BAB 7

Romance Completed 4746

Aku masuk ke dalam pusat sumber dengan hati yang riang. Alia dan Diana dengan selera mereka menjamu makananan masa rehat mereka di kantin. Mata aku sibuk melilau mencari sebuah buku islamik yang sudah lama ingin aku pinjam di situ. Aku senyum senang hati tatkala buku yang aku cari selama beberapa hari ini diletakkan semula ke dalam rak buku oleh seseorang.

“ Mohana. Kau pun suka dengan buku tu ke?” Aku pandang wajah suara itu. Aku hanya senyum kelat lalu mengangguk. Maikel aku lihat tekun mencari sebuah buku di rak buku. Sampai bila hati aku dia akan curi aku pun tidak tahu. Berkali – kali aku cuba hilangkan perasaan itu namun hampa. Hati aku nanar tatkala melihat dia dengan kekasihnya.

“ Kau memang suka stalk aku ke Mohana ?” Ujarnya serta merta pencariannya mati. Aku telan liur. Kelat. Pelik bagaimana dia boleh tahu hal itu. Segera aku menggelengkan kepala tanda menafikan.

“ Kau suka aku tak Mohana ?” Wajah aku membahang kemerahan dengan soalan cepu mas nya. Aku geleng lagi. Dia ketap bibir lalu tersenyum sinis. Dia mendekatkan dirinya ke arah aku. Aku pula masih statik berdiri kaku di situ. Buku yang aku baca sambil berdiri tadi dia rampas sebelum memberikan senyuman sinisnya kepada aku lagi.

“ Aku tahu kau suka aku Mohana. Jangan nak tipu aku lah… aku tahu kau… selalu stalkaku dari jauh dari kita tingkatan dua lagi. Kau suka aku sebab apa Mohana ? Kau pandang aku dari luaran bukan dalaman. Kau tak kenal hati aku yang sebenarnya Mohana. Kau gadis yang baik aku lelaki yang jahat. Aku nak kau lupakan aku macam aku… cuba lupakan kau… sebab aku suka kau Mohana !” Aku tersentak. Bagaikan fantasi saat itu. Dia melangkahkan kaki keluar dari perpustakaan meninggalkan aku dalam keadaan kaget. Sungguh aku tidak tahu ingin berkata apa. Kata – kata Norman masih tersemat di ingatanku. Cintailah seseorang yang mencintai Allah dari segala apa yang ada. Muka aku raup membuatkan tudungku rosak sedikit.

Keesokan harinya seperti biasa aku ke sekolah seperti tiada apa yang berlaku. Aku lihat rumah Azraf kosong. Sunyi. Aku terserempak dengan teman wanitanya di dalam tandas semasa waktu rehat. Dia menangis teresak – esak membuatkan dahiku berkerut. Aku ingin memujuknya tapi nanti tidak pasal – pasal aku yang kena. Rakannya aku lihat mencuba untuk memujuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience