BAB 26

Romance Completed 4746

“ Ada… ole – ole ada dalam hati saya. Cinta saya untuk awak tu ole – ole dia. Rindu sayang juga. Saya nak siap ni kena datang awal. I Love You until jannah take care sayang.” Belum sempat aku menjawab dia mematikan panggilan aku mengeluh kasar sebelum menyarungkan telekung untuk menunaikan solat Isya.

Aku terjaga dari tidur apabila Iphone ku berdering beberapa kali. Aku tersedar daripada tidurku di atas sejadah. Jam menunjukkan angka 1 pagi. Aku mengesat mataku sebelum melihat Iphone. Aku memuncungkan bibir sangkaan ku meleset bukan Azraf yang menghubungi namun nombor telefon yang tidak dikenali menghubungi aku.

“ Waalaikumsalam ye saya Puan Nur HanaMohana Almira suami kepada Kapten Azraf Halqi. Ada apa ye?” Aku menjawab salam daripada seorang lelaki yang mengatakan bahawa dia merupakan kru MAS Airline.

“ Saya harap… Puan bersabar dengan berita ni. Suami Puan… terlibat dalam nahas Kapal Terbang. Semua penumpang termasuk… Juruterbang dan pramugari dan pramugara tak ada yang selamat.” Nafas aku turun naik saat itu. Iphone ku jatuh daripada genggamanku. Aku ketap bibir sebelum memegang erat telekungku mencari segala kekuatan yang ada. Aku cuba bangkit dari dudukku namun kakiku terasa lemah. Maikel … meninggal duMohana seakan bumi berhenti berputar tatkala itu. Ucapan cinta untuk aku yang diucapnya tadi masih terngiang – ngiang di gegendang telingaku.

Alunan bacaan yassin kedengaran di ruang tamu rumah yang kami bina hasil daripada cinta antara aku dan Maikel. Aku hanya terbaring kaku di atas katil seperti mayat hidup dengan tangisanku yang entah sudah ke berapa kali. Aku memeluk erat gambar perkahwinan aku dan Maikel.

“ Mohana … sampai bila hang nak jadi macam ni nak. Tak kesian ka dengan Maikel. Terimalah pemergiaan dia Mohana. Anak mama kuatkan.” Belakangku terasa hangat dipeluk oleh Mama. Aku tidak kuat untuk meneruskan kehidupan aku selepas ini. Aku hanya bergantung kepada Maikel. Tiada lagi kata dan ucapan cinta yang akan menusuk gegendang telingaku. Tiada lagi bunga mawar merah yang akan diberikan kepadaku seperti Maikel. Kapal terbang yang menuju ke Kuala Lumpur dari Hong Kong yang dipandu oleh Maikel dan rakan setugasnya dikhabarkan telah terhempas akibat cuaca yang buruk berlaku di Negara itu.

Aku tidak dapat lagi mengecam wajah Maikel. Dia hangus terbakar dalam nahas itu. Namun aku mendengar daripada pihak pengurusan jenazah bahawa wajahnya masih tetap tenang dengan senyuman yang sentiasa dia berikan kepada aku. Aku rindu dia. Seperti separuh jiwaku pergi saat ini. Tiga bulan tragedi hitam itu terjadi aku seolah – olah seperti mayat hidup Aku bukanlah Nur HanaMohana Almira yang ceria seperti dulu. Aku berubah drastik.

Mama membawa aku ke kampung halaman arwah atukku memandangkan itu permintaan aku. Aku ingin ketenangan. Aku memaksa diriku untuk menjadi kuat. Aku harus kuat untuk menjalani kehidupan ini tanpa Maikel di sisiku.

“ Sampai bila kau nak jadi mayat hidup ha Mohana ! Kau ni kan heyshh susah la nak cakap dengan kau degil sangat. Kau ingat kau macam ni kau boleh bawa buat Azraf hidup lagi ke! Kalau dia ada pun dia sedih kau faham tak tengok kau macam ni. Kau memang tak sayangkan Azraf. Dia tak tenang Mohana kau faham tak ni.” Aku ketap bibir saat mendengar herdikan Diana. Alia hanya duduk tenang di sebelahku. Aku hanya memandang sawah yang terbentang luas di hadapanku.

“ Kau tak pernah rasa apa yang aku rasa Diana. Kau masih ada suami kau dah ada anak kau nak apa lagi Diana! Kau orang berdua jangan ganggu aku boleh tak. Aku… nak mati aku nak ikut jejak Maikel.” Satu tamparan Alia berikan kepada aku. Alia senyum sinis lalu bangkit dari duduk merenung tepat wajahku sebelum air mataku turun lagi dari tubir mata.

“ Aku rindukan dia. Kau orang sendiri tengok kan macam mana perasaan aku dekat dia masa dekat sekolah sampai sekarang. Aku tak boleh lupakan dia. Dia cinta pertama dan terakhir buat aku. Kenapa… Allah tu kejam sangat. Kenapa Allah tak nak berikan aku kebahagiaan yang aku harapkan. Kenapa Diana Alia?!” Mereka bungkam sebelum aku terduduk di atas pangkin. Mereka memeluk erat tubuhku sambil menangis teresak – esak.

“ Allah tak kejam Mohana. Allah cuma nak uji keimanan awak aje. Awak wanita yang baik. Allah nak uji sejauh mana kesabaran awak dengan musibah yang dia berikan.” Kedengaran suara menjawab persoalan aku dari belakang. Norman memberikan aku senyuman tenang sambil memberikan seutas tasbih kepada aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience