BAB 27

Romance Completed 4746

“ Berzikirlah ingat Allah. Awak kena sabar Mohana. Bukan ini yang Maikel nak dia cuma nak awak kuat… sabar.. dia cuma nak Al fatihah dari awak aje sebagai makanan dia kat sana. Bukan kesedihan awak. Awak cintakan Maikel kan? Kesabaran itu tanda awak cintakan dia. Ia kami semua tak pernah lalui seperti yang awak lalui tapi ingatlah ada yang lebih teruk musibah yang mereka hadapi berbanding awak. Mohana.. awak masih ada mak ayah keluarga awak rakan – rakan dan yang paling penting awak masih ada Allah. Ingatlah Allah tu tak kejam dia cuma nak uji keimanan dan ketakwaan awak.” Aku telan liur sambil mengesat air mataku. Kata – kata Norman begitu menusuk ke kalbuku. Aku mencuba untuk memberikan segaris senyuman sambil mengeluh kasar. Benar kata dia. Aku harus kuat menjalani kehidupan yang Allah berikan kepada aku. Aku harus ingat kata – kata yang sentiasa diberikan Maikel kepada aku seusai usrah kami selepas sahaja waktu solat.

TIGA TAHUN YANG LALU...

Suasana di rumah anak yatim Solehin kelihatan begitu meriah dengan kedatanganku sebagai pengasas di sana. Itu merupakan permintaan Arwah Maikel suatu ketika dahulu seperti yang diberitahu oleh ibunya. Aku mengusap lembut kandunganku yang baru mencecah lima bulan hasil daripada perkahwinan aku dan Norman. Setahun selepas pemergiaan Maikel, Norman merisik aku untuk dijadikan isteri. Maikel seperti tahu sahaja bila ajalnya pelbagai persiapan yang dia lakukan meskipun terdapat sedikit perkara yang membuatkan dia makan hati sendiri. Dia menyuruh Norman menggantikan tempatnya jika suatu yang buruk berlaku kepada dia.

Maikel cinta pertama aku…dan aku akan tetap mencintai dia. “ Sayang kenapa datang sini. Kesian baby ni asyik jalan aje tak rehat kan anak ayah.” Norman mengusap lembut kandunganku sebelum mengucupnya. Aku genggam erat tangan Norman dia imam seperti yang aku harapkan selama ini. Ternyata Allah merancang perjalanan hidupku dengan cara begini. Aku dapat merasakan hidup bersama lelaki yang aku suka semasa di bangku sekolah dan lelaki yang aku impikan untuk menjadi imamku seperti Norman.

Antara Norman dan Maikel tiada bandingnya. Mereka sama masing – masing ada kelebihan yang tersendiri. Aku bersyukur dikurMohana kan dua orang suami seperti Norman dan Maikel. “Mama... ni hadiah untuk mama dan ayah. Selamat ulang tahun perkahwinan. Terima kasih sudi jadi ibu dan ayah kami.” Aku senyum manis lalu memeluk erat tubuh anak angkat perempuanku yang berusia tiga belas tahun yang kematiaan ibu bapa semasa nahas kapal terbang yang turut meragut nyawa Maikel cinta hatiku.

“ Terima kasih Iffah. Sama – sama. Ok anak – anak duduk semua hari ni ayah nak berikan usrah yang bertajuk musibah dan nikmat.” Aku duduk tenang bersebelahan suamiku yang sedang memberikan usrah Jumaat kepada anak angkat kami. Rumah berkembar tanda cinta aku dan Maikel dijadikan sebagai rumah anak yatim. Aku kini berhijrah ke kampung halaman ibu dan tinggal bersama Norman di dalam sebuah rumah teres di Perlis. Aku sanggup mengikut ke mana sahaja dia pergi asalkan dia berada di samping aku. Ada hikmat di atas kehilangan Maikel. Aku berlajar cara menghargai dan kesabaran. Norman menjadi penguatku selain keluarga dan rakan – rakan. Ada Allah yang sentiasa menjaga aku dari jauh.

“ Musibah dan Nikmat. Kedua – duanya ujian yang diberikan Allah kepada setiap hambanya. Nikmat merupakan bentuk kesenangan, keperluan dan keselesaan yang diterima seseorang. Seperti kesihatan, keamanan,keselesaan, harta benda, makanan,tempat tinggal dan banyak lagi. Bila kita dapat nikmat ni kita kena bersyukur ucapkan Alhamdulillah. Kita mesti menggunakan nikmat Allah ke jalan yang diredhainya. Musibah pula bentuk kesusahan, kesulitan dan halangan yang dihadapi oleh seseorang seperti kematiaan, kesakitan,kehilangan dan kemalangan. Bila dapat musibah kita kena bersabar berdoa banyak – banyak kepada Allah supaya Allah ringankan beban kita. Allah sayangkan kita sebab tu dia berikan kita musibah.” Aku lihat semua anak angkat kami terangguk – angguk mengerti dengan pesanan yang disampaikan Norman.

“ Ayah apa yang nak dibuat kalau kita ditimpa musibah?” Soal Hakimi kepada Norman.

“ Bersabar dan berdoa. Banyakkan ibadah sunat seperti solat sunat,puasa sunat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Berzikir untuk mengingati kekuasaan Allah dan ingatlah Allah tak kejam berikan kita musibah dia cuma sayangkan kita dengan ujian yang dia berikan.” Ujarku tenang. Aku juga pernah ditimpa musibah yang pernah membuatkan hati aku jadi mati. Aku tidak ingat bahawa ada lagi insan yang menyayangi aku.

“ Kalau abang nak yang baru… Mohana setuju aje kalau itu akan buat abang bahagia.” Tuturku dalam nada yang sedikit bergetar. Ramai wanita di luar sana yang menginginkan Norman menjadi suami mereka termasuk seorang gadis yang muda setahun dariku yang sebenarnya ingin dikhawinkan oleh ibu Norman kepada Norman. Cantik orangnya dengan niqab yang menutupi wajahnya tidak seperti aku. Aku bukan wanita bertudung labuh namun aku masih menutup aurat mengikut syarak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience