BAB 17

Romance Completed 4746

“ Nur HanaMohana Almira… tunggu apa kejutan yang saya akan bagi awak nanti. Ni tujuan saya datang sini. Berikan amaran istimewa untuk cinta hati saya ni.” Aku kesat air mata aku. Kasar. Dia senyum manis. Aku hanya menjeling ke arahnya sebelum melangkahkan kaki masuk ke dalam pejabat. Hati aku menipu. Aku masih ada perasaan dengan dia. Tapi dalam hati aku cuma menginginkan imam seperti Norman hanya itu yang aku mahu.

Memang benar – benar kejutan yang dia berikan kepada aku. Mama menghubungi aku malam itu dan memberitahu sebuah berita yang membuatkan jantung aku hampir jatuh. Aku terduduk di atas katil sambil mengetap bibir. Kejutan itu bisa membuatkan aku sakit jantung.

“ Mohana.. macam mana? Hang terima ka? Mama tengok pihak lelaki tu beria – ia sangat siap bawa tiga dulang lagi macam nak kahwin aje ni baru merisik.” Aku bungkam. Lama aku berdiam hanya membiarkan mama berceloteh. Aku mengeluh kasar lalu bangkit dari duduk.

“ Hujung minggu Mohana balik. Assalamualaikum.” Aku lempar Iphone ku di atas katil. Hatiku berombak saat itu sakit hati dengan kelakuan Maikel. Dia semakin berani.

Aku lihat suasana ruang tamu rumahku kelihatan begitu meriah dengan sanak saudara sama ada jauh dan dekat. Begitu meriah sekali. Aku hanya menguntumkan senyuman paksa sebelum masuk ke dalam rumah teres dua tingkat milik ayahku.

“ Dah sampai pun orang penting ni. Duk sini diam – diam.” Harina memimpin tangan aku dan menyuruh aku duduk di tengah ruang tamu. Aku pelik dengan situasi itu. Semua mata asyik memandang aku sebelum seorang wanita sebaya mama datang menghampiri aku. Aku semakin keliru apabila wanita itu ingin menyarungkan cincin di jari manisku.

“ Puan… apa semua ni? Saya tak faham.” Ujarku sambil berkerut dahi. Dia tersenyum tenang di hadapanku. “ Mulai hari ni kamu dan anak makcik akan bertunang. Anak makcik kata kamu dah terima risikan tempoh hari. Dia nak cepatkan tarikh perkahwinan tapi sebelum tu dia nak kau orang bertunang dulu.” Aku bagaikan dihempap batu yang besar tatkala itu. Kaget dengan kejutan ini. Aku lihat orang yang duduk di sekeliling aku. Ramai sanak saudara aku dari sebelah mama dan ayah. Alia dan Diana aku lihat duduk tenang sambil melemparkan senyuman manis ke arahku. Aku buntu. Aku tiada pilihan lain selain menerima hakikat itu. Maikel begitu licik. Sedari kelmarin lagi aku berasa pelik mama menyuruh aku mengenakan baju kurung yang baharu dijahitnya semasa hari raya yang lalu. Mana mungkin aku akan menolak takdir itu mentah – mentah. Nama mama dan ayah aku akan tercemar jika aku tolak. Aku terpaksa akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience