BAB 18

Romance Completed 4746

Sejurus sahaja cincin disarungkan di jari manisku bakal ibu mertuaku memeluk aku erat. Aku seolah – olah tiada perasaan tatkala itu. “ Terima kasih Mohana … sudi terima anak makcik. Mulai hari ni panggil aje makcik mak ye.” Aku angguk dan tersenyum paksa.

Tiga malam aku tidak dapat tidur lena memikirkan perkara ini. Biarlah keluargaku mengetahui bahawa aku menerima lamaran Maikel walaupun hakikatnya aku masih samar – samar menerima hakikat itu. Aku ketap bibir sambil berpeluk tubuh. Kedinginan menerpaku saat aku berdiri di hadapan balkoni rumah pangsa milik aku. Mata aku pejam menahan air mata turun dari tubir mataku. “ Cintailah seseorang kerana agamanya bukan kerana harta atau rupa paras.” Air mataku jatuh saat terimbas kata – kata yang pernah diucapkan oleh Norman dahulu.

Aku masih belum dapat menerima hakikat ini. Aku terduduk dengan esak tangisku. Bahuku terhinjut – hinjut tatkala itu. Aku terperangkap dalam perangkap Maikel. Genap tiga hari kami bertunang dia langsung tidak muncul memberikan penjelasan kepada perkara ini.

Maikel duduk tenang di hadapanku dengan senyuman manisnya. Senyuman kemenangan bagiku kerana cita – citanya sudah tercapai. Sebulan sahaja lagi dia sah menjadi suami aku. Aku genggam erat kedua belah tanganku mengumpul segala kekuatan. Jus manga yang aku pesan tadi aku hirup sebelum mengeluh kasar.

“ Saya minta maaf sebab buat macam ni Mohana. Tapi saya tak boleh… saya terlalu cintakan awak. Saya tak nak orang lain rampas awak dari saya Mohana. Saya redha kalau awak.. bencikan saya.” Aku ketap bibir. Aku renung mata hazelnya sebelum air mataku jatuh dari tubir mataku. Aku buntu. Hati aku seolah – olah terkunci untuk membahas perkara ini.

“ Kenapa… awak pilih saya? Bekas… kekasih awak dulu… kenapa tak pilih dia? Tak cukup ke awak dah buat hati saya hancur saya kecewa dengan awak dan awak jugalah yang suruh saya lupakan awak. Tapi sekarang apa… awak muncul nak jadi suami saya. Kalau inilah takdir kehidupan saya. Ok… saya terima. Tapi… jangan menyesal sebab saya bukanlah seperti yang awak nak saya tak sempurna.” Jelas kedengaran nada suaraku bergetar. Dia menghulurkan sehelai sapu tangan kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience