BAB 32

Romance Completed 4746

Sekurang – kurangnya ada juga pakej kita masuk syurga bila dia hafal Al Quran. Ana uhibbuki. (Saya sayangkan awak ).”

Aku tersenyum lebar sejurus sahaja Norman memberi iqamat kepada Hawa Zaria. Terpancar riak wajah gembiranya dengan kehadiran penyeri hidup kami. Maikel tidak pernah aku lupakan. Dia cinta pertama aku. Aku belajar cara mencintai seseorang daripada Maikel dan aku berikan kepada Norman. Aku lihat Harina tidak henti – henti mengusap lembut pipi mulus milik Hawa. Aku hanya tersenyum melihat kebahagiaan yang berada di hadapanku. Alia dengan anak dan suaminya begitu juga dengan Diana. Mardiah berhijrah ke Mesir untuk menyambung pelajarannya. Ibu bapa Maikel kini sibuk menjaga rumah anak yatim di rumah berkembar tanda cinta aku dan Maikel suatu ketika dahulu. Aku bersyukur memiliki anugerah yang terindah daripada tuhan untuk aku. Aku menatap wajah Norman yang duduk di sisiku di birai katil. Aku suka lihat senyumannya. Mata kami saling bertaut saat dia memalingkan wajahnya ke arahku. Kami saling berbalas senyuman sebelum dia mengusap lembut ubun – ubunku.

“ Jazakillah khairan kathira ( Terima kasih ) terima abang seadanya walaupun cuma cinta kedua, sudi jadikan abang pembimbing ke arah syurga untuk Mohana. Abang janji cuma ajal aje yang boleh pisahkan antara kita berdua. Tak ada siapa yang boleh pisahkan kita selain Allah.” Aku mendekatkan kepalaku ke arahnya.

“ Afwan ( Sama – sama ) abang… cinta kedua Mohana tapi abang juga… cinta terakhir Mohana. Abang anugerah terindah yang Allah berikan untuk Mohana. Terima kasih sudi jadikan Mohana isteri abang biarpun Mohana banyak kekurangan.” Bibir kami saling bertaut sejurus sahaja mereka membawa Hawa keluar daripada bilik meninggalkan aku dan Norman di dalam bilik kami.

DUA TAHUN KEMUDIAAN...

Hawa yang berada di atas pangkuan Norman tertawa melihat kemanjaan aku dengan Norman. Aku menegakkan kepalaku yang dilentokkan di bahu Norman sebentar tadi lalu mencuit pipi si cilik. Wajahnya mirip Norman bukan seperti aku. Ada lesung pipit yang timbul di pipinya apabila dia tersenyum seperti ayahnya.

“ Abang… masa awal – awal kita jumpa kan. Abang tak perasan ke Mohana selalu kemas bahagian perempuan bila habis solat masa kenduri arwah atok?” Dia tertawa besar lalu mengusap kepalaku. Aku mencebik lalu memukul lembut tangannya. Aku tanya betul - betul dia boleh ketawakan aku besar sampai Hawa pun terikut – ikut. Kejam.

“ Tak perasan ingat siapalah makcik yang selalu tolong kemas ni. Loh rupanya budak kecik yang nak ambil SPM rupanya. Kesian…” Norman menggelengkan kepala aku tertawa kecil teringat suatu perkara.

“ Sampai hati hang cakap cheq ni makcik. Cheq tak kecik la masa tu dah besaq dah. Abang nak tahu tak hehe… Mohana pernah mimpi yang abang kahwin dengan Mohana masa Mohana umur 17 tahun pelik dak? Budak sekolah mimpi kahwin.” Aku sengih kelat dia tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya sebelum mencubit lembut hidungku.

“ Dah mai dah Kedah dia. Hang memang gatal mimpi macam tu tapi cheq pun pernah mimpi juga hang jadi bini cheq dalam mimpi. Tup… tup kahwin dengan Pilot. Tapi ternyata Allah merancang kisah cinta kita. Sayang memang dah tertulis dalam luth mahfuzh abang. Kita buka lembaran baru… yang lepas biarlah lepas. Anggap tu semua pengajaran untuk kita.” Aku angguk sebelum menunduk melihat Hawa sudah tertidur di atas ribaku. Belum sempat aku bangkit mendukung Hawa masuk ke dalam rumah Norman menegahku lalu Hawa didukungnya masuk ke dalam rumah. Aku tersenyum bahagia lalu melangkahkan kaki mengikuti mereka masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik Norman. Ustaz pilihan hatiku.

Di sebalik musibah terdapat seribu satu hikmat yang Allah berikan kepada setiap hambanya yang disayangi. Dia hanya ingin menguji tahap ketakwaan dan keimanan setiap hambanya. Aku termasuk dalam golongan itu. Aku tidak percaya namun aku harus menerima takdir seperti yang sentiasa dikatakan oleh Maikel semasa hayatnya. Aku tidak percaya Maikel pergi secepat itu dan aku tidak percaya Norman, imam impianku menjadi suamiku setelah pemergiaan Maikel. Ternyata Allah memang merancang jalan cerita cinta antara aku dan dua insan Maikel dan Norman dalam keadaan yang berbeza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience