BAB 4

Romance Completed 4746

Aku menunduk ke bawah melihat lantai. Tidak semena – mena aku didenda kerana lewat ke sekolah kerana lewat bangun disebabkan… mimpi gila itu. Azraf yang berdiri bersebelahan aku menguntumkan senyuman lebar kepadaku saat cikgu asyik memarahi kami kerana lewat datang ke sekolah. Aku tidak membalas senyumannya itu. Aku benci tapi suka dia… pelik bukan? Aku suka dia… tapi hati aku sakit bila lihat dia berubah. Berubah drastik!

“ Kau orang ni kan… dah seminggu tahu kau orang asyik lewat. Kau orang berdua ni baik kahwin aje. Asyik orang yang sama aje lewat.” Wajah aku sudah membahang kemerahan di situ. Malu. Seribu kali malu. Aku lihat wajah Azraf hanya beriak tenang dengan senyuman yang masih terukir di bibirnya. Ah Azraf ramai peminat termasuk aku. Peramah orangnya sentiasa bersedekah dengan senyuman kapten bola sepak sekolah kami sekaligus bijak orangnya. Wajahnya usah dicakap boleh dikatakan dia itu lelaki cantik sentiasa menjaga penampilannya.

Harina, kakak yang sentiasa membuatkan hati aku panas namun sporting sibuk mengemas pakaiannya ke dalam beg baju aku buat endah tak endah. Tanganku ligat menekan kalkulator untuk mencari jawapan bagi soalan matematik. Tombol pintu dibuka tersembul wajah ayahku di situ. Aku hanya memandang sekilas wajahnya. Kata mereka aku akan tinggal bersama adik ayah buat sementara waktu.

“ Aik Mohana.. pi la kemas baju esok tak nak ikut ke?” Aku tersenyum manis seraya bangkit dari dudukku. Harina mencebik namun tangannya masih ligat mengemas pakaiannya.

Mataku sesekali berair kepedasan memotong bawang merah. Aku jarang sekali masuk ke dalam dapur ini la padahnya. Harina sudah ketawa terkekek – kekek melihat riak wajahku. Suasana rumah arwah datukku kelihatan sibuk. Aku yang mulai kebosanan hanya mampu membantu pada saat itu namun semuanya bertukar menjadi teruk bagi aku yang jarang menjejakkan kaki ke dalam dapur.

Sesudah aku menyarungkan telekung telefon bimbitku berbunyi menandakan mesej telah masuk. Aku periksa ada whatsApp daripada Alia. Aku tersenyum sendirian melihat mesejnya.

“Alia : Weyh kau snap la gambar abang tu. Aku pun nak tengok juga.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience