BAB 24

Romance Completed 4746

“ Hang ni memang suka mengelamun kan Mohana. Suami hang kat sebelah tu pun hang tak perasan. Kesian mama tengok dia dari tadi duk cari bini tercinta dia ni.” Aku tersenyum lalu memeluk mamaku erat. Aku lihat Maikel kelihatan sibuk mengeluarkan barang daripada kereta Porsche kesayangannya. Aku ingin membantu tapi dia menyuruh aku untuk berehat.

“ Mama… apa tanda – tanda 100 hari sebelum kematiaan?” Aku tidak tahu kenapa aku tiba – tiba terfikir perkataan itu. Mama aku lihat sudah mengambil tempat di ruang tamu. Aku melangkahkan kaki duduk di hadapannya. Ayahku turut berada di situ.

“ Mama tak pasti… abang pasti dak?” Soal mama kepada ayah yang khusyuk membaca surat khabar. Surat khabar dilipatnya sebelum anak mataku direnung tajam.

“ Kematiaan menandakan perpisahan antara seseorang dengan orang tersayang. Tanda pertama dari Allah biasanya akan berlaku selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan – akan mengigil dan rasanya sedap dan lega. 40 hari sebelum kematiaan juga akan berlaku sesudah asar. Bahagian pusat akan berdenyut – denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya iaitu mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa sehingga saat kematiannya.” Aku terangguk – angguk dengan kata – kata ayah. Aku telan liur aku lihat Maikel melangkah masuk ke dalam rumah lalu memaut bahuku. Aku lihat wajahnya yang ceria pernah dia berkata kepadaku bahawa sejak kebelakangan ini dia merasa ada sesuatu yang mengikut ke mana sahaja dia pergi. Aku harus nafikan.

“ Tanda 7 hari sebelum kematiaan akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba – tiba.” Aku mengerutkan dahi melihat Maikel yang berselera menjamah makan malam kami. Seperti tidak makan selama tiga hari sahaja lagaknya.

“ Awak… perlahan – lahan la rindu ke masakan saya?” Dia angguk laju sebelum menguntumkan senyuman kepadaku lalu kembali menjamah makan malamnya. Aku harus nafikan dia akan baik – baik sahaja. Kata – kata ayah tempoh hari masih terngiang di gegendang telingaku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience