BAB 1

Romance Completed 4746

Aku tidak percaya. Namun semuanya sudah tertulis di luth mahfuzh yang dia jodoh aku. Aku Nur HanaMohana Almira. Seorang wanita yang asyik memendamkan perasaan terhadap seseorang dan akhirnya berjaya. Aku tersenyum manis ke arah suamiku yang sedang mendukung anak kami yang baru berusia setahun lebih lalu menghampiri aku yang sedang duduk di dalam gazebo melihat mereka bermain di halaman rumah. “ Kisah lama tak usah dikenang sayang… hati kita saling memiliki.” Ujarnya sambil tersenyum lebar. Aku membalas senyumannya lalu melentokkan kepalaku di bahunya.

SEBELAS TAHUN YANG LALU...

Alunan bacaan yassin kedengaran di seluruh rumah kampung teres setingkat itu. Seisi keluarga jauh terutama yang dekat merasai kehilangan arwah datukku yang meninggal akibat darah tinggi. Pada mulanya, aku juga tidak mempercayai kehilangan itu namun aku akur dengan qada dan qadar daripada Allah SWT. Aku jatuh pengsan saat pertama kali menjejakkan kaki ke kampung halaman mama. Kaget dengan kejutan besar itu. Aku bangga mempunyai seorang mama yang tabah. Namun di sebalik kehilangan ini ada sesuatu yang menarik perhatian aku. Dia… yang mempunyai tarikan yang tersendiri bagiku.

“ Sakit la Mohana oi! “ Aku mencebik melihat Alia mengurut bahunya yang aku pukul sebentar tadi. “ Kau yang salah aku nak tido jap pun tak leh ke. Kau pi cucuk pinggang aku ni dah kenapa?” Alia menjelingkan matanya ke arahku tanda protes lalu menyalin semula latihan yang diberikan oleh guru Sejarah kami. Tapi itu semua salah aku juga.Alia cuma membantu aku untuk bangun daripada tidur semasa guru sedang mengajar.

“ Weyh masa kenduri arwah atok aku sepanjang seminggu lalu kan aku ada terserempak dengan seorang mamat ni. Masa tu lepas solat isya aku kemas la sejadah,tikar semua dekat bahagian perempuan and then secara tak sengaja aku terpandang seorang abang ni dia tolong kemaskan dekat bahagian lelaki. Mula – mula tu aku take donno aje sebab kau tahu la kan aku hehe kat belakang kita ni dah lama terpahat dalam hati aku ni. Tapi seminggu kenduri…. Seminggu jugalah aku tengok asyik dia aje yang tolong kemaskan bahagian lelaki. Kau rasa tak apa yang aku rasa?” Alia hanya memandang wajahku yang sudah manis dengan senyuman lebar dengan pandangan kosong.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience