BAB 23

Romance Completed 4746

“ Awak tahu tak bila saya nampak awak dengan bekas kekasih awak yang jauh lebih cantik dari saya tu selalu pergi sekolah sama – sama saya rasa sakit sangat. Itupun awak sengaja ke?” Dia menggelengkan kepala sebelum mengesat air mataku yang mulai jatuh dari tubir mata sebelum dia bangkit dari baringnya lalu mendekatkan wajahnya ke arahku.

“ Saya tak sengaja… maafkan saya. Saya tak nak dia buat sesuatu yang buruk dekat awak Mohana. Dia gilakan saya dan saya cakap saya tak nak terima dia sebab saya nak kahwin dengan awak aje. Dia ugut nak rosakkan nama awak kalau saya tak terima dia jadi kekasih saya. Tapi hati saya untuk awak aje Mohana sampai sekarang sehingga… nafas terakhir saya.” Dia senyum lebar sebelum bibir kami saling bertaut. Aku memeluk dia erat aku salah. Aku pernah menuduhnya sebagai seorang hipokrit.

“ Kalau suatu hari saya pergi buat selamanya… saya harap awak akan terima dengan hati yang tenang. Setenang sawah padi yang ada dekat depan kita ni. Saya akan jadi penjaga awak dari jauh.” Aku ketap bibir. Dia memang suka melihat aku menangis.

“ Janganlah cakap macam tu. Awak dah tak sayang kan saya ke? Awak nak tinggalkan saya?” Maikel senyum lebar sebelum mengusap lembut kepalaku.

“ Saya suka tengok awak nangis. Comel aje. Saya kan dah janji saya akan ada di samping awak sampai bila – bila. Itu janji saya dengan awak Mohana.” Aku mengusap lembut pipi mulusnya sebelum tanganku pula menjadi mangsa kucupannya.

Aku menyalami tangan ibu mertuaku. Tiba – tiba Maikel membawaku bertemu dengan ibunya keesokan harinya. Katanya dia rindu dengan ibunya walaupun baru sahaja minggu lalu dia bertemu dengan wanita sebaya mama.

“ Az rindu sangat ngan mak la. Mak ni untuk mak dan ayah. Mana tahula kan tiba – tiba benda buruk jadi kat Az.” Maikel menghulurkan kunci rumah kepada ibunya. Ibu dan ayahnya saling berpadangan pelik dengan perilaku anak tunggalnya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience