BAB 22

Romance Completed 4746

“ Cheq… takut kalau sesuatu jadi dekat dia. Sejak dua menjak ni cheq tengok dia lain macam aje. Suka termenung, suka cakap pasal kematiaan.” Aku senyum kelat lalu mengeluh kasar. Aku luahkan segalanya dengan rakan yang sama – sama membesar denganku. Aku hanya ada mereka selain Maikel di kota metropolitan ini.

“ Mohana … tu mainan perasaan kau aje. Maikel akan oklah. Janganlah dok pikiaq yang bukan – bukan Mohana. Doakan aje suami hang tu selamat pulang.” Aku angguk sebelum memeluk erat tubuh Alia yang mulai membesar itu. Diana melangkahkan kaki menuju ke arah kami dan bermulalah jejak kasih saling berpelukan antara satu sama lain.

“ Hang kalau bosan duk rumah seorang tu hang pergi aje butik cheq ni tapi kalau nak baju tudung percuma tak leh la. Kena bayaq gak.” Pecah gelak tawa kami bertiga saat itu.

Tanganku berasa begitu hangat dengan pegangan Maikel yang berada di sebelahku. Kami pulang ke kampung arwah Atuk sejurus sahaja Maikel pulang ke rumah tengahari tadi. Pelik dengan Maikel tidak pernah diajaknya aku untuk pulang ke kampung. Katanya dia ingin menghirup udara yang segar selain ingin berjumpa dengan Norman.

“ Maafkan saya sebab selalu tinggalkan awak dekat rumah seorang. Kalau boleh saya nak bawa awak fly dengan saya. Setiap masa saya sentiasa rindukan sayang. Maaf yer.” Tuturnya lembut sebelum mengucup lembut tangan aku. Matanya khusyuk memandang sawah padi yang terbentang luas di hadapan. Aku senyum kelat sebelum melentokkan kepalaku dibahunya.

“ Tak apa… saya ok aje. Selagi awak ada di samping saya… keadaan saya akan baik aje. Ingat tak masa sekolah dulu… kita selalu kena denda. Tapi awak macam tak tahu malu aje. Mula – mula awak selalu backup saya lama – lama awak pun ikut lewat masuk kelas. Kenapa awak buat macam tu?” Dia gelak kecil sebelum baring di atas ribaku. Mata kami saling bertaut. Tanganku dia genggam semakin erat seolah – olah tidak ingin melepaskan aku.

“ Sebab… sayang comel sangat kalau kena denda dengan dahi berkerut semacam. Bibir diketap. Kesian la asyik kena denda aje. Sengaja saya nak temankan awak kena denda. Ok kan? Ala awak pun suka apa saya kena denda kita sama – sama kena denda.” Aku pukul lembut bahunya. Maikel selalu sahaja membuatkan jantungku berdegup pantas dari kadar biasa dengan kata – katanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience