BAB 16

Romance Completed 4746

“ Hai aku Maikel nama kau siapa?” Maikel menghulurkan tangannya kepada Norman untuk berjabat tangan dengan senyuman sinisnya. Marah barangkali. “ Saya Norman. Selamat berkenalan.” Tangan mereka saling berjabat. Lama. Dapat aku lihat Maikel setia dengan senyuman sinisnya namun Norman masih beriak tenang.

“ Kau orang berdua ni ada apa – apa ke? Oh ya by the way I’m Mohana future husband.” Ujarnya selamba sambil berpeluk tubuh. Hati aku panas mahu sahaja aku mengeluarkan akido yang aku pelajari lalu memberikan kepada Maikel yang berlagak.

“ Abang… tak jangan salah…” Belum sempat aku menjelaskan semuanya Maikel terlebih dahulu memotong bicara aku. Wajah aku membahang kemarahan namun aku cuba kawal kemarahan itu.

“ Mohana ni memang macam ni… dia malu nak mengaku aku ni tunang dia.” Mata aku membulat saat dia menuturkan ayat itu dengan selamba. Aku seperti patung cendana diam tidak mampu membuat apa – apa.

“ Oklah saya kena minta diri dulu. Semoga perkahwinan kau orang berjalan lancar. Jaga Mohana ni Maikel macam jaga nyawa kamu juga. Mohana … jaga diri elok – elok.” Air mata aku yang bertakung lama aku cuba tahan daripada turun. Hati aku seperti disiat tatkala itu. Aku cuma mahukan Norman.. suami seperti Norman. Aku senyum paksa dia membalasnya sebelum melangkahkan kaki menuju ke arah surau.

Aku tewas dengan air mata yang akhirnya jatuh membasahi pipiku. Mata aku kabur dengan air mata. “ Saya sanggup buat apa aje Mohana. Asalkan saya dapatkan awak. Maafkan saya.” Ujarnya tenang. Aku ketap bibir lalu merenung tepat anak mata hazelnya.

“ Awak memang pentingkan diri. Saya bukan milik awak, saya milik Allah! Saya memang bodoh sebab pernah sukakan awak. Tolonglah jangan kacau saya… saya ada hak dengan siapa saya nak kahwin. Saya bencikan awak faham tak!” Dia senyum sinis mendengar aku protes. Seperti baginya itu semua tidak penting.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience