bab 18

Adventure Completed 11557

Jam menunjukkan 11 malam tapi mata aku masih cergas. Aku mengeluh lalu menegakkan badan dan melihat sekeliling. Gelap.

Aku melihat bilik Raziq terang menerang. Terus aku melangkah ke depan biliknya dan dia sedang duduk di hujung katil sambil mencuci pisau menggunakan air.

Aku memeluk tubuh melihatnya.

"Asal kau tak tidur lagi?" Soalnya tiba-tiba.

Aku yang terkejut terus gelabah tak tentu pasal.

"Tak de pape. Terbangun je." Tipu ku.

"Kau tak payah nak tidur aku lah Nay. Aku tahu kau tak boleh tidur. Kenape? Tak sabar nak keluar dari sini ke?" Soalnya lalu tersenyum.

Aku mendekatinya tatkala melihat senyuman yang terukir di bibirnya. Dia buat mimik muka pelik melihat aku.

"Kau dah kenape?" Soalnya serius.

"Awak... Senyum." Kataku. Dia tersengih.

"Inilah kali pertama aku senyum sejak Nadira tinggalkan aku, tinggalkan kita." Katanya lalu mengusap rambutku.

"Dah tidurlah. Esok kita ada benda penting nak buat. Go." Arahnya.

Aku mengangguk lalu berdiri.

"I'm sure kak Nadira proud of you, cuz you keep your promise with her." Kataku lalu melangkah keluar.

Dia tersenyum.

"Saya rindu awak Nad."

***

"Nay.. Naylia!" Panggil seseorang.

Aku membuka mata. Aku bukan dekat rumah Raziq. Aku menoleh. Ternganga mulut aku melihatnya.

Lelaki tua itu lagi. Aku mengeluh lalu bercekak pinggang.

"Kau nak ape lagi?"

"Aku nak bagitau sesuatu."

"Ape?"

"Lepas kau keluar, kau lari pergi ke sebuah kilang buruk. Ada orang akan tolong kau dekat sana."

Aku tak percaya dengan kata-katanya.  Tapi sebelum ni, dia tolong aku pasal kemalangan tu dan benda tu betul-betul terjadi. Kali ini?

"Eh, ni mimpikan? Mimpi hanya mainan tidur." Kataku lagak.

"Kalau kau tak ke tempat yang aku suruh tu, kau nak ke mana!?" Soalnya garang.

Aku terdiam.

"Ingat! Kilang buruk!" Pesannya.

"Nay!!" Kejut Raziq.

Aku membuka mata seluas-luasnya melihat Raziq.

"Kau dah kenape?" Soalnya. Aku menggeleng.

"Kenape kau kejut aku?"

"Pergi cuci muka kau! Kita nak mula!"

Aku mengangguk lalu pergi ke depan pintu untuk mencuci muka. Kebetulan dekat situ ada tempayan untuk tadah air hujan.

Beg aku ambil, iphone aku letak dalam poket. Aku keluarkan balik lalu membuka kamera.

"Raziq!" Panggilku.

Dia menoleh dan aku menangkap gambarnya. Dia mengerutkan dahi hairan. Aku sekadar tersenyum lalu menyimpan kembali iPhone ku dan memakai topeng dan topi.

Dia menarik tangan aku dan kami keluar perlahan-lahan. Perjalanan kami terhenti di depan tangga.

"Jangan bergerak langsung kalau kau tak nak mati awal!"

Dia menyuruhku tunggu di sini seketika. Aku mengangguk. Dia keluar dengan bersahaja.

"Ouu! Kau ni terkejut aku!" Marah Raziq apabila terserempak dengan kawannya.

"Kau buat apa pagi-pagi macam ni? Kau kerja petang kan?" Soalnya. Penyibuk betullah!

"Aaa tak de saja aku nak ambik angin. Eh aku lupa pistol aku. Aku naik dulu!" Pamitnya lalu naik meninggalkan aku di situ.

Aku membulatkan mata lalu menoleh ke arah kawannya tadi. Aku mengetap bibir kuat.

Dia mengecilkan mata sambil melihat ke arah aku. Kemudian dia berlalu pergi. Aku menghelakan nafas lega.

"Tak guna punya Raziq. Kau tinggalkan aku!"

***

Blash!!

Mak ngah menyimbah air sebaldi ke arah Mukhriz. Mukhriz terbatuk-batuk akibat air termasuk ke dalam mulut dan hidung.

Dia melihat mak ngah dengan wajah tak percaya.

"Mak! Kenape buat Mukhriz macam ni!" Soalnya sayu.

"Kau tahu sebabnya! Kau tahu kenape aku ikat kau! Sebab kau akan rosakkan rancangan aku!" Marahnya sambil membaling barang-barang.

"Kau akan rosakkan plan aku!!" Jeritnya.

"Mak Mukhriz takkan rosakkan plan mak! Lepaskan Mukhriz!" Rayu Mukhriz.

Mak ngah menggeleng kepala mendengar rayuan Mukhriz.

"Mukhriz, kau ni... Nampak pandai, tapi kau sebenarnya bodoh! Kau tak nak ke jadi kaya? Bersenang lenang?"

"Kaya? Semua orang nak mak! Tapi bukan dengan cara ni? Ini salah!"

"Habis tu apa yang betul!? Bekerja keras? Penat kau tahu tak!?"

"Dah tu mak ingat pak lang Adam dengan mak lang Hawa tak penat ke kerja demi keluarga diorang? Kumpul harta untuk anak diorang kelak!?" Soal Mukhriz marah.

Mak ngah buat tak tahu. Dia mendekati Mukhriz lalu mencengkam rambut Mukhriz. Mukhriz menjerit kesakitan.

"Aku nak kau ikut semua arahan aku! Faham!?" Kata mak ngah. Mukhriz tersengih.

"Aku lebih rela mati dari bekerjasama dengan mak!" Kata Mukhriz.

Mak ngah meludah wajah Mukhriz lalu menolaknya sehingga jatuh.

"Malik!!" Panggilnya. Segera Malik berdiri di sebelah mak ngah.

"Siat kulit bahagian lengan dia. Panjang satu inci, lebar dua inci!" Arahnya. Lepastu kau balut luka dia." Arahnya.

"Kulit dia nak letak mana?"

"Letak dalam bingkai gambar. Jadi hiasan dalam bilik ni. Mulai hari ni, ini bilik Mukhriz dan... Bilik seksaan Mukhriz!" Kata mak ngah lalu berlalu keluar.

Malik menjeling ke arah Mukhriz lalu mendirikan kerusinya. Malik membongkok sedikit sambil melihat Mukhriz.

"Kenape kau tak nak ikut arahan mak kau je. Kan senang. Tak perlu nak seksa bagai." Kata Malik.

Mukhriz memandangnya marah.

"Sebab aku bukan syaitan bertopengkan manusia!" Balasnya.

Serta merta Malik menumbuk pipinya.

"Kau tunggu jap. Aku nak ambil pisau, air, kain pembalut, dan picture frame " katanya lalu melangkah keluar.

***

Aku masih berdiri dekat sini sambil memeluk tubuh. Tiba-tiba aku melihatnya turun dengan perlahan-lahan. Dia melihat kiri kanan seketika.

Selepas memastikan semuanya selamat, dia menarik tangan aku dan berlari di belakang semak.

Tiba-tiba dia berhenti dan menarik aku suruh duduk. Ada beberapa orang berbadan tegap di hadapan sana.

Aku melihat dia memasang topeng muka dan mengambil satu kayu panjang di sisinya. Aku tahu dia nak buat apa.

Aku melihat sekeliling kami, hanya mereka berdua sahaja. Aku memandang ke atas dan terkejut.

Aku menyentuh bahunya. Dia menoleh tetapi aku masih melihat ke atas. Jari telunjuk ku menunjuk ke arah atas.

Dia turut melihat ke atas dan terkejut. Mulutnya ternganga lalu memandang aku. Dia menggaru kepala.

Ada laluan yang menghubungkan antara rumahnya dan jalan. Aku menggeleng kepala.

"Tak kan awak tak tahu! Ni rumah awak kut." Bisikku.

"Mana lah aki perasan. Takpe kita terus jalan. Jom." Katanya lalu memegang tangan aku.

"Ikut aku!" Katanya. Perlahan-lahan dia berjalan mendekati mereka berdua lalu memukul kedua-dua mereka di bahagian kepala.

Salah seorang daripada mereka pengsan dan seorang lagi terus mencengkam leher Raziq dan membuka topengnya.

Raziq memukulnya tapi tiada apa-apa kesan. Aku dengan berani menendang anu nya. Aku melepaskan Raziq.

Raziq terbatuk lalu menarikku lari.

"Oii!! Tangkap Raziq!!"  Panggil si tegap tersebut.

Semakin ramai orang yang mengejar kami. Aku semakin penat tetapi Raziq tetap membawa ku keluar. Demi janji dia.

"Arghh!!" Raziq terjatuh. Kakinya ditembak.

Kami betul-betul berada di depan jalan. Aku cuba menariknya tetapi dia terlebih dahulu menarik bajuku.

"Pergi!"

Aku menggeleng. Air mata mula keluar.

"Kita keluar samalah!" Kali ini dia menggeleng.

"Aku tak dapat. Aku akan lengahkan diorang. Kau selamatkan diri! Ingat cari kak Syamira. Pergi dekat kilang buruk!"

Aku tetap menggeleng dan terus cuba menariknya.

"Biar diorang tangkap aku. Kau pergi. Aku akan jumpa Nadira!" Kata-katanya membuatkan aku semakin menangis.

"Raziq, jumpa kak Nad untuk aku. Aku minta maaf!"

Perlahan-lahan aku melepaskan genggaman tangan aku pada bajunya lalu berlari meninggalkan Raziq.

"Pergi!!" Kata Raziq. Raziq baring dengan air mata yang mengalir keluar.

Samseng tersebut mendekati Raziq lalu mencangkung.

"Mana perempuan tu!?" Soalnya. Raziq hanya ketawa.

Terus samseng tersebut menembak tepat pada dahinya. Aku yang sedang berlari terus berhenti dan menoleh. Air mata aku semakin berani keluar.

Aku sambung lari dan meninggalkan tempat tersebut.

"Saya minta maaf! Tolong, jumpa kak Nad!" Kataku sambil terus berlari.

***

Langkah aku terhenti apabila aku, berada betul-betul di hadapan kilang buruk. Aku memegang lutut.

Aku berlari masukkan ke perkarangan kilang tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience