bab 28

Adventure Completed 11557

Pang! Pang! Pang!

Dari pantai, aku dan Afirra dapat mendengar beberapa das tembakan. Afirra berhenti meronta. Begitu juga dengan aku, berhenti menahannya.

Mata kami hanya melihat rumah anak yatim yang jauh. Kami berdua langsung tidak mengeluarkan sebarangan bunyi.

Aku dapat mendengar bunyi dengusan nafas Afirra. Aku melihatnya sedang menundukkan kepala lalu mencangkung.

Aku teragak-agak mahu menyentuhnya. Aku mencangkung lalu memegang kedua-dua belah bahunya. Dengan segera dia menolak aku dengan kasar sekali.

Aku melihatnya dengan penuh tanda tanya. Dia pula melihat aku dengan riak wajah marah.

"Kalau bunyi tembakan tu, sasar pada Zia, aku takkan maafkan kau walau kau merayu melutut keluar air mata darah sekalipun." Katanya marah.

Aku terdiam. Afirra melangkah pergi jauh dari aku dan duduk di dalam satu gua kecil.

Aku berpaling memandang ke arah rumah anak yatim tersebut. Dengan pantas kaki aku melangkah perlahan dan semakin lama semakin laju melangkah dan akhirnya aku berlari sepenuh hati.

Aku berhenti dan menyembunyikan diri di dapur apabila ternampak kelibat seorang lelaki berbadan sasa di hadapan pejabat Ummi dengan Abi.

Aku masuk ke dalam kabinet dapur apabila terdengar bunyi tapak kaki yang sedang menuju ke dapur.

(Bunyi kabinet dibuka)

Hati aku sudah berdebar-debar.

***

Malik menuju ke arah kaunter untuk membayar barang yang dibeli oleh mak long.

"Berapa?" Soal Malik.

"MYR 645.50" balas juruwang tersebut.

Malik menghulurkan kad debit milik papa kepada juruwang tersebut. Si juruwang tersebut mengambil kad debit tersebut.

"Arr encik..."

"Aaa dah ke?"

"Kad ni tak boleh pakai. Ada kad lain tak?"

Malik mengerutkan dahi.

"Tak boleh guna? Cuba sekali lagi. Kau ni biar betul?"

"Betul. Dah tiga kali saya cuba, tetap tak dapat. Ada kad lain?"

Malik tak bersuara.

"Kejap eh. Saya tanya mak saya dulu." Juruwang tersebut mengangguk kepala.

Malik melangkah mendekati mak long yang sedang duduk di kerusi yang disediakan.

"Ibu..."

"Yee dah bayar ke?"

"Kad debit tu tak boleh guna. Ibu ada kad lain tak?"

Kali ini giliran mak long yang mengerutkan dahi. Dia mengambil beg duit yang berwarna merah lalu mengambil kad debit milik aku!

"Nah cuba guna ni..."

Malik mengangguk lalu mengambil kad debit tersebut. Malik menyerahkan kad debit tersebut kepada juruwang di hadapannya.

"Maaf encik, tak boleh guna jugak." Kata si juruwang.

Malik terkejut. Terus dia merampas kad debit dari tangan juruwang tersebut lalu berjalan menuju ke arah mak long. Mak long melihat Malik dengan wajah risau.

Malik membaling kad debit tersebut ke arah dinding. Melihat kepada perbuatan Malik, mak long tahu bahawa kad debit tersebut juga tidak dapat digunakan.

"Ibu rasa mesti Tuan Rizman dah block kad-kad kita. Suka hati tok moyang dia jee!" Bebel mak long.

"Ibu tak payahlah nak membebel sangat. Jom balik!" Malik berjalan keluar tanpa berpaling.

"Hey Malik! Barang-barang ni takkan tak jadi beli kut? Malik!!"

***

Ku sangkakan pintu kabinet aku yang dibuka, rupanya kabinet sebelah. Fuh selamat!

"Woi kau buat ape dekat sini? Orang tua tu siape nak jaga?" Marah Megat.

"Maaf..." Terus lelaki berbadan sasa tersebut meninggal dapur tersebut. Sempat juga dia mengintai sebentar.

Perlahan-lahan aku membuka pintu kabinet tersebut. Perlahan-lahan aku merangkak. Ku lihat tandas di hadapan, terus aku masuk ke dalam lalu menguncinya.

Ah sudah! Aku terperangkap di dalam tandas pula. Aku berpusing-pusing mencari jalan keluar dari tandas ini.

Aku lihat ke atas, ada jalan keluar. Aku mengambil bangku yang berada di hujung tandas lalu berdiri di atasnya.

Perlahan-lahan tangan aku membukanya. Aku melompat sedikit dan tangan aku berjaya berpaut pada siling tersebut.

Aku masukkan ibu jari kaki ke dalam lubang bangku dan membawanya naik bersama.

Tok! Tok! Tok!

Bunyi ketukan tersebut membuat bangku di hujung ibu jari kaki aku hampir terjatuh tapi aku membaling ke atas dan aku berjaya mencapainya.

Bangku adalah benda pertama yang aku letakkan di atas sebelum tubuh aku ke atas.

"Oii aku rasa ada orang dalam tandas ni! Ah Meng, kau pecahkan pintu ni!!" Arah lelaki di luar tandas.

Aku semakin berdebar. Aku menutup lubang tersebut segera tanpa mengeluarkan sebarang bunyi.

Boom!!

Pintu tersebut dipecahkan. Aku terperanjat sedikit. Aku menghelakan nafas lega.

"Tak ade apa-apa pun!"

"Kalau tak ada orang kenape dia berkunci dari dalam?"

"Sengaja nak melengahkan kita kut. Lagi pun tadi kan ada budak dari dapur "

"Ape-ape je lah"

"Budak-budak tu kau dah kunci dalam bilik?"

"Lambat betul kau tanya, dah"

Mereka berdua beredar dari situ. Aku pula meneruskan perjalanan. Bukan dengan berjalan, tapi dengan merangkak. Bayangkan apa akan jadi kalau aku berdiri, mau roboh siling ni.

Aku mendekatkan telinga aku ke permukaan siling, tak ada apa-apa bunyi.

Aku merangkak lagi dengan peluh yang tak henti-henti menitik. Panas! Aku meletakkan telinga di permukaan siling lagi, ada suara. Suara samseng tak guna tu.

Aku menggeleng kepala. Aku kembali merangkak dan berhenti lagi. Aku meletakan telinga di permukaan siling lagi.

Terukir senyuman di bibir. Suara Ziara yang tengah menangis. Aku membuka siling tersebut. Tepat!

Ziara, Laila dan Bad betul-betul ada di bilik tersebut. Tapi, tak semudah itu. Ada seorang lelaki berbadan sasa sedang tidur. Aku lihat mereka bertiga diikat tangan, kaki dan mulut.

Aku mengambil batu kecil entah kenapa ada batu pulak atas ni. Aku membaling batu tersebut ke arah mereka bertiga.

Serentak wajah yang sedang ke takutkan melihat aku. Pada mulanya mereka cuba bersuara tetapi aku sempat meletakkan jari telunjuk di bibir.

Mereka bertiga mengangguk faham. Aku cuba mencari jalan untuk membawa mereka keluar. Perlahan-lahan aku menurunkan kaki ke lantai.

Aku melihat sekeliling dan mata aku memerhatikan si lelaki tersebut. Aku mengambil bantal di atas katil lalu meletakkannya di ketiak aku.

Aku menggoyangkan sedikit badan lelaki tersebut supaya dia terjaga. Mereka bertiga sudah membulatkan matanya memandang apa yang aku sedang lalukan.

Dalam hati Bad, gila.

Lelaki tersebut terjaga sedikit. Terus aku memasukkan isi bantal ke dalam mulutnya lalu menekup wajahnya kuat. Dia meronta-ronta dan perlahan-lahan dia berhenti.

Aku melepaskan bantal tersebut dan segera mengambil pisau di kaki samseng tersebut. Mana aku tahu ada pisau kat sana? Samseng selalu buat macam tu.

Aku memotong tali di tangan mereka dan menyuruh mereka membuka ikatan di kaki sendiri.

"Macam mana kau boleh lepas?"

"Ni Naylia lah... Apa yang aku tak boleh buat."

Mereka membuat mimik muka menyampah.

"Firra ada sama dengan kau tak?" Soal Ziara risau.

Dengan senyuman yang menenangkan, aku mengangguk sebagai jawapan.

"Okay kita kena keluar dari sini dulu"

Mereka mengangguk faham.

"Laila dengan Zia, korang naik dulu. Lepas tu aku tolong Bad naik. Last baru aku naik. Korang sampai je kat atas terus merangkak ke tandas. Turun dekat sana then kau lari keluar..." Terang ku.

"Asal kau last pulak?" Soal Ziara.

"Sebab aku datang nak selamatkan korang, korang lagi penting."

"Tapi..." Ziara cuba memotong.

"Naik!" Arah ku.

Aku dengan Bad bantu Laila untuk naik ke atas. Selepas selamat dia naik kami angkat Ziara pula.

Aku gunakan sepenuh tenaga untuk mengangkat Bad naik ke atas. Lelaki tadi mula bergerak-gerak. Aku melompat, nasib sampai.

Tapi aku agak susah untuk naik. Tiba-tiba ada tangan menarik kaki aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience