BAB 2

Romance Completed 4746

“ Kesah ke aku kau ada rasa manis ke masam ke. Tak penting kot Mohana. Kau dah crush ngan Azraf … takkan lah abang dekat kampung kau tu pun kau nak…crush?” Alia membisikkan ke arah telingaku namun dalam nada yang tegas. Geram. Aku tahu dia geram dengan perangai aku yang gila – gila.

“ Tapi dia tu hipo… aku sakit hati tau tak!” Aku genggam pen erat sebelum memukul meja. Azraf,memang dia pencuri hati aku sebab perangai dia yang tunjuk alim tu tapi sebenarnya tak alim pun dan disebabkan dialah aku tahu bahawa bercinta sebelum nikah itu haram. Namun sekarang apa yang jadi? Aku pula yang sakit hati setelah aku tahu yang dia sudah berpunya. Ah bagiku dia itu hipo AKA hipokrit.

“ Kau kenal ke abang tu sape?” Aku geleng. Gila ke apa aku nak tanya asal usul dia dari mana yang aku tahu dia asal dari kampung. Alia tepuk dahi dengan tangan kanannya. Aku sengih kelat. “ Bengap arh kau ni… asal kau tak tanya kalau tak boleh juga aku adjust untuk diri aku lepas SPM nanti.” Aku mencebik.

Aku mempercepatkan langkahku pulang ke rumah sebaik aku menyedari ada seseorang yang asyik mengekori aku dari belakang. Aku ketap bibir. Aku nekad akan mengeluarkan akido yang telah lama aku pelajari sejak dari sekolah rendah lagi.

“ Hana… HanaMohana Almira!” Aku mematikan langkah. Kedengaran suara garau sedang menyeru namaku dari arah belakang. Kedengaran tapak kaki menghampiri aku. Aku sudah sedia mengeluarkan akido yang aku pelajari. Figura itu berhenti di sebelah aku. Aku menghembus nafas lega namun ingin sahaja aku hempuk kepala mamat sengal yang berada di sebelah aku.

“ Azraf kau buat apa kat sini?” Azraf senyum lebar. Membunuh senyumannya itu. “ Ikut hang pulang rumah la.” Mata aku membulat kaget. Banyak sungguh kejutan yang tidak terduga dalam hidup aku. “ Aku kan jiran baru kau. Tinggal depan rumah kau je kot Mohana.” Azraf mengenyitkan mata ke arah aku. Apa kejadah mamat poyo ni nak memikat aku tok sah aku dah patah hati sangat dengan dia. Kesah pula aku nak tahu rumah dia dekat mana. Bak kata Alia semua tu tak penting. Aku hanya diam. Diajukan soalan sepatah aku jawab, malas mahu ambil tahu pasal dia.

Rintik – rintik peluh membasahi pipiku yang bujur sirih. Bibirku terkumat kamit membaca istighfar. Entah sudah ke berapa kali aku termimpi yang aku kahwin. Kahwin? Aku rasa pelik remaja seusia aku yang berada dalam lingkungan 17 tahun bermimpi sedemikian rupa. Wajah suamiku yang berada di dalam mimpi membuatkan aku berkerut dahi. Sungguh wajahnya seperti aku kenal namun aku lupa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience