BBA 14

Romance Completed 4746

Perlahan – lahan aku menolehkan kepalaku disebelah. Senyuman manis terukir di bibirnya. Terlebih manis bagiku. Aku senyum nipis lalu kembali melihat skrin Iphone ku.

“ Mohana …awak marahkan saya ke sebab apa yang saya buat dekat awak selama ni?” Ujarnya lalu duduk di hadapanku. Aku mengerutkan dahi berpura - pura tidak mengerti walhal aku mengerti apa yang dimaksudkannya.

“ Pasal kita… masa dekat perpustakaan dulu… awak masih marahkan saya ke?” Aku mengeluh kasar. Aku tidak mahu memikirkan peristiwa itu lagi namun lelaki berkulit putih ini mengungkitnya semula.

“ Saya tak marah pun yang dah lepas tu lepaslah tak usah nak fikir lagi.” Ujarku selamba. Dia senyum sinis.

“ Saya nak kahwin dengan awak Mohana. Saya masih sukakan awak tapi sekarang saya dah mula cintakan awak. Nak tak jadi isteri saya pasangan sehidup semati saya.” Aku ketap bibir sebelum mata kami bertaut. Lama. Aku bungkam seperti terkena panahan petir sahaja saat itu dengan kejutan yang dia berikan kepada aku.

“ Tak.. saya tak nak. Ada perempuan yang jauh lebih sempurna dari saya Far. Saya dah lupakan awak seperti yang awak nak masa dalam perpustakaan dulu. Saya tak suka awak… lagi.” Aku bangkit dari duduk lalu meluru keluar daripada Restoran. Aku mengeluh kasar melihat kesesakan lalu lintas di luar Restoran tersebut. Selamat sahaja aku menyeberang jalan raya, langkah aku mati apabila terdengar sebuah kereta menekan hon keretanya dengan kuat. Darah aku mengalir laju tatkala itu. Jantung aku bagaikan kapal terbang berdegup pantas. Aku menoleh ke belakang ada segaris senyuman manis aku lihat di situ sambil berdiri tegak. Dia berjaya membuatkan aku bingung dengan perasaan aku sendiri.

“ See… you still on crush with me Mohana. So.. let’s get marry I love you.” Aku senyum sinis. Dia melangkahkan kaki menghampiri aku. Dia memang gila sebab sukakan aku yang sederhana. Dalam hati aku cuma ingin seorang imam seperti Norman. Akan tetapi adakah aku menipu diri aku sendiri tentang perasaan aku terhadap Maikel.

“ Awak hipokrit! Awak tunjukkan diri awak yang sebenarnya di depan saya. Sekali aje saya cakap. Saya dah lupakan awak dan pergilah semula dekat kekasih lama awak tu. Saya tak cantik macam dia tak sebijak macam dia. Saya tak sempurna banyak kekurangan.” Aku senyum manis seraya melangkahkan kaki menuju ke arah kereta. Dia masih berdiri kaku di situ. Aku… masih sukakan dia cuma aku ingin Norman …imam seperti Norman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience