BAB 13

Romance Completed 4746

“ Cikgu Mohana kebelakangan ni asyik terima hadiah dari orang misteri aje tapi dibuang pula. Sayang la coklat tu bunga tu tak apalah buang aje.” Ujar rakan setugasku lalu mengambil Coklat bar daripada tanganku. Aku sekadar sengih kelat.

Aku memandu Honda Civic dengan hati yang riang. Rindu rasanya dengan ayah dan mama yang berada di Kedah. Aku berhijrah ke Kuala Lumpur sejurus sahaja aku mendapat tawaran bekerja di sana.

Senyuman aku semakin mekar. Rindunya aku suasana meriah dengan kehadiran Harina dan suami serta anak kembarnya yang hiperaktif. Turun sahaja dari perut kereta sepasang kembar berlari menuju ke arahku lalu melompat – lompat keriangan. Aku menghulurkan sebungkus hadiah masing – masing kepada mereka sebelum mereka menyalami tangan aku.Aku berpelukan dengan mama serta Harina sebelum tangan ayahku aku salam.

“ Cikgu Mohana yang manis lagi ayu cek mek molek. Hang ni dah jadi cikgu pun masih malas ke nak datang dapur. Cheq dah banyak kali nasihat hang masih tak nak dengaq cakap gak apa kes lu!” Sudah Harina membebel ke arahku yang asyik menonton televisyen bersama anak kembarnya. Aku seraya bangkit dari dudukku lalu menuju ke arah dapur. Biar cheq tunjuk pula cheq malas ni pun hebat tau tak dalam bidang masak ni.

Aku tersenyum nipis melihat keluargaku begitu berselera menjamu makan malam mereka. “ Ni Nur HanaMohana Almira la mewarisi mama yang pakar masak. Macam mana kakak? Sedap dak?” Harina aku lihat begitu berselera menjamu makan malam yang aku sediakan. Maklumlah dia sedang berbadan dua.

Sesekali rakan mama yang bertandang ke rumah akan bertanyakan kepadaku jika aku sudah berpunya. Aku hanya menguntumkan senyuman manis. Jodoh biarlah jodoh yang datang kepada aku tidak perlu bagiku untuk mencarinya. Aku hanya menginkan seorang imam yang mampu untuk mendidik aku ke jalan syurga bukan kerana rupa.

Senyuman manis terukir di bibirku saat melihat muka buku Harina. Comel sungguh anak kembarnya. Alangkah indahnya jika aku mempunyai keluarga sendiri. Namun senyumanku mati sebaik aku tersedar orang di sebelahku asyik merenung tepat wajahku yang sedang duduk di dalam Restoran kegemaranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience