BAB 28

Romance Completed 4746

“ Apa yang Mohana merepek ni? Abang ni untuk Mohana seorang aje abang tak kan poligami. Abang tak nak Mohana menderita. Sebab abang terlalu cintakan Mohana.” Tuturnya lalu melipat sejadah seusai membaca Al Quran. Aku mengeluh kasar lalu mengusap lembut kandunganku.

“ Tapi ini… umi nak abang kahwin lagi. Abang… syurga abang terletak di bawah telapak kaki umi. Abang kena turutkan permintaan umi selagi benda tu tak bertentangan dengan agama. Mohana akan ok aje.” Aku memberikan senyuman manis kepada Norman sebelum dia duduk di atas birai katil.

“ Abang tahu! Ok baiklah kalau itu yang Mohana nak! Abang hargai sangat pengorbanan Mohana tu tapi tolonglah faham keadaan sekarang ni. Mohana mengandung dan benda tu tak akan jadi.” Tuturnya dalam nada yang tegas. Aku ketap bibir sebelum bangkit dari duduk.

“ Mohana dah kata Mohana akan ok! Abang tak faham ke? Mohana tak nak abang berdosa apa salahnya kahwin aje poligami. Mohana sanggup selagi abang tak berdosa sebab tak ikut cakap umi. Dia nak sangat abang kahwin dengan Mardiah.” Aku ketap bibir. Aku tidak ingin dia dihujani dengan dosa. Umi asyik memujuknya untuk berkahwin dengan Mardiah. Ustazah yang berkhidmat di situ dan juga anak rakan baik umi. Aku tahu dosa aku kerana meninggikan suara kepada suami telah tertulis tapi aku terpaksa.

Mama memarahi aku kerana pulang ke rumah tanpa izin Norman. Hati aku hancur apabila melihat umi seperti tidak menyukai aku. Ada sahaja kesalahan aku di mata umi. Mardiah pula selalu dibangganya.

“ Maaf ye Norman. Mama dah pujuk bini kamu tu suruh balik tapi dia tu tak mau. Mama harap hang faham la yer Norman. Faktor pembawaan budak la katakana hati dia sensitif tak boleh tengok benda yang buat dia sakit hati.” Aku hanya mendegar perbualan mama dan Norman melalui telefon rumah. Anak mataku merenung ke luar jendela melihat rumah orang tua milik arwah Maikel.

“ Heyshh hang ni kan Mohana … mama tak faham la dengan kamu ni degil sangat. Kamu tak pikiaq pasal laki hang tu ke. Tak kesian dengan dia ka. Seminggu dah kamu mai sini tak reti nak balik ke. Mohana …” Aku mengeluh kasar lalu merenung anak mata mama. Aku senyum kelat lalu memegang erat tangannya.

“ Mohana nak buat apa ma? Mohana sayangkan Abang… Mohana tak nak dia berdosa.” Tuturku dalam nada yang sebak. Aku cemburu dengan Mardiah yang selalu mendapat tempat di hati umi.

“ Kenapa ni Mohana ? Hmm cuba hang citer dekat mama.” Aku ketap bibir. Menahan air mataku daripada jatuh.

“ Mohana … suruh abang… poligami.” Suara aku terketar – ketar saat itu. Aku lihat riak wajah mama bertukar tegang.

“ Astaghfirullahalazim Mohana ! Apa yang kamu merepek ni ha! Norman tu cuma nak kamu seorang aje sampai hati kamu buat dia macam ni Mohana. Ayah ada ajar kamu buat macam ni ke? Ingat sikit Mohana biarpun dia cuma cinta kedua kamu, tapi dia jadikan kamu sebagai cinta pertama dia. Kamu tahu tak kamu dah berdosa Mohana ? Ini ke yang ayah ajar dekat anak ayah.” Aku menunduk mendengar herdikan ayah yang muncul dari belakang. Ayah memang marah waktu itu. Aku tahu aku berdosa tapi dalam masa yang sama aku tidak mahu Norman turut berdosa kerana tidak mengikut perintah uminya.

Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik. Mama dan ayah hanya menggeleng kepala melihat kelakuanku. Aku terduduk sejurus sahaja mengunci pintu bilik. Aku ketap bibir sebelum bahuku mulai terhinjut – hinjut dengan air mata yang mengalir.

“ Tengok lah isteri kamu tu dekat dua minggu tak balik. Umi suruh kamu kahwin dengan Mardiah tak nak kamu pilih Mohana tu juga. Kamu boleh poligami Norman, jadikan Mardiah isteri kedua kamu. Tak kesian ke dengan Mardiah ni dia dah tak ada siapa – siapa. Menumpang kasih dengan kita aje. Kalau kamu kahwin dengan dia sekurang – kurangnya ada juga yang jaga dia.” Tangan Norman ligat menyemak buku latihan anak muridnya. Mardiah hanya menjadi pendengar setia perbualan antara ibu dan anak itu. Jujur dalam hati gadis berniqab itu dia mahu menjadi isteri kepada Norman. Sudah lama dia menyimpan hasrat itu. Mereka saling mengenali dari kecil lagi. Namun semuanya berubah dia redha jodohnya bukan bersama Norman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience