BAB 8

Romance Completed 4746

“ Aku sayangkan dia, sampai hati dia tipu aku. Dia lari macam tu aje… aku tak tahu dia pergi mana… dia dah pindah pun tak bagi tahu aku.” Ujarnya kuat. Aku melangkahkan kaki keluar dari tandas lalu masuk ke dalam kelas. Hati aku berombak saat itu. Dua hari aku kaget. Maikel … pindah. Aku sendiri tidak tahu ke mana dia pindah begitu juga dengan rakan yang lain dan di situlah titik penanda bahawa aku harus melupakan Maikel buat selama – lamanya atau aku yang merana.

ENAM TAHUN YANG LALU...

Aku mendepakan tangan lalu menghirup udara yang segar. Pemandangan hijau yang terbentang luas di hadapanku membuatkan aku tenang. Sungguh indah ciptaan Allah. Aku baru sahaja menghabiskan pelajaranku di Maktab Perguruan selama lima tahun. Lega hatiku cita – citaku akan tercapai tidak lama lagi. Aku menghabiskan masa cuti di kampung halaman. Walaupun datuk dan nenekku sudah lama meninggal duMohana aku masih mahu melawat rumah kampung yang menghimpunkan seluruh keluargaku.

Kaki diatur untuk pulang ke rumah memandangkan hari sudah lewat petang. Pasti mama dan ayah berasa risau di rumah. Iphone mulai berdering, belum sempat aku mengeluarkan telefon bimbit terasa beg tanganku ditarik kasar oleh dua orang peragut lalu berlari meninggalkan aku yang panik. Mujur sahaja ada seorang lelaki berbaju T-Shirt ungu bersongkok hitam lalu di situ, lantas segera aku meminta bantuan kepadanya. Dua orang peragut itu menghentikan langkah mereka sebaik baju mereka dicengkam kemas oleh lelaki itu. Aku menghampiri mereka lalu merampas beg tanganku dari salah seorang peragut yang berwajah cekung dan pucat.

Seorang daripada peragut itu tersenyum sinis lalu mengetap bibir. Sikunya dihayunkan kuat ke belakang membuatkan cengkaman lelaki itu terlepas. Pisau ditarik dari poket seluarnya sebelum dihunuskan ke arahku. Aku tersembam jatuh sejurus sahaja badanku ditolak kasar. Aku lihat lelaki itu masih gagah berdiri di hadapanku walaupun lengannya sudah luka dihunus pisau sebentar tadi. Lelaki itu mengerutkan dahi menahan sakit sebelum wajahnya pula ditumbuk kuat oleh peragut itu. Aku bangkit dari dudukku untuk membantu tetapi dihalang oleh lelaki itu. “ Jangan biar syaitan menguasai kemarahan awak.” Ujarnya tenang. Dia masih dengan senyuman manisnya walaupun darah mulai kelihatan di birai bibirnya. Belum sempat dua peragut itu menyerangnya lagi dia tangkas mengeluarkan seni mempertahankan dirinya sebelum dua peragut itu terjelopok jatuh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience