BAB 5

Romance Completed 4746

“ Weyh gila ke apa aku nak snap gambar abang tu. Tak pasal – pasal aku kena marah oleh dia nanti.” Aku membalas teks sambil berjalan keluar daripada bilik. Tangan kananku masih memegang telefon bimbit sambil membentangkan tikar di bahagian perempuan untuk solat berjemaah nanti.

“ Alia : Tak gila pun alah kau sembunyi ambil gambar dia lah! Taklah aku terpinga – pinga masa kau citer pasal abang tu nanti.” Aku mencebik lalu telefon bimbitku aku letak ke dalam poket baju kurung malas mahu membalas.

Suara Azan di dalam rumah sudah kedengaran. Tidak seperti dahulu suara orang yang mengazankan. Aku hanya ambil endah tak endah malas mahu mencari tahu siapakah gerangannya yang aku tahu suaranya seperti serak basah. Di sebalik langsir dapatku lihat figura itu namun tidak jelas. Berbaju melayu putih dan seluar track dengan songkok hitam elok di atas kepala. Wajahnya aku cuba amati namun masih tidak jelas di penglihatanku.

Seusai solat maghrib dan bacaan yassin, solat isya berjemaah pula kami tunaikan. Sekali lagi suara yang sama jelas kedengaran di gegendang telingaku mengalunkan azan isya. Kini wajah itu begitu jelas di padangan mataku apabila kelihatan ramai orang memasuki ruang tamu. Terpaksa Jemaah lelaki berdiri di hadapan kami termasuk dia. Abang tu.. dia rupanya yang mengazankan solat kami.

Harina menyiku pinggangku membuatkan aku tersedar daripada lamunan. “ Dah la tu HanaMohana Almira oi! Hang dah gila ke stalk anak teruna orang.” Aku sengih kelat seperti biasa. Harina hanya menggeleng kepala meliht telatah aku yang gatal. Seusai solat seperti biasa aku akan mengemas tikar dan juga sejadah. Makcik dan kakak serta adik yang lain sudah masuk ke dalam dapur untuk menjamah makan malam yang dihidangkan. Harina hanya membiarkan aku keseorangan mengemas. Kejam. Aku mencebik tahulah dia sudah menjadi tunangan orang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi tarikh perkahwinannya berlangsung dan aku katanya ditugaskan untuk menjadi pengapit. Sungguh kakakku begitu kejam.

Aku lihat dia lagi. Sibuk mengemas bahagian lelaki. Telefon bimbit aku capai aku tahu ini perkara gila tapi aku memang suka buat benda yang gila – gila. Belum sempat aku menyentuh skrin tengah aku lihat dia sudah terpacak berdiri di hadapanku dengan tangan kanannya memeluk tikar kecil dan beberapa sejadah terletak di tangan kirinya. Aku menepuk dahi. Aku tersentuh zoom rupanya. Terserlah kebodohanku di situ.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience