BAB 9

Romance Completed 4746

Sekumpulan orang kampung mulai kelihatan dari jauh. Aku lihat ayahku berjalan laju ke arahku. “ Nasib baik tak ada apa – apa… ni dua penagih yang kita cari ni dah kena tangkap dah apa lagi. Masukkan dia orang dalam lokap la.” Ujar seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan ayah aku. Aku lihat lelaki bersongkok hitam dan dua orang peragut itu sudah dikerumuni oleh orang kampung. Kami saling berbalas senyuman.

“ Norman kan? Terima kasihlah nak bantu anak pakcik ni. Jom ikut kita orang boleh kita borak – borak sepanjang beberapa tahun pakcik tak nampak kamu ni. Orang arab dah datang ni.” Dia kembali. Ia aku hampir tidak perasan tadi. Wajahnya sudah lama aku tidak lihat dan aku sudah lupa bagaimana wajahnya kerana aku berjaya melupakan dia setelah mimpi itu tidak menyerangku lagi.

“ Jemput minum ayah… abang.” Aku menghidangkan teh kepada mereka. Aku lihat lengannya yang tercedera sebentar tadi lalu aku hulurkan sehelai tuala kecil dan pembalut serta mangkuk yang berisi air untuk merawat lukanya itu.

“ Orang arab. Macam mana belajar kat sana? Si Mohana ni pun baru aje selesai kuliah dia.” Aku melangkahkan kaki masuk ke dalam dapur meninggalkan ayah serta Norman di ruang tamu. Aku senyum kelat di situ. Ibuku hanya mengerutkan dahi pelik dengan kelakuanku.

“ Ok aje pakcik. Sekarang saya tengah mengajar dekat sekolah tahfiz dekat tahfiz abi saya tu. Tak sangka jumpa Mohana tadi, dah besar dia sekarang dulu kecil aje rajin dia kemaskan tikar dan sejadah.” Ujarnya sambil mengelap luka. Sesekali dahinya berkerut menahan sakit. Aku tambah senyum. Rupanya dia masih ingat tentang aku. Ibuku yang bertambah berkerut memukul bahuku lalu menggelengkan kepala.

“ Mohana.. ish kamu ni senyum – senyum. Kalau suka cakap aje biar mama ngan ayah datang merisik untuk kamu.” Aku mencebik. Tidak akan sesekali perkara itu terjadi kepada aku. Maikel dan Norman hati aku lebih memilih Maikel entah kenapa dengan hati aku. Rosak barangkali. Aku jarang berzikir,mengaji hati aku memang gelap.

Aku sekadar menguntumkan senyuman manis kepada pelajar yang lalu lalang di situ. Sesekali terdapat sebuah kumpulan yang asyik berbisik melihat penampilanku. Pelik barangkali bagi mereka. Ya aku dengan kemeja lengan panjang berwarna merah jambu dan seluar jeans. Tudung Shawl berwarna biru melindungi auratku. Mereka pula sudah biasa dengan penampilan berjubah,abaya dan tudung labuh serta niqab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience