bab 12

Adventure Completed 11557

Masa aku tengah tidur, aku rasa basah. Takkan mimpi basah pulak! Aku bergerak ke kiri lalu terjatuh.

Bila aku buka mata, aku dalam kolam! Aku cuba berenang naik tapi kaki aku sakit. Tak dapat berenang dengan betul.

Tapi aku tetap cuba. Akhirnya aku sampai dekat permukaan. Aku melihat mak long dengan Malik dekat depan pintu.

Aku menghulurkan tangan meminta bantuan tapi mereka endahkan.

"Kalau kau nak kitaorang tolong, kau kena bagi Adam Hawa Insurans dekat kitaorang!" Jerit Malik.

Aku tidak dapat bercakap dengan betul.

"Ma.. Cam.. Mana? Itu.. Bukan.. Atas.. Nama.. Aku!!" Kataku tak tentu pasal.

Dah lah timbul tenggelam dalam air ni. Tak ku sangka...

"Nay!!" Jerit Akim.

Terus dia membuka bajunya lalu terjun ke dalam kolam menyelamatkan aku. Auchh! Terharu.

Dia menarikku menggunakan tangannya dan membawa aku naik ke darat. Aku terbatuk kecil. Aku melihat mak long dengan Malik marah lalu masuk ke dalam.

Mereka nampak terkejut apabila melihat mak Su menghadap mereka.

"Berhenti seksa Nay sampai macam tu!" Arah mak Su.

"Mak Su dah kenape? Kita sama je" marah Malik.

"Tapi aku tak sampai nak bunuh dia.." balas mak Su sambil mengetap gigi.

Mak Su keluar mendekati kami berdua. Aku tunduk melihat mak Su. Tiba-tiba ada tangan memeluk aku.

"Mak Su?" Kataku.

Aku dapat rasa mak Su menangis.

"Mak Su minta maaf sebab dera Nay selama ini. Mak Su betul-betul minta maaf dengan Nay. Mak Su sanggup buat apa je asalkan Nay tolong maafkan mak Su" katanya sayu.

Aku mengusap belakang badannya lembut.

"Dah-dah lah mak Su. Mak Su minta maaf macam ni pun dah cukup" kataku sambil melepaskan pelukan lalu menatap wajahnya dengan senyuman.

"Sama macam muka papa" kataku perlahan.

Kata-kata ku membuatkan hatinya sebak dan serba salah.

"Nay mak Su nak cakap sikit pasal yang haritu. Hari Nay jumpa mak Su basah lencun tu" katanya perlahan.

Aku mengangguk.

"Jangan percaya dekat mak ngah sangat. Mak Su berbaik dengan Nay bukan sebab nak menghasut tak! Mak Su nak selamatkan Nay"

"Selamatkan? Daripada?" Soalku.

"Tak payah fikir sangat. Cuma ingat, Mak ngah bukan macam apa yang Nay sangkakan" kata lagi.

Kata-kata mak Su membuatkan aku teringat dekat lelaki tua tersebut.

'Mak ngah kau tak seperti yang kau sangkakan'

Kenape mak Su dengan lelaki tua tu cakap macam tu? Terus mak Su dan Akim membantu aku masuk.

***

Ting..

Ada mesej masuk. Peguam Aiman. Aku mencebik. Aku buka sembang kami.

Personal Whatsapp:

Peguam Aiman
Abang ada berita

Apa dia? Tentang ape?

Peguam Aiman
Tentang Adam Hawa Insurans

Sound like good news. Apa dia?

Peguam Aiman
Adam Hawa Insurans dan sah jadi milik Tuan Rizman.

Peguam Aiman
Nay dah tak perlu risau! Semuanya dah selesai

Ada satu lagi yang Nay nak mintak tolong dari abang..

Peguam Aiman
Apa dia?

Tolong Nay periksa rumah ni atas nama siapa

Peguam Aiman
Mestilah atas nama Nay. Kenape ni?

Pagi tadi mak long tunjuk Nay satu borang. Borang tu kata rumah ni atas nama mak long. Dan hujung tu ada cap jari. Tapi bukan cap jari Nay.

Peguam Aiman
What!? Gilalah. Kalau bukan cap jari Nay, cap jari sape lah?

Malik. Anak mak long

Peguam Aiman
Huahahaaahah! Surat sebenar ada dekat abang. Tak payah risau. Rumah tu tetap atas nama Nay.

Oh ye ke? Alhamdulillah. Baiklah Nay ada hal. Kalau ada apa-apa bagitau.

Peguam Aiman
Hrumm ye lah.

Lega hati aku lepas Peguam Aiman cakap rumah ni masih atas nama aku. Tapi lepas aku ni aku tak tahulah.

Boom!!

Tiba-tiba pintu bilik aku dibuka kasar. Aku ingat ada bom meletup. Rupanya Malik yang sedang berdiri tersengih.

"Kau nak ape?" Soalku.

Dia tersengih lalu menutup pintu perlahan. Klak. Pintu dikunci.

Aku dah mula takut. Apa mamat ni nak? Nafas aku tak menentu. Aku mengundur sedikit.

Dia duduk dihujung tilam. Aku nak bercakap tapi bibir aku asyik bergetar je.

"Kau nak ape? Cakap je lah! Tak..tak payah nak kunci pintu bagai!" Marahku.

Dia buat tak endah malah hnya memerhati wajah aku. Aku tahulah aku cantik tapi tak payahlah nak pandang macam tu.

"Aku nak syarikat Adam Hawa Insurans" katanya.

"Kan aku dah kata tu bukan syarikat aku lagi. Tu tuan- "

"Aku tahu!! Tapi kau suruh peguam Aiman tukarkan dan pujuk orang tua tu kan!" Marahnya.

Aku mengangguk laju. Dia tersengih.

"Kalau macam tu kau suruhlah dia tukar balik tapi letak nama aku!!" Marahnya lagi.

"Kalau aku tak nak!?" Soalku berani.

Dia memandang aku dingin. Hati aku makin kuat berdenyut. Dah lah kaki sakit tak boleh nak lari.

"Tak nak?" Soalnya sambil mengangguk marah.

Terus dia menolak aku sehingga aku terbaring. Kedua-dua tangan aku dia genggam. Takkan ini pengakhiran Naylia? Takkan aku akan rosak!?

"Aku rasa kau dah faham apa yang aku akan buat" katanya.

Dia mendekatkan wajahnya ke wajah aku.

"Akim!!!" Jerit aku kuat.

Pap!!

Pipi aku dia tampar. Sial!

"Asal kau sibuk nak panggil dia hahh!?" Soalnya sambil menampar wajah aku lagi.

Dah lah dia duduk atas badan aku. Berat macam gajah.

"Akim!!" Jerit aku lagi.

Terus dia mencengkam wajah aku kuat. Aku tak dapat bercakap langsung.

"Nay!? Nay bukak pintu! Nay kenape ni!? Naylia!" Jerit Akim diluar bilik. Mak Su mendekati Akim.

"Kenapa ni Akim?"

"Tak tahu lah ibu. Tadi Naylia menjerit then.. pintu dia terkunci" jelasnya sambil memusing tombol pintu.

"Pecah je lah!" Arah mak Su.

Terus Akim menghempap pintu bilik aku.

"Ahh!" Jerit Akim apabila pintu sudah pecah. Malik menoleh terkejut dengan matanya yang membulat.

"Malik kau buat ape?" Marah mak Su.

Akim bangun lalu menarik Malik lalu menghentak kepala Malik ke dinding berkali-kali. Mak Su pula mendekati aku.

Aku memeluknya erat dengan air mata yang mengalir.

"Kau buat ape dekat Nay hahh!? Sial! Kau bodoh kau tahu tak!" Marah Akim.

Muka Malik sudah dipenuhi darah. Luka disana sini. "Akim sudah!" Arah mak aku.

Akim berhenti tetapi dia menumbuk muka Malik sekali lagi.

"Sudah!!" Jerit mak long.

Mak long mengambil menyangkut baju lalu memukul Akim. Akim melindung dirinya menggunakan tangan.

"Kak long?!" Kali ini mak Su mendekati mak long lalu menolaknya. Mak Su memeluk Akim erat.

"Kenape akak pukul anak Su!?" Marah mak Su.

Mak long memandang mereka dengan wajah dingin. Kali ini dia memandang aku. Dia merangkak lalu memukul.

Aku tak mampu untuk berbuat apa-apa. Aku sekadar dapat melindungi diri menggunakan tangan.

"Mak long!" Akim mendekati aku lalu melindungi aku dengan cara memeluk aku.

"Arghh!!" Akim menjerit apabila mak long memukul belakangnya berkali-kali.

"Kak long sudah" jerit mak Su lalu menariknya jauh. Malik pula mendekati mak long lalu menolak mak Su.

Kali ini mak ngah masuk lalu menyelamatkan mak Su. Aku memeluk Akim kerana badannya lemah selepas dipukul banyak kali.

Air mata aku mengalir. Diorang sakit sebab aku!

"Korang ni dah kenape?" Soal mak ngah sambil memandang kami semua bersilih ganti. 

Mak ngah mengeluh.

"Mukhriz!!" Jerit mak ngah.

Mukhriz? Anak mak ngah? Dia ada dekat sini? Sejurus itu muncul wajah dingin Mukhriz.

"Tu. Pergi tolong Nay dengan Akim. Bawak turun" arah mak ngah.

Mukhriz mengangguk lalu membantu kami turun. Mak long dengan Malik memandang kami dengan pandangan maut.

Apa lagi lepas ni?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience