BAB 15

Romance Completed 4746

Maikel duduk termenung di halaman rumahnya sambil merenung tepat rumah teres dua tingkat milik ayahku. Dia senyum sinis. Puan Nisa dan Encik Arman sudah bersiap menuju ke rumahku. Maikel masih duduk tenang di situ statik. “ Kau… akan jadi milik aku Mohana. Aku peduli apa kau tak cantik ke yang penting hati kau yang seputih kapas tu. Kau tak sedar yang kau tu sebenarnya comel aje aku tengok bulu mata kau yang panjang mata kau yang bulat. Aku memang hipokrit tapi aku tak bermaksud nak ada kekasih hati.” Gumamnya dalam hati.

Aku memicit kepalaku yang sedikit berdesing akibat tekanan yang aku alami. Mimpi semasa aku berusia 17 tahun kembali semula. Aku benci mimpi itu membuatkan aku tekanan. Seusai menunaikan solat subuh aku bersiap untuk memulakan kerja sebagai seorang guru Bahasa Malaysia. Seperti biasa baju kurung berwarna biru tidak bercorak aku kenakan dipadankan dengan shawl merah jambu tersarung di atas kepalaku.

Aku kaya dengan senyuman. Tidak kira pelajar atau guru aku berikan sebuah senyuman manis. Langkah aku mati sebaik aku melihat hamba Allah bersongkok hitam dengan kemeja lengan panjang berwarna hijau muda berjalan ke arah aku. Mata kami bertaut sebelum dia menguntumkan senyuman manis kepada aku. Dia… imam yang aku idamkan selama ini.

“ Assalamualaikum. Abang buat apa kat sini?” Ujarku dengan nada yang ceria.

“ Waalaikumsalam. Ada ceramah agama kat surau hari ni tak sangka terserempak dengan Mohana kat sini. Mohana sihat?” Belum sempat aku menjawab namaku diseru oleh rakan setugasku. Aku memberikan jelingan kepada lelaki yang beruniform juruterbang dengan kaca mata hitamnya terletak elok tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar dengan senyuman manisnya yang mengalahkan gula. Dapat aku lihat pelajar yang lalu lalang di situ berbisik sesuatu. Pasti berkata mengenai penampilan Maikel.

“ Saya tinggalkan kau orang bertiga kat sini ye.” Ujar rakan setugasku lalu beroleh pergi dari situ. Norman masih statik berdiri di hadapanku sambil memegang sebuah buku agama. Maikel pula berdiri bersebelahan aku. Terasa kerdil diri aku dengan dia yang tinggi. Suasana sunyi selama beberapa saat hanya kedengaran lalu lintas yang berada di luar perkarangan sekolah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience