BAB 3

Romance Completed 4746

“ Kenduri arwah hari ke 40 nanti Mohana tak usah ikut tinggal kat rumah aje. Belajar SPM nak dekat.” Ujar mama semasa kami sekeluarga sedang menjamah makan malam. Aku memuncungkan bibirku ke depan serupa itik. Tanda protes. “ Tak apalah ma Mohana boleh studykan kat kampung nanti.” Aku sengih kelat seperti biasa.

“ SPM lagi penting la. Apa da.” Kakakku sudah mulai menaikkan darahku dengan lidahnya yang dijelirkan ke arahku. “ Pa… Mohana boleh join kan?” Aku mencuba untuk memujuk ayah namun tiada respons. Kejam. Aku bangkit dari dudukku lalu masuk ke dalam kamar.

“ Merajuk la tu.” Sempat kakakku memanaskan hatiku sebelum aku masuk ke dalam kamar. Aku duduk di atas katil sambil bersila dan berpeluk tubuh. Aku cuma menginginkan kepastiaan. Ya kepastiaan mengenai mimpi yang entah sudah ke berapa kali menyerang aku.

Aku menjelingkan mata ke arah sepasang kekasih yang berada di hadapanku. Ingin sahaja aku muntah di hadapan mereka. Meluat rasanya melihat kemesraan sepasang kekasih yang belum halal. Azraf dengan senyuman membunuhnya sedang mengikat tali kasut di luar rumah manakala seorang gadis berkulit cerah dan bertudung sesekali aku lihat asyik tergelak. Entah apa yang mencuit hatinya itu. Selepas tali kasut aku ikat, aku bangkit dari duduk lalu melangkahkan kaki keluar dari rumah menuju ke sekolah. Tambah panas hati aku apabila melihat sepasang kekasih itu berjalan di hadapanku. Tudung si gadis ingin sahaja aku tarik meluat. Hati aku berombak seperti ombak tsunami barangkali. Cemburu. Sungguh susah untuk aku percaya hakikat ini. Azraf sudah berubah dia bukan lagi Azraf yang aku kenal seperti dahulu.

“ Mohana kau dah kenapa asyik diam aje biasanya kaulah penyeri hari kita orang. Dengan mulut murai kau tu bising pok pek sana sini. Tapi kali ni tak pula kau bendera merah ek?” Aku menjelingkan mata ke arah Diana. Jeling maut ok. Itu lah kepakaranku asyik menjeling orang sesuka hati. “ Aah la Mohana … kau ada masalah ke? Dah tiga hari kot aku tengok kau macam berkabung diam aje. Aku soal banyak sepatah kau jawab.” Tambah Alia sambil menyuapkan nasi lemak ke dalam mulutnya. Aku masih diam sambil mengunyah roti sandwich yang aku beli tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience