Hari ni aku bangkit lebih awal dengan semangat yang baru. Kelas mandarin akan bermula hari ni dan aku sangat teruja untuk menghadirinya. Kami dibahagikan kepada dua kelas, alhamdulillah aku sekelas dengan ela manakala izzah dikelas sebelah... Abg Syafiq dan abg Arman juga sekelas denganku. Hari ini aku mengenakan baju kurung songket berwarna maroon. Seperti biasa aku mengejutkan rakan-rakanku terutamanya lelaki-lelaki budiman yang takkan ingat duniankalau tak digerakkan.
Bilik Amar dan amir ku tuju untuk mengejutkan mereka. Kemudian meluru ke bahagian paling hadapan pula. Setelah bersiap, aku seperti biasa akan singgah melawat abg kesayanganku ini sepertimana arahannya.
Abg Syafiq dah siap? mana abg Arm. Ain tengok je la dalam bilik tu... Abg dah kejut tadi, lepas solat tidur balik. Aku memerhatikan sekujur tubuh yang masih diselubungi selimut tebal. Aircond pula diparas sederhana saja tetapi memang musim bunga cuaca agak sejuk. Aku mengerakkan badannya tetapi masih senyap.
"Abg bangunlah, pegi mandi jap lagi kita nak g kampus dah. Ain malas la nak tunggu kalau lambat sangat. Bangunlah... nada pujukan telah ku berikan tetapi hampa. Aku mula meletakkan tangan di dahinya tetapi tak panas pun.
"tak pe la kalau abg tak nak bangun, ain jalan sendiri je ke kampus tu, sbb kawan-kawan dah nak pegi tu". Aku bangkit dan mula mengatur langka.
"Jap tunggu abang k, abg dah mandi pun tadi tapi sejuk sangat. Abg siap dlu, ain tunggu kat depan ya". Dia menggosok kepalaku kemudian meminta aku menunggu dihadapan asrama.
Kak Balqish menyapaku "morning Ain, jom jalan sama". Aku senyum "kak qish gerak dulu la, ain tunggu kawan-kawan ain kat blook A" aku berdalih walaupun sebenarnya orang yang ku nanti tu ada kat dalam tengah bersiap.
Abang, kenapa guna baju kemeja maroon juga. Nanti orang ingat ain janji dengan abg pulak.
Eh, suka hati abg la nak guna warna mana. Ela pun guna warna maroon kan.
aah la Ain, tak paya risau aku pun guna warna ni juga. Rasanya abg syafiq pun tadi maroon juga. tak da gosip liar la dah ramai-ramai guna warna ni. Izzah hanya senyum mendengar celoteh kami berkenaan warna baju.
Abg Megat mengambil kerusi bersebelahan denganku. Sepanjang masa aku rasa tidak selesa kerana pandangan Abg arm seolah-olah ingin membunuhku. Abg Megat mengajak aku untuk menemaninya membeli hadiah special buat kekasih hatinya sebelum kembali ke tanah air. Aku mengiyakan sahaja untuk membantunya kelak. Tak baik pula menolak sebab orang dah minta bantuan kan.
Suka la tu ada orang lain yang bagi perhatian ujar abg Arm ketika masa rehat. Ain biasa saja la tak da apa-apa pun. Ain biasa tapi abg tak suka la tengok. Ain tau kan abg tak suka, yang ain buat juga kenapa ujarnya dengan nada yang semakin meninggi.
"abg, ain buat apa sebenarnya? kita kan tengah belajar dalam kelas. takkan la ain nak halau abg megat daripada situ. Abg jangan la marah ain macam ni" aku cuba untuk berlembut.
"suka hati adik la, nak sangat kan" dia berlalu dengan rasa yang marah.
Malam ini giliran kami untuk memasak. Abg syafiq, amar dan aku sudah berada di dapur. Amar telah keluar untuk membeli barang keperluan. Manakala aku pula membantu abg Syafiq untuk memotong bawang, sayur dan lain-lain bahan untuk dimasak.
Ain, cili ni tumbuk sampai lumat dan letak dalam mangkuk ya. Entah bagaimana biji cili yang ku tumbuk masuk ke dalam mata dan mengenai lens yang ku pakai. Pedihnya hanya Allah sahaja yang tahu. Aku terpaksa menarik keluar lens yang ku pakai kerana biji cili tersebut menyebabkan mataku menjadi merah dan membengkak.
"ya Allah Ain, habislah abg macam ni. kalau arm tau apalah nasib kita ni. ujar abg syafiq dengan nada risau sambil menyelesaikan tugas memasak.
"bukan salah abg pun, Ain yang tak berhati-hati. Tapi dah ok kan...basuh berkali-kali, tinggal sikit je rasa pedih. Abg Arm tak pedulikan ain pun. balik kelas tadi dia jalan dengan kak Balqish. Ain ni bila dia rasa nak tegur dia tegur bila tak suka macam tu jela" terbit rasa sedih dan kecil hati mengenangkan sikap abg Arm. Sejak pertengkaran kecil pagi tadi dia sekalipun tidak menyapa aku bahkan terus duduk bersebelahan dengan kak balqish.
Aku menghidangkan nasi ke pinggan semua dan selepas itu abg syafiq mengagihkan lauk. seperti biasa kami makan malam bersama iaitu 13 orang. Aku sekalipun tidak mengangkat mata supaya mereka tidak mengetahui kemalangan kecil yang berlaku di pantry petang tadi.
"kak ain, boleh tak amar tambah nasi, lapar sangat ni". Meh sini pinggan, ambil kak ain punya separuh ni. Kak ain dah kenyang. Aku memberikan sebahagian nasi dipingganku kepada Amar kerana seleraku juga telah mati melihat kak balqish mempamerkan kemesraan bersama abg Arman.
Terima kasih kumpulan abg syafiq, kak ain dan amar yang menyediakan juadah sedap ujar Amir. Nanti amir temankan kak ain beli lens tau. lepas ni kak ain rehat je.
Mendegar usikan amir membuatkan aku terasa kesat meneguk air minuman ku. Aku tidak tau apa reaksi abg Arman kerana dia belum mengetahui kemalangan yang menimpaku.
Share this novel