"Ohh jadi inilah puteri-puteri kau ye Adam.. Cantik, macam mama dia" puji Tuan Rizman. Malu aku dengan Nadira dibuatnya. Papa menoleh ke arah kami.
"Kenalkan diri masing-masing" arahnya. Aku dan Nadira mengangguk lalu berdiri. "Hai semua, saya Nadira. Boleh panggil Nad" kata Nadira.
"Kalau saya nak panggil awak Dira boleh? Untuk saya, sahaja" soal Afiq. Nadira mengangguk. Giliran aku.
"Hai semua. Saya Naylia dan korang semua boleh panggil saya Nay" jelasku.
Selepas itu aku dan Nadira melabuhkan punggung semula. "Naylia umur berapa?" Soal Faris. "Empat belas" kataku sambil menunjukkan empat jari.
Dia mengangguk. "Maafkan saya..encik Adam, puan Hawa.. makanan dah sedia. Mari" ajak kak Linda. Papa dan mama mengangguk.
"Tuan Rizman, Puan Lisa, Faris, Afiq dan yang lain jom kita makan sama" ajak papa. Mereka semua bangun lalu menuju ke arah meja makan.
Aku duduk diantara dengan Nadira dan Puan Lisa serta berhadapan dengan mak long dengan mak Su.
"Silakan.. Hari ni Hawa masak istimewa untuk korang semua" jelas papa.
"Ermm sedap ayam masak lemak Hawa ni" puji Puan Lisa. "Masak lemak tu bukan saya yang buat" jelas mama. "Kalau bukan Hawa sape?" Soal puan Lisa.
"Naylia" balas mama. Dengan serta merta aku tersedak. Nadira menghulurkan air sirap kepadaku. Aku memandang mama lalu mengerutkan dahi.
"Betullah. Takkan mama nak mengaku mama yang masak ayam tu" jelas mama. Tiba-tiba Tuan Rizman meletakkan sudu garfunya diatas pinggang.
Kami semua serentak memandangnya. "Tuan okay?" Soal papa risau. "Tak tahulah. Aku rasa macam ada yang aneh dekat rumah ni" jelasnya.
Kami semua tidak bersuara apabila mendengarnya. "Aneh yang macam mana ayah?" Soal Faris. Tuan Rizman mengangkat bahu.
Tiba-tiba mak long menyampuk. "Mesti Tuan rasa ada sesuatu yang buruk dekat rumah ni kan" sampuk mak long.
"Betul tu..macam pembawa sial" sambung mak Su.
Semua orang serentak memandang mereka berdua. Aku dah mula geram dengan dua orang manusia ni. "Pembawa sial?" Soal Tuan Rizman dan Puan Lisa serentak.
Mak long mengangguk. "Dalam rumah ni memang ada pembawa sial" jelas mak long lagi. Aku masih diam dan hanya memandangnya. Aku takut kalau aku menjawab, mama papa akan mendapat malu.
"Daripada mak long nak ceritakan benda yang karut tu, baik mak long sambung makan" arah Nadira. Dia tahu kalau mak long dengan mak Su meneruskan kata-kata, aku akan naik angin.
"Karut ape? Betullah budak dekat sebelah kau tu memang pembawa sial kan?" Marahnya. Tuan Rizman dan keluarga yang lain memandangku terkejut.
Aku menghelakan nafas marah. "Mak long boleh tak kalau hormat sikit tetamu kita? Ni bukan jamuan keluarga.." marahku. Aku masih mengawal suara.
"Betul ke Nay pembawa sial?" Soal Faris tiba-tiba. Aku terkejut dan tak terkata. "Kak long. Tolonglah jangan bergaduh dengan Nay kali ni je. Cukuplah petang tadi kak long" marah papa.
"Kau diam Adam!" Marah mak Su. "Mak Su dan mak long yang patut diam" marah ku. Mereka membulatkan mata.
"Please lah..k Kali ni je. Lepas diorang balik, mak long dengan mak Su nak maki Nay silakan. Tapi please, jaga maruah mama dengan papa dekat depan tetamu" pintaku.
Mereka buat mimik muka tidak peduli. Aku mengeluh lalu sambung makan. Nadira mengusap belakang ku perlahan.
"Tuan Rizman, maafkan saya. Ni semua tak dirancang" jelas papa tetapi Tuan Rizman seperti tidak mahu mendengarnya. Aku berasa serba salah atas semua ni.
Makan malam kami berakhir dengan suasana yang tidak dapat diungkapkan. Tuan Rizman seperti acuh tak acuh untuk berborak dengan papa dan mengajak keluarganya balik.
Kami menghantar mereka sekeluarga sehingga depan pintu. Semasa Tuan Rizman ingin masuk ke dalam kereta aku mendekatinya.
Dia memandangku hairan. "Ye Nay.." soalnya.
"Sebenarnya, saya memang pembawa sial sebab dalam keluarga papa, setiap yang mendapat anak lebih dari dua, si bapa akan meninggal. Tapi kami langsung tak percayakan. And see, papa masih ada. Ajal maut dekat tangan Allah bukan dekat mulut mak long dengan mak Su" jelasku dan berakhir dengan senyuman.
Dia tersenyum lalu mengusap kepalaku lembut. Aku kembali mendekati mama dan papa dan Tuan Rizman masuk ke dalam perut kereta.
"Nay cakap ape dekat Tuan Rizman?" Soal papa.
Aku membalas dengan senyuman. Dengan tiba-tiba, Tuan Rizman keluar dari perut kereta lalu mendekati papa. Papa nampak terkejut.
"Adam.. Esok datang pejabat saya. Saya setuju untuk bekerja sama dengan awak" katanya. Papa seperti tidak percaya.
Aku turut berasa gembira mendengarnya. Pandangan mata Tuan Rizman kini turun ke aku. "Thanks for the explanation Nay.." katanya lembut. Aku mengangguk.
Semua yang ada disamping aku memandang aku aneh. "Adik cakap ape sebenarnya?" Soal Nadira.
Aku sekadar mengangkat bahu seperti tak tahu.
"Ade je yang dia hasut kat Tuan Rizman tu kan Su" bisik mak long tetapi, kami yang lain tetap dapat mendengarnya.
Papa menoleh dengan pandangan maut. "Dah-dah lah tu!! Tak cukup ke aku dah suruh korang tinggal dekat rumah aku? Tapi masih jugak nak buruk-burukkan keluarga aku!! Now, korang masuk!!" Marah papa.
Mereka berdua terperanjat. Mak long menggeleng kepala perlahan melihat papa. "Kau ni kenape.. akak cakap dari apa yang akak fikirkan. Janganlah nak marah-marah pulak.." balas mak long sayu.
Adam berdecit. "Dah lah papa.. Biarlah mak long tu. Mulut dia macam seorang yang pembawa sial" sambung Nadira. Mak long mendekati Nadira.
"Eh kau diamlah Nad. Menyampuk je!" Marah mak long sambil menolak kepala Nadira menggunakan jari telunjuknya. Aku geram terus aku menolaknya.
"Nay!!" Marah mak Su. Aku menjelirkan lidah lalu menarik tangan Nadira masuk ke dalam rumah. Papa tertawa kecil. Mak long menjelingnya.
***
"Mat pagi..." Ucap ku sebaik sahaja turun dari tangga. "Eh Nay nak ke mana? Pakai jaket bagai.." soal papa hairan. Aku tersengih. "Saja nak keluar joging. Asyik main lompat tali je, bosan jugak pa" balasku.
"Nak nasi?" Soal kak Linda. Aku menggeleng. "Kak..sediakan saya lemon tea letak daun pudina. Please." Pintaku. Dia mengangguk perlahan lalu menuju ke dapur.
"Diet ke Nay?" Soal Nadira. Aku menggeleng. "Saja. Selalu tengok mama asyik minum teringin nak rasa" balasku segan.
"Ohh, minggu depan kita pergi bercuti nak? Dekat Lata Pelangi" ajak mama. Aku dengan Nadira memandang antara satu sama lain sebelum tersenyum dan mengangguk laju.
Selepas menghabiskan secawan kopi suam aku mengambil telefon lalu mendekati papa. "Papa.. Nay gi dulu eh. Tak jauh pun, taman sini-sini je" jelasku.
Papa mengangguk. "Hati-hati" pesannya. Aju mengangguk lalu mencium pipi mama dan keluar dari rumah.
"Segarnya.." kataku. Terus aku mengambil basikal lalu menunggang nya.
Share this novel