BAB 31

Romance Completed 4746

“ Yakinlah Mohana. Abang Norman tu akan baik aje. Lagipun kau nampak sendiri kan? perubahan dia. Dia dah ada kemajuan.” Tuturnya lembut.

“ Mohana … kau sabar lah yer. Kesian anak kau tu… dia perlukan makanan, kau macam dah tak jaga masa makan aku tengok. Kami akan selalu ada di samping kau Mohana. Kami yakin suami kau akan sembuh seperti sediakala sikit aje lagi. Sabar lah.” Diana mengusap bahuku lambut sambil tersenyum manis. Aku tersenyum bersyukur mendapat rakan yang sekepala dan memahami seperti mereka.

Tanganku berketar untuk memulas tombol pintu. Terdetik rasa cemburu dalam diriku tatkala melihat Mardiah dan umi duduk bersebelahan Norman. Aku senyum kelat sebelum duduk di luar bilik. Lama mereka di dalam. Aku menunduk sambil mengusap kandunganku yang berusia enam bulan. Semasa pemeriksaanku tadi pagi, dokter mengesahkan bahawa anak yang berada dalam kandunganku perempuan.

Aku senyum manis ke arah Mardiah sebaik gadis yang muda setahun dariku itu keluar daripada bilik Norman. Dia membalas senyumanku di sebalik niqab hitam yang digunanya lalu duduk bersebelahanku. “ Boleh saya sentuh?” Aku angguk sebelum dia mengusap lembut kandunganku.

“ Saya… suka tengok peribadi akak. Akak memang penyabar. Maafkan Diah sebab selalu buat akak sakit hati. Maafkan Diah sebab buat akak cemburu sampai jadi macam ni akak gaduh dengan abang.” Dia menundukkan wajahnya dan merenung kandunganku. Aku memegang bahunya dengan senyuman yang masih tersisa.

“ Jangan salahkan sesiapa dalam hal ni. Masing – masing ada kesilapan. Tak ada orang yang sempurna dalam hidup ni betul tak ustazah?” Dia tergelak kecil lalu memeluk erat tubuhku.

“ Dan sungguh kami akan berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, kematiaan dan buah – buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang – orang yang sabar. ( Q.S Al-baqarah 155 ) Allah berikan akak musibah sebab Allah sayangkan akak. Abang Norman dan Maikel sebenarnya beruntung sebab dapat isteri yang solehah macam akak. Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah dan Allah tidak akan mungkir janji dan dengan sabar hati begitu optimis bahawa Allah akan segera menyambut Mohana t dan keinginan tulus seorang hambanya. Diah yakin abang akan sihat seperti sediakala. Dia tu seorang yang kuat berusaha namun dia juga ada sikap sabar. Dia pernah cakap dekat Diah yang…ada seorang gadis yang dia nak jadikan isteri lepas aje dia balik dari Kairo… tapi… semuanya hancur bila gadis tu kahwin dengan orang lain. Gadis tu akak… Akak Mohana. Dia mencintai akak kerana agama akak.” Aku tahu air matanya mengalir di sebalik niqab yang menjadi pelindungnya itu. Aku ketap bibir aku diberikan kejutan lagi. Mengapa Norman tidak pernah berkata seperti itu kepada aku. Dia sakit hati sendiri… makan hati.

“ Diah… jom kita balik. Mohana … kita orang balik dulu ye. Kamu dah makan Mohana ?” Aku angguk umi senyum ke arahku sebelum kelibat mereka mulai hilang dari pandangan. Aku duduk melayan perasaan di luar. Lama. Sebelum perlahan – lahan aku bangkit dari duduk melangkahkan kaki masuk ke dalam bilik yang ditempatkan Norman.

Aku mengucup lembut ubun – ubunnya yang terlindung dengan balutan putih. Pipinya yang licin itu aku usap perlahan sebelum duduk di sisinya. Aku menyembamkan wajahku di sisinya sebelum memeluk erat tubuhnya. Aku pejam mata sebelum aku terlena di sisinya.

Pipiku terasa hangat dengan belaian seseorang. Aku terjaga dari tidur terasa lenguh badanku tidur duduk. Aku duduk tegak dan tersenyum ke arah Norman. Senyuman kami saling berbalas. Doaku dimakbulkan setelah sekian lama aku menunggu. Belum sempat aku bangkit dari duduk dia memegang erat tanganku seperti tidak ingin melepaskannya. Aku mendekatkan wajahku ke arahnya sebelum dia membuka alat bantuan pernafasannya perlahan – lahan.

“ Bunga mawar merah tu… untuk sayang. Maafkan abang sebab buat sayang menangis lagi. Jangan lari dari rumah lagi ye. Kesian isteri abang ni kena jaga dua orang.” Tututrnya dalam nada yang lemah. Dia mengesat air mataku yang jatuh sambil tersenyum tenang. Norman menggenggam erat tanganku sebelum mengucupnya. Aku menyembamkan kepala di sisinya. Dia mengusap lembut kepalaku yang dilindungi dengan Shawl hijau.

“ Nak tahu tak anak kita perempuan. Dia dah tendang perut saya… sakit kadang – kadang. Terima kasih sebab kuatkan diri abang. I Love you.” Aku senyum manis.

“ Untunglah sayang lepas ni ada kawan perempuan. Syukurlah… janji anak kita tu awak dengarkan ayat Al Quran nanti dia jadi bijak boleh hafal Al Quran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience