Faris berlari menuju ke pejabat Tuan Rizman di rumah mereka sambil membawa telefon pintarnya. Tanpa mengetuk terus Faris masuk ke dalam pejabat Tuan Rizman.
"Hai Faris? Tak reti nak ketuk ke?"
"Tak sempat! You need to see this dad!" Terus Faris berjalan menuju ke sisi Tuan Rizman lalu menghulurkan telefon pintarnya.
' Tuan Rizman iaitu pemilik syarikat Black Insurans dan pemegang syarikat Adam Hawa Insurans telah membekukan semua account bank keluarga Naylia. Berdasarkan maklumat yang diterima, Tuan Rizman dan keluarganya telah memaksa Naylia untuk menyerahkan Adam Hawa Insurans kepadanya dan kini membekukan bank Naylia? '
Tuan Rizman juga terkejut melihat isi kandungan telefon pintar milik Faris. Dia tak percaya dengan apa yang dibacanya.
"Apa semua ni?" Soal Tuan Rizman.
"Faris tak tahu. Tapi yang Faris tahu si pelapor adalah Puan Safiyah, mak long Naylia..." Balas Faris.
Tuan Rizman menampar mejanya. Marah dengan tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan keluarga.
"Faris siapkan kereta papa. Papa akan berjumpa dengan keluarga mereka..."
"Jumpa diorang? Nak buat ape?"
"Nak bincang pasal semua tuduhan tu lah! Cepat siapkan kereta!!"
"Baik..."
***
"Ibu! Ibu bangun!" Malik menggoncang badan mak long sekuat hatinya.
Mak long menepis tangannya lalu bangun dari tidur. Matanya masih terpejam.
"Ibu!!"
"Ape!?" Soal mak long bengang.
Malik mengambil tablet yang diletakkan di sebelahnya tadi lalu beri kepada mak long. Mak long mengambil tablet tersebut dengan kasar. Dia baca artikel yang terpapar lalu menyerahkannya kepada Malik semula.
"Jadi? Kau kejut ibu semata-mata nak tunjuk pasal artikel tu? Buang masa ibu je tau tak!?" Ujarnya.
"Ibu tak kisah?"
Mak long menggeleng laju.
"Ke... Ibu yang lapor semua ni?"
Mak long mengangguk. Malik pula menunjukkan reaksi terkejut. Mulut ternganga luas bagaikan nak bagi lalat masuk.
"Asal kau terkejut sampai macam tu?" Soal mak long.
"Takde pape... Malik keluar dulu." Pamitnya.
Mak long mengangguk lagi. Mak long bangun lalu menuju ke bilik air. Matahari sudah terpacak di atas kepala tapi dia masih belum mandi lagi.
***
Kami berlima berjalan tanpa arah tuju. Hanya berjalan mengikut telunjuk hati. Bad membantu aku untuk berjalan kerana kaki aku masih teruk. Apalah keadaan rumah anak yatim tu sekarang.
Apalah yang samseng tu buat dekat Ummi, Abi, Syamira, Syameel dengan yang lain. Aku mula dibelenggu dengan rasa serba salah. Aku berhenti berjalan, Bad memandang aku aneh. Begitu juga dengan yang lain.
"Kau kenape?" Soal Afirra.
Aku mendiamkan diri. Aku melepaskan tangan Bad dari membantu aku. Perlahan-lahan aku berjalan ke tepi lalu duduk di atas rumput hijau. Mereka berempat berdiri di hadapan aku.
"Kau penat ke Nay?" Soal Afirra lagi.
Aku masih mendiamkan diri. Nafas berat aku lepaskan. Aku angkat muka memandang mereka.
"Korang... Boleh pergi. Jangan risau. Korang selamat." Kata ku putus-putus.
Mereka menunjukkan reaksi terkejut. Laju Laila mencangkung memandang aku.
"Kenape? Kitaorang susahkan kau ke? Atau kau- " Aku memotong percakapannya.
"Tak... Semua yang kau akan cakap semua salah. Aku... Aku rasa serba salah. Dulu aku nafikan bila aku digelar sebagai pembawa sial. Sekarang aku sedar, memang aku pembawa sial." Kata ku.
Tatkala mendengar kata-kata aku, mereka yang berdiri turut mencangkung.
"Apa yang kau merepek ni? Mana ada kau pembawa sial. Kau normal lah Nay..." Pujuk Ziara.
"Kalau betul aku normal, kenape semua orang yang aku jumpa aku ditimpa sial? Kau tengok rumah nak yatim tu, sebelum ni mana pernah kena serang. Tapi bila aku datang, rumah tu kena serang. Aku takut..." Kata ku dengan perlahan.
"Takut? Takut ape?" Soal Bad pula.
Aku diam seketika. Memikirkan kata-kata yang bakal aku ungkapkan nanti.
"Aku takut, korang kena benda yang sama bila korang terus bersama dengan aku. Aku tak nak ubah nasib korang. Dari indah, berubah menjadi tragedi." Ujar ku sayu.
Mereka tidak terkata. Masing-masing memikirkan tentang apa yang aku ucapkan sebentar tadi. Tiba-tiba ada tangan yang memegang bahu aku. Aku angkat muka. Afirra.
"Aku tak kisah. Kita kawan. Kita sahabat. Kita keluarga. Aku terima apa yang akan jadi asalkan kita tetap bersama. Aku tak nak kita terpisah. Aku akan takut." Ujarnya sayu.
"Takut ape?" Soal Bad dengan aku serentak.
"Takut aku hilang orang yang aku sayang." Balasnya bersertakan senyuman. Senyuman yang menenangkan.
Mereka yang lain juga turut tersenyum bersama. Ziara berpaling memandang aku.
"So, Nay. Masih nak suruh kitorang tinggalkan kau?" Soalnya dengan nada manja. Aku tersenyum.
"Kalau itu yang Afirra nak. Kalau itu yang boleh gembirakan korang, aku tarik balik kata-kata aku tadi." Kata ku.
Kali ini giliran Laila yang membantu aku. Setelah berdiri, aku melihat ke arah tepi dengan senyuman, tapi ia hanya seketika. Senyuman aku tiba-tiba pudar. Aku tidak berganjak. Aku terpaku melihat kawasan tersebut.
"Wei Nay? Kau asal ni?" Soal Laila.
Mereka yang lain juga turut memandang aku. Aku melihat ke bawah, tebing. Tempat ini. Mereka juga berdiri di hujung tebing dan memandang ke bawah.
Afirra yang paling terakhir melihat ke bawah tanpa sengaja terlanggar bahu Ziara dan serta merta Ziara tergelincir ke bawah.
"Zia!!" Jerit kami serentak.
Kami boleh mendengar suaranya yang sedang menjerit. Aku menekup mulut. Bala lagi. Tanpa melengahkan masa terus Afirra turun ke bawah untuk mendapatkan Ziara.
Kali ini kami menjerit nama Afirra pula. Kami yang tinggal tiada pilihan selain turun ke bawah. Nak meminta pertolongan agak sukar. Kawasan ini sangat susah untuk melihat orang lalu lalang.
"Jom!" Aku melepaskan tangan Laila lalu menggelongsor ke bawah.
Laila dan Bad saling berpandangan. Mereka terpaksa turun juga. Aku terlanggar badan Afirra. Bad dan Laila dah elok menggelongsor berubah bergolek pulak. Kami bertiga bagaikan buah bowling yang terkena bola dua kali.
Semua mengaduh sakit. Lagi-lagi Ziara. Kaki dia terseliuh, lepas tu dihempap kami berempat pula.
"Zia kau okay?" Ziara mengangguk.
Mereka melihat sekeliling manakala aku memikirkan nasib yang sedang menanti.
"Wow cantik! Jom explore!" Ajak Bad.
"No!" bantah ku.
Mereka terkejut apabila aku membantah. Jelas riak wajah Bad yang tadinya teruja berubah ke muram.
"Ini bukan tempat biasa. Aku pernah masuk sini dulu. Sangat bahaya wei. Lebih baik kita cari jalan keluar." Kata ku.
"Cari jalan keluar? Boleh kita explore jugak kan?" Soal Bad lagi.
Nak kata ya ke tak. Aku mengangguk perlahan. Serta merta wajah suramnya berubah menjadi ceria. Aku harap wajah ceria tu takkan berubah kalau kitaorang terserempak dengan samseng tu.
Laila kembali membantu aku. Afirra pula membantu Ziara. Kami berjalan di dalam hutan yang menyimpan seribu rahsia. Tempat yang menjadi sejarah buruk kepada yang pernah tinggal di sini.
Share this novel