli tadi. Dia cuba untuk meletakkan kakiku yang cedera di pahanya tetapi aku teragak-agak.
Nanti adik buat sendiri kat bilik. Abg bagi je ubat tu okey. ujarku cuba untuk mengelak.
Adik, jangan degil boleh tak. lagi beberapa hari je kita nak bertolak dah ke China. kalau kaki adik tak sembuh, macam mana nak jalan. Akhirnya aku terpaksa juga membiarkan kakiku diurut perlahan-lahan sebelum dia meletakkan ubat yang sudah dibeli tadi.
"Adik nak tau tak, abg tak suka la adik cedera macam ni. Jangan buat abg risau, abg serius sayangkan adik".
ye, adik sorry ok. Mana la adik nak tau kaki adik cedera macam tu. Dorang memang dah agak kot nak sepak kat kaki. Hurm nasib baik abg ada urut kaki ni...
Abang tak balik kampung ke jumpa mak dan wan sebelum kita bertolak? aku pandang seraut wajah yang sering menjadi tumpuan gadis-gadis fakultiku. wajahnya sempurna, hidung yang mancung dan bibir agak merah walaupun aku tahu dia kadang-kadang merokok juga dengan kawan-kawan yang lain.
Balik malam esk, tu yang nak spend time dengan adik kesayangan abg ni. Adik dah baik balik ke dengan boyfriend kt kampung tu?.
Alhamdulillah baik macam tu la, tak baik bermusuhan. Jodoh kan ditangan Allah, jalani saja apa yang ada.
Maksud adik kawan biasa je la? are u sure?
aku tersenyum kemudian angguk kepala mengiya tekaannya.
Kalau macam tu ada borang kosong tak? ujarnya dengan nada bergurau.
Hurm tak payah isi la... x penting pun. peminat abg tu beratur dekat kampus tu, abg pilih je mana nak.
oh cemburu rupanya, daripada semua tu lebih baik pilih adik je. Cute, comel, baik walaupun cengeng dan suka nangis.
mana ada adik macam tu, tukasku geram.
Kalau adik nak tahu dalam kampus tu hanya beberapa orang je yang rapat dengan abg termasuk kak aina yg asal sabah tu, kak nur dan kak balqish. Tapi paling rapat, paling sayang dan paling tak boleh lupa tu dengan org depan abg ni la... Dia merenungku dan tanpa sengaja aku menatap matanya.
"tak baik tau cakap macam tu, kalau orang lain dah lama jatuh cinta dengan abg. Mulut tu jangan la manis sangat. kang adik jatuh cinta baru padan muka abg. Masa tu nak lari pun dah tak boleh. aku cuba untuk mengusiknya walaupun hatiku agak resah memikirkan ucapannya.
"Kalau adik suka abg pun apa salahnya bukan adik ada kekasih pun. Abang lagilah suka kalau jadi macam tu. Ntah la dik, hati sakit sebenarnya bila ingat benda yang lepas. Dia mula menunjukkan reaksi sedih. Mungkin teringat kekasih hatinya yang dah pergi.
Kalau macam tu, jom kita janji satu perkara. Ain nak abg happy macam selalu, tak mau la ingat benda-benda menyedihkan. Kita kan nak belajar jauh".
"Abg janji kat sana nanti kita luangkan masa sama-sama ya dik. Sepanjang masa abg akan jaga adik dan sayang adik macam mana abg sayang diri sendiri. Abang takkan biarkan sesuatu yang buruk berlaku, adik pun kena janji dengan abang untuk sama-sama kat sana tu. Jangan pernah jalan sendiri tau tanpa maklumkan abg" dia memandangku meminta kepastian.
"ok adik janji boss". Sepertinya rama-rama telah hinggap dihati kami berdua meskipun kami juga tidak mengetahui hala tuju hubungan kami. Kasih sayang yang asasnya seperti adik dan abang. Namun adakah hanya akan kekal seperti itu. Aku serahkan segalanya kepada tuhan kerana hanya dia yang mampu membolak balikkan hati kami.
Share this novel