BAB 30

Romance Completed 4746

Mama menggerakkan tubuhku membuatkan aku terjaga daripada tidur. Aku lihat jam menunjukkan angka 1 pagi. Mama memberikan aku tudung bawal lalu memimpin tangan aku perlahan – lahan turun ke bawah. Aku mamai sebelum mama menyuruh aku segera masuk ke dalam persona ungu milik ayah.

“ Mohana … Norman. Dia kemalangan… keadaan dia tak berapa stabil. Dari tadi mama kejutkan kamu tapi kamu tak dengar nasib baik ada kunci pendua. Cuba tengok Iphone kamu tu. Banyak panggilan dari Norman kamu tak jawab. Hummer dia bertembung dengan lori yang bawa minyak sawit Mohana … mama tak boleh cakap. Cuma yang mama tahu kereta dia habis terbakar.” Mama memeluk aku erat. Aku menangis dan menangis. Aku takut kehilangan imamku buat kali kedua. Aku degil. Semuanya salah aku jika aku tidak berdegil semuanya tidak akan belaku.

Aku sempat memeluk erat tubuh Norman yang berlumuran darah sebelum dia dibawa ke bilik pembedahan. Keadaannya begitu kritikal. Mama menarik tubuhku lalu memeluk aku erat. Cuba menenangkan aku yang dalam kesedihan. Aku lihat umi dan abi melangkahkan kaki ke arahku yang duduk bersebelahan mama.

“ Mohana … nak ke mana pula ni?” Soal mama apabila melihat aku bangkt dari duduk. Mulutku berkumat – kamit membaca zikir untuk menenangkan jiwaku yang gusar. “ Nak ke surau kejap… nak solat hajat. Cukuplah… Mohana pernah rasa kehilangan suami… Mohana tak nak rasa buat kali kedua. Izinkan Mohana.” Aku senyum tawar. Mama bangkit dari duduknya aku lihat wajah umi masih dalam kesedihan. Aku menuju ke surau ditemani mama.

Air mataku turun bercucuran lagi. Terimbas saat aku dimaklumkan mengenai pemergiaan Maikel dalam nahas kapal terbang seawal pukul 1 pagi persis seperti saat ini. Aku duduk berteleku di atas sejadah memohon kepada yang maha esa agar suamiku diselamatkan. Dokter mengesahkan bahawa Norman mempunyai pendarahan yang teruk di dalam otaknya.

“ Maafkan Mohana … semua ni sebab kedegilan Mohana. Mohana redha kalau umi nak hukum Mohana … abi nak suruh abang ceraikan Mohana. Maafkan Mohana disebabkan kehadiran Mohana dalam keluarga abi dan umi… abang jadi anak yang degil sebab tak ikut kemahuan umi. Maafkan kesilapan kita orang. Jangan marahkan abang umi… Mohana yang bersalah. Sebab Mohana muncul dalam hidup abang.” Aku sujud di bawah kaki umi sambil mengetap bibir. Aku mencuba untuk tidak mengalirkan air mata. Aku sudah cukup puas selama beberapa tahun aku hidup berumah tangga air mataku sentiasa tumpah dari tubir mata.

“ Umi yang salah sebab desak kau orang berdua Mohana. Kamu tak salah… umi bersyukur kamu sudi menerima anak umi apa seadanya. Kami tak akan buat macam tu Mohana. Umi sedar kekhilafan umi selama ni. Umi cuma kecewa sebab Norman lebih memilih kamu berbanding pilihan umi sendiri. Umi simpati dengan Mardiah… selama ni dia cuma menumpang kasih sayang kami aje. Tanpa umi sedar yang Mardiah dah ada pilihan dia sendiri. Maafkan umi.” Umi memeluk erat tubuhku aku senyum manis. Aku yakin semua perkara musibah yang terjadi kepada aku ada hikmatnya. Aku… sentiasa dihujani dengan kejutan yang tak ku duga.

Aku ketap bibir duduk di atas kerusi di hadapan Norman yang koma. Hampir sebulan dia koma dan hanya dibantu dengan alat bantuan pernafasan dan monitor jantung. Kepalanya yang sentiasa ditutup dengan songkok atau kopiah dibalut dengan balutan putih. Dia kehilangan banyak darah dalam tragedi itu. Aku redha jika dia hilang ingatan asalkan aku masih dapat menatap wajahnya itu. Aku sentiasa memberikan bacaan yassin kepadanya. Dia pernah memberitahu kepada aku jika seseorang itu koma sedekahkan yassin kepada dia nescaya orang itu perlahan – lahan akan beransur pulih.

Air mata yang mengalir aku kesat sebelum tersenyum kelat. Norman lelaki impianku dan akhirnya ia menjadi nyata. Maikel lelaki yang aku suka dan akhirnya ia menjadi nyata apabila kami diijab Kabul namun kami terpisah akibat tragedi. Ada hikmat yang tersembunyi. Allah berikan aku dua orang pembimbing yang aku idamkan. Tangannya yang dingin aku genggam erat sebelum mengucupnya lembut. Aku rindu Norman.

“ Dua bulan aje lagi anak kita lahir. Abang sedarlah… tak kesian ke dekat kita orang. Siapa yang nak azan atau iqamat anak kita ni? M..aafkan Mohana. Sebab Mohana abang jadi macam ni. Mohana nak buat apa lagi? Bangunlah. Mohana rindu suara abang.” Aku menyembamkan kepalaku di atas katil di sisinya sambil menggenggam erat tangannya. Aku tersenyum kelat melihat bunga mawar merah di atas meja sisi katil.

“ Alia… suami aku. Dia ada harapan kan untuk sembuh? Untuk sedar dari… koma dia?” Alia memegang erat tanganku apabila kami duduk di dalam sebuah kafe yang terletak di dalam hospital itu. Dia angguk laju sebelum memberikan senyuman manis kepadaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience