BAB 20

Romance Completed 4746

LIMA TAHUN YANG LALU...

Aku termenung melayan perasaan di halaman rumah berkembar dua tingkat kepunyaan kami. Masuk setahun perkahwinan kami aku masih belum dikurMohana kan zuriat. Umurku baru mencecah usia 24 tahun masih muda aku juga kahwin muda seperti rakanku yang lain. Tiba – tiba pandanganku jadi gelap. Aku ketap bibir sebelum memegang erat tangan kasar itu. Aku senyum lebar orang yang aku rindu sudah balik ke rumah. Aku memeluk erat tubuhnya melepaskan rindu. Aku amat merindui dia. Hampir seminggu kami tidak bersama disebabkan jadual tugasannya begitu padat. Bau bunga mawar begitu menusuk ke rongga hidungku. Maikel begitulah rutinnya dia sentiasa memberikan aku sejambak bunga mawar merah seperti suatu masa dahulu selepas sahaja pulang daripada perjalannya ke merata duMohana.

“ I love you Mr Pilot.” Tuturku sebelum bibir kami mulai bertaut. Rambutku yang ikal mayang kusut selepas sahaja dia mengusap lembut kepalaku. “ I love you more until Jannah.” Aku senyum dia turut tersenyum. Aku memaut lengannya sebelum masuk ke dalam rumah.

“ Sayang masak apa ni? Rindu sangat dengan masakan awak.” Tuturnya lalu melabuhkan punggung di atas kerusi. Aku menghidangkan lauk kepada Maikel sebelum membuka tali lehernya. Mata kami bertaut. Lama. Ada senyuman nakal terukir di bibirnya sebelum dia memeluk erat pinggangku membuatkan aku terduduk di atas ribanya.

Aku cuba bangkit namun pelukannya semakin erat. “ Janganlah bangun dulu. Nanti lepas ni dah tak ada orang buat macam ni dekat awak macam mana? Tak rindu saya ke? Kalau boleh nak mati sama – sama dengan sayang kan best kalau macam tu.” Aku ketap bibir. Sejak kebelakangan ini selalu sahaja dia berkata sedemikian rupa. “ Awak… janganlah cakap pasal mati. Awak tak kesian dekat saya ke. Saya lagilah rindu dekat awak… Saya seorang aje dekat rumah ni jomlah makan. Meh sayang suap.” Aku menyuapkan nasi bersama lauk kegemarannya sebelum dia membuat perkara yang sama denganku. Aku hanya menurut duduk di atas ribanya sehingga dia selesai makan.

“ Dinikahi wanita itu kerana empat perkara kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama nescaya engkau akan beroleh keuntungan hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Maksudnya dalam hadith ni agama diletakkan nombor satu daripada empat perkara ni. Dari aspek harta, biarlah seseorang wanita itu miskin daripada harta kekayaan tetapi kaya dengan harta akhlak dan budi pekerti. Kedua dalam aspek keturunan tak apa kalau sekarang ni kita belum ada anak ingat kisah nabi Ismail dengan isterinya Sarah mereka sentiasa berusaha dan tawakal untuk memperoleh keturunan sehingga usia mereka mencecah 100 tahun dan lahirlah Ishaq dan Ismail hasil perkahwinan nabi Ismail dan isterinya Hajar. Ketiga kecantikan. Kecantikan dalaman dan luaran…kecantikan dalaman sebenarnya menguasai kecantikan luaran dengan sifat keibuan dan lemah lembut dan dalam aspek agama. Aspek yang terpenting dalam empat aspek ni. Tak apa kalau ilmu agama tu cetek kita boleh belajar dan belajar sehingga ajal menjemput kita. Ingatlah sesungguhnya siapa yang mati dalam menuntut ilmu sesungguhnya dia mati syahid, syahid akhirat. Saya… mencintai awak kerana agama yang awak miliki HanaMohana Almira.” Begitulah rutin harian kami selepas sahaja menunaikan solat isya Maikel akan memberikan sedikit usrah kepada aku. Ya aku bersyukur memiliki suami seperti Maikel yang aku pandang dia hipokrit dahulu. Maikel pada awal perkenalan aku dengan dia aku lihat dia seorang yang samseng. Kaki ponteng banyak masalah disiplin yang dihadapinya dan aku tiada motif untuk menyukai dia pada mulanya.

Dia bangkit dari duduk lalu mengambil senaskah Al Quran daripada almari buku. Aku tersenyum manis sebelum bangkit dari dudukku memeluk erat belakangnya. Lama kami begitu membuatkan wudhuknya terbatal. Aku takut jika aku terpisah dengannya. Aku amat mencintai dia aku takut kehilangannya. Perlahan – lahan air mataku jatuh membasahi pipi. Dia melepaskan tanganku lalu menoleh ke hadapan. Dia tersenyum manis senyumannya masih seperti dahulu. Air mataku yang jatuh dia seka sebelum mengucup lembut ubun – ubunku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience