BAB 29

Romance Completed 4746

“ Umi… maafkan Norman. Nanti Norman fikirkan tapi bukan sekarang dan izinkan Norman keluar daerah nanti. Norman nak jemput Mohana … dah lama sangat dia jadi macam tu.” Puan Gina hanya menggeleng kepala dengan kata anaknya. Dia menyayangi dan menerima HanaMohana cuma dia kasihan akan Mardiah yang sudah lama menunggu Norman menjadikan dia isterinya.

Aku hanya memandang kosong Iphone yang dari tadi asyik berdering menandakan panggilan telah pun masuk. Setiap hari aku mendapat panggilan daripada Norman namun aku hanya membiarkan. Aku mengeluh kasar sebelum menjawab panggilan Norman. Suara yang aku rindu mulai kedengaran.

“ Sayang… dah tak sayangkan abang lagi ke? Sampai bila nak jadi macam ni Mohana ? Abang rindukan Mohana sangat. Abang sunyi Mohana tak ada… abang rindu Mohana dan anak kita. Pulanglah Mohana. Kalau Mohana nak sangat abang poligami ok abang akan buat tapi abang merayu… baliklah Mohana. Tak kesian dekat abang ke? Mohana ?” Aku ketap bibir duduk di atas birai katil. Aku senyum kelat hanya membiarkan suara Norman sahaja yang menusuk gegendang telingaku. Sungguh aku merindui dia. Aku cuma tidak ingin dia berdosa kerana tidak mengikut perintah uminya.

“ Abang rindu suara Mohana … tak nak cakap sesuatu dekat abang ke?” Aku diam sambil mengusap lembut kandunganku. Suaranya jelas kedengaran sedikit bergetar seperti menahan sebak.

“ Abang minta maaf sebab buat hati Mohana sakit. Mohana tak nak cakap apa – apa dekat abang ke? Abang nak jemput Mohana ni. Tunggu ye.” Aku diam lagi air mataku mengalir deras.

“ Abang sayangkan Mohana … cintakan Mohana. Assalamualaikum. Tunggu abang jemput Mohana malam ni.” Panggilan dia matikan. Aku baring di atas katil melayan perasaan. Bahuku terhinjut – hinjut dengan air mataku yang semakin deras mengalir dari tubir mata. Perlahan – lahan mataku mulai tertutup. Aku rasa penat dengan semua yang berlaku kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience