BAB 6

Romance Completed 4746

Aku membatalkan Mohana t gilaku itu lalu menyambung semula menyusun tikar dan sejadah. Dia berdiri kaku di hadapanku sambil melihat telefon bimbitnya. Statik. Lama keadaan sebegitu rupa. Aku terkebil – kebil melihat wajahnya yang manis dengan senyuman. Aku telan liur kelat. Tidak bukan dia. Bukan lelaki yang sentiasa menjadi imamku sekaligus suami di dalam mimpi itu. Ia aku tahu ianya cuma khayalan atau mainan tidur sahaja.

“ Assalamualaikum awak…” Aku dibuai lamunan lagi. Dia melambaikan tangannya ke arahku sambil tersenyum manis. Tinggi orangnya bentuk badannya seperti model. Kulitnya putih kemerah – merahan tidak seperti aku yang sawo matang. Matanya bundar cantik anugerah Allah yang berada di hadapanku ini.

“ Er..y..a saya ada apa?” Aku gagap entah mengapa mungkin kerana dia lelaki yang menjadi suamiku di dalam mimpi itu. Kini aku mampu berasa lega kerana akhirnya aku tahu siapa lelaki yang sentiasa muncul dalam mimpi aku.

“ Awak…masih belajar ke?” Aku senyum manis membalas senyumannya tadi. “ Ya.. baru form 5… abang?” Dia terangguk – angguk tanda mengerti. “ Abang tengah tunggu tawaran universiti ke Kairo Mesir.” Patutulah bakal ustaz rupanya dia ni. Peramah juga abang ni.

“ Sedap abang azan tadi… abang ni budak tahfiz ke?” Dia mengangguk mak ai lelaki idaman aku tu. Tapi Maikel memberi aku pengajaran jangan menilai dari luaran jika tidak kenal dalaman. “ Terima kasih. Buat yang terbaik untuk SPM nanti. Jika sedang menyukai seseorang dalam diam lupakan ia… dan cintailah seseorang kerana agamanya tapi sekarang jangan bercinta cintun nanti merana. Fokus dengan pelajaran dulu ok.” Dia senyum, aku hadam kesemua nasihatnya.

Belum sempat dia melangkahkan kaki keluar daripada rumah aku sempat bertanyakan namanya. Baru aku tahu dia itu mualaf Thailand. Aku tanya kepada ibuku dia siapa tapi ibuku menjawab dengan jawapan yang tidak memberangsangkan. Dari situ la titik permulaan pertemuan antara kami berdua. Setiap kali aku pulang ke kampung selalu sahaja aku terserempak dengannya semasa menuju ke pekan. Jodoh barangkali seperti dalam mimpi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience