BAB 25

Romance Completed 4746

“ Tanda lima hari sebelum kematiaan akan terasa anak lidah bergerak – gerak. Jika tanda ini terjadi banyakkanlah zikir dan membaca al quran supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul maut. Tanda 3 hari sebelum kematiaan bahagian tengah dahi akan terasa berdenyut dan bergerak. Sekiranya orang itu sakit tenat, tiba – tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang sekeliling. Tanda dua hari sebelum kematiaan pada masa ini biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal duMohana terutama roh orang yang mereka sayangi. Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya di bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan – lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.” Seusai solat isitkharah. Aku tersenyum manis melihat Maikel yang tidur lena sebelum mataku jatuh melihat telapak kakinya. Aku mengerutkan dahi lalu menyentuh telapak kakinya. Dia terjaga dari tidur seraya memeluk tubuhku erat. Aku senyum paksa walaupun hatiku berasa tidak enak tatkala itu.

“ Awak tukar shift dengan kawan awak? Baru je minggu ni awak balik. Nak ikut lah hehe.” Aku membetulkan tali lehernya sambil mengeluh dia hanya berdiri tegak merenung wajahku. Dari semalam dia hanya berdiam diri tidak seperti selalunya. Tali leher yang aku reka akhirnya menjadi miliknya setelah genap 24 tahun usianya.

“ Nak ikut kena bayaq sendiri. Hantar saya ek. Awak tak reti kan nak pandu Porsche tu meh cheq ajar sikit. Nanti esok – esok boleh pandu Porsche ni tanpa saya.” Dia mengenyitkan mata ke arahku lalu mencuit lembut hidungku. Aku menyarungkan shawl ungu di atas kepala menurut kehendaknya menghantar dia ke KLIA. Belum sempat aku melangkahkan kaki turun ke bawah tubuhku dicempungnya sehingga ke luar rumah. Aku hanya membiarkan keadaan itu.

“ Nur HanaMohana Almira… tahu tak apa maksud nama sayang tu?” Aku geleng fokus aku tumpukan ke hadapan. Sekali sahaja diajarnya aku sudah pandai memandu kereta kesayangannya ini.

“ Maksud dia cahaya putri yang dikasihi Allah. Sebab tu rasa tenang sangat bila ada di samping awak. Awak memang putri dalam hidup saya memberikan saya cahaya untuk membimbing awak ke jalan yang dikasihi dan diredhai Allah seperti nama awak.” Aku tersenyum lebar lalu mengetap bibir entah mengapa hatiku berasa sebak tatkala itu. Aku mematikan enjin kereta sebaik sampai ke lapangan terbang. Aku menghantar Maikel sehingga ke balai pelepasan. Tangannya aku kucup. Sebelum pipiku terasa hangat dengan air mata yang mulai turun dari tubir mataku.

“ HanaMohana Almira… terima kasih kerana sudi menjadi makmum kepada Maikel Halqi. Maafkan kekhilafan saya terhadap awak selama ni. Awak cinta hati saya. Jaga diri baik – baik jaga iman. Saya cintakan awak hingga ke jannah.” Aku dengar nada suaranya seperti bergetar aku tahu dia juga sedih dengan perjalanannya.

“ Saya akan tunggu awak. Terima kasih sudi jadi imam yang baik dan sempurna di mata saya. Janganlah buat ayat sedih hehe. Saya cintakan awak juga sampai akhir hayat saya. Saya sayangkan awak melebihi nyawa saya sendiri. Terima kasih jadi khalifah yang baik dalam hidup saya.” Pelik dengan keadaan saat itu tidak pernah diberikan aku kata – kata seperti sedemikian rupa. Dia memeluk erat tubuhku aku tahu air matanya mengalir tatkala itu. Aku tersenyum nipis dia suka melihat aku menangis namun dia malu jika aku lihat dia mengalirkan air matanya.

“ Jaga diri elok – elok ye sayang. Saya akan balik seperti selalunya.” Kami saling berbalas senyuman. Aku menyalami tangannya. Lama. Aku hanya melihat langkahnya menuju ke balai pelepasan sehingga perlahan – lahan dia mulai hilang dari pandanganku.

“ Tanda sehari sebelum kematiaan seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun – ubun yang berlaku selepas waktu asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi dia menemui waktu asar hari berikutnya.” Maikel mengerutkan dahi melihat wajahnya di hadapan cermin sesudah dia menunaikan solat Isya. Wajahnya kelihatan tidak seperti kebiasaan dengan wajahnya yang kelihatan sedikit cekung. Iphonenya berbunyi menandakan panggilan telah pun masuk. Dia tersenyum lebar sebelum menjawab panggilan.

“ Assalamualaikum cinta hati saya. Malam ni saya balik. Sabar ye baru dua hari dah rindu.” Aku hanya tersenyum kelat mendengar celotehnya.

“ Waalaikumsalam. Ada tak ole – ole dari luar Negara tu? Mesti la rindu. Rindu sangat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience