BAB 19

Romance Completed 4746

“ Sebab hati kita saling memiliki Mohana … awak curi hati saya dan saya curi hati awak. Awak hinalah saya hukum saya sebab dah buat hati awak hancur dahulu. Tapi tu dahulu Mohana … saya nak mulakan lembaran baru dengan awak. Sampai mati pun saya tak akan menyesal dan saya juga bukan yang sempurna buat awak Mohana. Tak ada manusia yang sempurna di duMohana ni termasuk saya.” Aku buntu aku memang seorang penipu. Aku menipu hati aku yang pernah disakitinya dahulu. Benar kata Maikel hati kami saling memiliki. Aku redha jika dia menjadi imam dalam hidupku. Cuma aku mengimpikan imam seperti Norman selama ini. Aku berpegang kepada konsep cintailah seseorang kerana agamanya seperti yang pernah dikatakan kepada aku dahulu.

Norman mengerjakan solat istikharanya. Memohon diberikan petunjuk kepada mimpi yang sentiasa mengganggu waktu tidurnya sebelum membaca Al-Quran.

Laungan Azan kedengaran di masjid berhampiran kampung arwah Atuk. Aku lantas bangun dari tidur dan bersiap untuk ke masjid menunaikan solat subuh berjemaah. Dengan hati yang keberatan kad jemputan kahwin aku ambil daripada laci sebelum melangkahkan kaki menuju ke Masjid yang terletak 2 kilometer daripada rumah datokku. Seperti biasa, aku dan keluarga akan mengisi masa lapang bercuti di kampung halaman di Perlis ketika musim cuti sekolah bermula.

Tangan aku berketar sedikit sebelum memberikan kad jemputan perkahwinan kepada Norman yang berbaju Selangor biru berdiri di hadapanku. Dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya saat membaca kad tersebut. Aku tersenyum paksa. “ TahMohana h Mohana dah nak jadi isteri orang dah ni. Abang akan pergi untuk adik abang yang seorang ni. Kalau dah jadi isteri orang tu nanti kena bijak jaga maruah suami. Jaga suami macam jaga diri Mohana sendiri. Jangan derhaka dekat suami ingat syurga itu terletak di tapak kaki suami. Abang doakan Mohana dan Maikel akan kekal bahagia sehingga akhir hayat kau orang.” Tenang sahaja kata – kata yang menusuk gegendang telingaku. Aku terangguk – angguk sebelum mama menyeru namaku untuk balik ke rumah.

“ Mohana … abang sayangkan Mohana. Mimpi tu tak betul… salah Mohana akan jadi isteri Maikel bukan abang.” Norman senyum paksa. HanaMohana gadis yang selalu muncul dalam mimpinya kebelakangan ini.

“ Aku terima nikahnya Nur HanaMohana Almira binti Ishaq dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.” Aku menadahkan doa kepada yang ilahi bersyukur akhirnya aku selamat menjadi isteri kepada lelaki yang sudah lama mencuri hatiku. Aku tidak percaya namun Allah mempunyai aturan yang tidak dijangkau kepada hambanya. Kami saling berbalas senyuman sejurus sahaja dia menyarungkan cincin di jari manisku. Aku terkesima seolah – olah semuanya khayalan Maikel yang aku sangka tidak pernah menganggap aku wujud rupanya menaruh perasaan kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience