bab 19

Adventure Completed 11557

Aku melihat sekeliling. Kilang tersebut dikelilingi oleh sampah sarap dan barangan yang tak berguna atau dikitar semula. Aku melangkah perlahan-lahan.

Mana kayu-kayu yang menghalang jalan aku alihkan ke tepi. Aku mengipas hidung sendiri. Busuk betul kilang ni. Ada bangkai mayat ke ape dekat sini?

Tiba-tiba ada satu suara. Aku menoleh ke arah suara tersebut.

"Kau cari sana, biar aku cari dekat sini. Ingat, kalau jumpa jangan lepaskan dia. Kita boleh suruh dia buat kerja." Arah seorang lelaki.

Dia cakap pasal aku ke? Memanglah ada orang kain ke lari dari situ selain aku. Aku berlari anak masuk ke dalam kilang.

Puii!

Dalam kilang lagi busuk! Aku lupakan pasal bau sebab yang paling penting sekarang adalah untuk selamatkan diri. Aku berjalan menghampiri bahagian yang dipenuhi dengan cermin. Ni kilang ape sebenarnya? Banyak cermin dekat dalam ni. Takkan studio balet pulak kan?

Tiba-tiba sahaja telinga aku dapat menangkap bunyi telapak kaki di dalam kilang tersebut. Segera aku berlari ke arah belakang sebuah cermin besar. Terdapat banyak bangkai tikus dan cicak.

Aku nak muntah tapi aku tahan. Tangan aku naik menekup mulut sendiri akibat tidak tahan dengan bau bangkai tersebut. Tempat ini agak sempit, dapat ke aku meloloskan diri keluar dari sini dengan selamat atau, nasib aku memang memang berada ditangan mereka semua?

Bunyi telapak kaki semakin menghampiri ke arah aku. Aku menekup mulut, takut-takut nafas aku didengari oleh mereka semua, mati aku. 

Aku menoleh ke tepi, ada lubang, kalau aku lalu muat ni. Takdelah kecik mana lubang tu. Aku menukar posisi dari duduk ke merangkak. Kaki tangan aku memang sudah berketar teruk.

Perlahan-lahan aku menghampiri lubang tersebut. Tiba-tiba...

"Kau jaga dekat lubang ni. Aku pasti dia cuba keluar dari lubang ni. Faham!" Arahnya.

Aku menampar dahi perlahan, kalau kuat kan berbunyi. Mati aku nanti kantoi dengan mereka semua, tak dapatlah aku nak balas dendam nanti kan?

Aku kembali duduk tapi sampai bila aku nak duduk dekat sini? Kalau aku tak mati dekat tangan diorang, memang aku gerenti mati lemas dengan bau bangkai ni dan tak ada yang tahu aku dah mati agaknya.

Tiba-tiba!

Cermin di hadapan aku pecah akibat ditumbuk oleh salah seorang daripada samseng tersebut. SI*L. Aku melindungi muka aku menggunakan lengan. Aku menjerit kecil apabila serpihan kaca menusuk masuk ke dalam lengan dan muka aku. Sakit wei!

Aku mengalihkan tangan aku untuk melihat ke hadapan. 3 orang lelaki sedang berdiri di hadapan aku. Dasar zalim!

Serpihan kaca di sisi aku capai lalu ku baling ke arah mereka. Mereka terjatuh dam salah seorang dari mereka, kaca tersebut masuk ke dalam matanya.

Aku bangun lalu berlari sepenuh hati. Aku langsung tidak berpaling ke belakang dan hanya berlari tanpa hala tuju. Di bahagian hadapan kilang terdapat seorang lelaki berbadan tegap, aku menukar arah dan dia pun telah sedar akan kehadiran aku lalu turut mengejar aku.

Entah berapa ramai lelaki yang sedang mengejar aku sekarang ni dam akhirnya aku berhenti di jalan mati. Bahagian keluar sudah terdapat beberapa orang samseng yang lain.

Berapa ramai diorang ni sebenarnya? Semata-mata nak tangkap aku takkan semua turun padang kut! Sebuah kereta merempuh beberapa orang samseng tersebut. Ada yang terpelanting, ada yang terbaring atas jalan dan melarikan diri.

"Itu macam kereta..."

Muncul wajah Syamira di luar cermin. Aku terkejut. Macam mana dia boleh tahu aku ada dekat sini? Syamira memberi isyarat menyuruh aku masuk ke alam kereta tetapi aku langsung tidak berganjak. Mungkin ke mereka berdua bersekongkol dengan semua samseng ni? Macam mana boleh tiba-tiba ada dekat sini pulak? Bukan ke pelik tu?

Syamira dan Syameel saling berpandangan.

"Kenapa dia tak nak masuk? Nak mati ke debgan samseng tu!?" Soal Syameel dengan nada marah.

"Aku rasa, dia mungkin rasa yang kita ni bersekongkol dengan samseng tu. Mana taknya, tiba-tiba datang." Balas Syamira.

"Kita datang pasal Raziq yang suruh kan?" Syamira mengangguk.

Syamira melangkah keluar dari kereta lalu menghampiri aku. Aku mengundur beberapa langkah, sebagai langkah berjaga-jaga.

"Naylia... Jom ikut kak Mira. Sini tak selamat. Kalau Nay ikut kami, Nay akan lebih selamat. Jom!" Pujuknya.

Aku tetap tidak berganjak. Syamira mengeluh. Syameel melihat semua samseng tersebut, ada yang sudah mula bergerak. Dengan segera Syameel memandu kereta ke arah aku dan Syamira. Dia keluar dari perut kereta lalu mendekati Syamira.

"Cepat! Diorang dah mula sedar. Kita tak boleh lama. Cepatlah!" Arahnya.

"Nay jom!!" Ajak Syamira.

Aku masih tidak berganjak. Syameel merengus kecil lalu menuju kebelakangan aku. Kayu di atas jalan dia capai lalu memukul kepala aku dengan kuat. Aku memegang belakang kepala aku lalu rebah dan pengsan.

Syamira sempat menyambut aku. Syameel menjatuhkan kayu lalu masuk ke dalam kereta dan membuka pintu belakang untuk kami. Syamira mengangkat tubuhku dan masuk ke dalam perut kereta.

Dengan segera Syameel menekan minyak dan terus kereta meluncur dengan laju sekali.

"Meel apa hal kau pukul kepala budak ni!?" Soal Syamira dengan nada tinggi.

"Kau rasa kalau aku tak pukul kepala dia, dia nak ikut kita ke? Dengan cara ni lagi senang lah Mira. Baik kau diam je, kuta bawak dia pergi hospital." Ujar Syameel.

"Elok jugak tu. Badan budak ni pun penuh dengan kaca tambahan pulak kena pukul dengan kau tadi kan?" Balas Syamira dengan nada menyindir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience