BAB 10

Romance Completed 4746

Norman muncul lalu aku menguntumkan senyuman lebar dan semanis yang aku mahu kepada jejaka kacukan Thailand itu. Baharu aku tahu yang abinya itu merupakan rakan karib kepada arwah datuk setelah sekian lama aku bertanyakan kepada ibunda kesayanganku.

“ Untuk abang. Thanks la sebab semalam.” Aku menghulurkan sebuah bekal berisi nasi goreng ciptaan aku sendiri.

“ Susah – susah ajelah Mohana. Sama-sama… lain kali jangan jalan seorang dekat area tu memang gelap dengar – dengar dekat kawasan tu ramai penagih.” Ujarnya lalu duduk bersebelahan denganku di sepanjang laluan menuju ke kelas. Besar juga pusat tahfiz abinya Norman.

“ Hehe Mohana bosan lah… dekat sini tak seronok kalau guna kereta. Mohana lebih suka jalan kaki lagipun Mohana mana ada kawan kat sini. Lain la kalau Mohana dah ada… suami. Hehe.” Ujarku selamba. Aku memang pelik. Aku tak pernah ada perasaan dekat Norman tapi entah mengapa aku rasa nak sangat jadi isteri dia.

“ Jodoh tu di tangan tuhan Mohana … lambat atau cepat ada juga jodoh kamu tu nanti. Abang ni dah 25 tahun pun still bujang. Kita kena yakin… jodoh kita dah tertulis dalam luth mahfuzh.” Ujarnya. Aku hanya mengangguk faham.

“ Luka abang dah ok? Maaf la sebab Mohana lengan abang dah tercalar dan sebab Mohana muka abang lebam sikit.” Dia sekadar tersenyum tenang. Aku suka lihat bila dia senyum. Ingin sahaja aku ungkapkan hasrat di hati ingin menjadi isterinya.

“ Tak apa la Mohana yang penting semuanya selamat kan.” Dia bangkit dari duduknya membuatkan aku turut bangkit dari dudukku.

“ Abang ada kelas ni. Terima kasih ye Mohana bagi abang nasi goreng istimewa ni. Assalamualaikum.” Aku tayang senyuman manis lagi dan perlahan – lahan kelibatnya mulai hilang dari pandanganku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience