BAB 11

Romance Completed 4746

Aku,Alia dan Diana saling berpelukan melepaskan rindu masing – masing. Aku kini berkhidmat sebagai seorang guru bahasa melayu. Alia pula menjadi doktor pakar bedah dan Diana sebagai seorang pereka fesyen.

“ Untunglah kau orang dua dah kahwin aku ni hmm bila la nak kahwin.” Mereka berdua ketawa kecil mendengar luahan aku. Alia memaut bahuku diikuti Diana.

“ Janganlah monyok Mohana, aku yakin kau tak akan jadi andartu. Apa yang penting sekarang ni kau kena letak cinta kau yang utama dekat Allah. Ha nanti Allah akan permudahkan la urusan kau tu.” Ujar Diana. Aku hanya terangguk – angguk.

“ Oh ya… ada kejutan buat kau HanaMohana Almira!” Alia mengangkat kening lebatnya bersemangat ingin memberitahu kejutan itu. Aku hanya ambil endah tak endah malas mahu mencari tahu bak kata Alia tak penting!

“ Kau ni aku nak bagi tahu kejutan kau take donno aje.” Alia memuncungkan bibirnya ke depan. Ah merajuk mereka ada suami yang boleh memujuk mereka. Mereka berkahwin seawal usia 22 tahun. Memang muda tapi mereka matang tidak seperti aku.

“ Ha.. pe dia?” Aku menghirup jus manga yang ku pesan tadi. Umh! Sungguh manis.

“ Maikel …dia dah kembali. Dia dah jadi pilotsekarang ni. Aku terserempak dengan dia tempoh hari masa nak travel dengan suami aku. Kejutan kan?” Aku senyum sinis. Dia kembali dan ada aku kesah. Tidak sesekali hatiku ini bisa kau sentuh semula. Cewah! Aku memang kaya dengan madah pujangga.

“ Kenapa diam Mohana ? Sepatutnya kau teruja la yeahhh kekasih hati aku AKA crush aku kembali.” Giliran Diana pula membantu menaikkan semangat aku.

“ Kesah ke aku kalau dia kembali. Dia bukan siapa pun… entah – entah dia tu dah berpunya dah kahwin muda ke macam kau orang.” Alia dan Diana saling berpandangan. Pelik dengan reaksi aku. Aku sudah melupakan dia seperti yang dia minta semasa hari terakhir kami bersua di dalam perpustakaan. Luahan hatinya aku anggap tidak penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience