BAB 12

Romance Completed 4746

Perutku dari tadi asyik berbunyi. Aku lihat seluruh pelajarku tekun membuat latihan yang aku beri. Mataku tertumpu ke arah seorang murid perempuan bertudung asyik memerhatikan lelaki yang berada di sebelah kanannya. Aku tersenyum sendirian teringat aku juga seperti dia dahulu.

Aku memecut laju Honda Civic pemberiaan ayahku ke sebuah Restoran kegemaranku di ibu kota. Aku lihat meja penuh dengan pelanggan yang asyik menjamah selera tengahari. Restoran Seri Bunga memang terkenal dengan masakannya dari Indonesia. Sebaik mengambil makanan aku mengerutkan dahi tanda tidak berpuas hati dengan lelaki berkaca mata hitam di hadapanku tetapi membelakangi aku sibuk bercerita sambil berdiri dengan sahabatnya barangkali. Tidak semena – mena aku terlanggar seorang budak perempuan yang ingin lalu disitu. Makananku jatuh mengotori baju lelaki itu. Aku ketap bibir. Dia sudah beriak tegang. Suasana dingin mulai menerpa.

“ Maaf encik. Saya tak sengaja.” Lelaki itu membersihkan kemeja lengan panjang berwarna biru lalu menguntumkan senyuman lebar.

“ Tak apa saya yang salah berdiri tengah laluan ni.” Aku menghembus nafas lega nasib baik dia sedar diri orangnya. Tapi kenapa wajahnya aku pernah lihat sebelum ini. Ya aku yakin aku pernah melihat dia sebelum ini.

“ HanaMohana …Almira?” Soalnya sambil membuka kaca mata hitam. Ya itu dia. Dia kembali janganlah dia menagih cinta sebab aku juga mencuri hatinya. Aku bingung jika dia suka dekat aku siapa pula gerangan gadis yang sentiasa ikut ke mana sahaja dia pergi? Mengapa dia memutuskan hubungan dengan gadis itu. Siapa gadis itu di hatinya? Atau dia ingin mempermainkan aku. Aku dibelengu dengan persoalan.

“ Maikel … lama tak jumpa. Urmm saya minta diri dulu la ye.” Selera makan aku hilang. Sakit hati aku bila mengenang peristiwa lama. Dia masih seperti dulu dengan senyuman yang membunuh. Aku peduli apa selama ni dia bukan pernah ambil tahu pasal aku pun. Menyampah. Aku melangkahkan kaki keluar daripada Restoran. Dapat aku lihat senyuman sinisnya dari ekor mataku.

Aku senyum sinis melihat sejambak bunga mawar merah dan coklat berada di atas meja kerjaku. Tiada nama yang tertera di dalam kad ucapan. Tapi aku tahu siapa gerangannya. Lelaki itu memang kuat berusaha mencari apa yang dimahunya. Aku bingkas bangun lalu membuang benda yang tidak penting bagi aku itu ke dalam tong sampah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience