bab 31

Adventure Completed 11557

Kami berlima meneroka hutan yang tiada jalan keluar. Mata asyik melihat sekeliling. Entah apa yang sedang menanti mereka sekarang ni.

"Nay... Kau kan pernah keluar dari sini. Tak kan kau tak ingat jalan keluar?" Soal Laila.

"Aku ingat jalan keluar tapi... Bahaya. Seingat aku, dekat depan jalan keluar tapi... Ada penjaga." Balas ku.

"Penjaga? Kita lawan je lah?" Balas Bad selamba.

"Badan dia bukan kurus lidi, badan dia gemok badak." Balas ku lagi.

Tiba-tiba...

Buk!!

Ada orang memukul kepala aku dengan kayu. Jelas berubah kabur. Kabur berubah gelap.

***

"Assalamualaikum!"

Tok! Tok! Tok!

Laju kaki kak Linda mendekati pintu rumah lalu dibuka. Terpapar wajah Tuan Rizman dengan dan Faris di depan pintu.

"Tuan Rizman..." Kata kak Linda.

Tuan Rizman sekadar memaparkan riak wajah serius.

"Puan Safiyah ada?" Soal Faris. Kak Linda mengangguk.

"Jemputlah masuk Tuan Rizman, Faris. Kejap lagi kak Linda panggil mem."

Terus kak Linda masuk lalu naik ke bilik mak long. Tuan Rizman serta Faris menuju ke ruang tamu. Baru sahaja mereka mahu melabuhkan punggung, ada suara yang menghalang.

"Tak payah duduk!" Larang mak long.

Tuan Rizman dan Faris tidak bersuara dan hanya memandang mak long. Sampul surat yang berada di tangan Tuan Rizman di campak ke muka mak long. Mak long menjeling tajam. Mak long tunduk untuk mengambil sampul surat tersebut lalu dibacanya isi kandungannya. Mata mak long membulat. Dia tersenyum hambar.

"10 peratus je? Mana cukup!" Marah mak long.

"Dah tu kau nak berapa?" Soal Tuan Rizman.

"95 peratus! Lagipun tu syarikat adik aku. Apa salahnya kalau... Eh! Salah. Itu syarikat adik aku, jadi aku berhak nak dapat semuanya!"

"Wow! Kau bercakap pasal hak eh? Syarikat tu, in rumah ni, tempat kau bersenang lenang ni, milik Naylia. Naylia binti Adam. Kau tak ada hak!"

"Kan aku dah kata Naylia dah mati. Dia dah jumpa keluarga dia! Dia bagi syarikat tu dekat Malik!" Ujar mak long marah.

"Ye ke? Meh aku tengok surat. Tak kan tak ada surat hitam putih yang membuktikan semua tu. Ada tak?"

Soalan Tuan Rizman membuatkan mak long semakin naik angin. Mak long menggigit bibir sendiri.

"Kau tak perlu surat tu! Just bagi syarikat tu dekat aku!" Marah mak long lagi.

Tuan Rizman menggeleng. Faris sekadar melihat perang mulut di antara Tuan Rizman dan Puan Safiyah. Mak long bercekak pinggang. Sakit kepala dia bercakap dengan lelaki macam tu.

"Naylia dah mati! Kitaorang ahli keluarga yang jaga dia. Kitaorang satu-satunya ahli keluarga dia yang tinggal. Kau? Kau cuma rakan kongsi Adam!"

"Ada aku kesah? Aku cuma nak tengok surat hitam putih yang ditandatangani oleh Naylia! Kenape susah sangat nak bagi!" Soal Tuan Rizman.

"Fine!! Linda! Ambik sampul surat dekat atas katil aku! Sekarang!" Arahnya kasar.

Kak Linda yang mengikut arahan terus membuka langkah naik ke bilik mak long lalu mengambil sampul surat tersebut dan bawanya kepada mak long dan Tuan Rizman. Kali ini giliran mak long yang melemparkan sampul surat tersebut di muka Tuan Rizman.

Faris mengambil surat tersebut bagi pihak Tuan Rizman. Faris buka sampul surat tersebut lalu membaca semuanya. Matanya terbeliak melihat isi kandungan. Tuan Rizman yang hairan akan kelakuan Faris terus merampas surat tersebut dari tangan Faris lalu membacanya.

Dengan berbuktikan surat ini, saya, Naylia binti Adam, akan menyerahkan syarikat Adam Hawa Insurans kepada Malik bin Anas sekiranya saya telah meninggal dunia.

Yang benar,
Naylia binti Adam

Tuan Rizman menggeleng kepala lalu mengiyakan surat tersebut dan di lempar ke atas, bagaikan salji turun.

"Tapi dia belum mati. Jadi kau tak boleh ambil syarikat tu."

"Kan aku dah kata. Naylia tu dah mati! Apa yang kau susah sangat nak faham! Kau pekak ke!?"

"Mana kubur dia?"

"Dia kemalangan dan mayat dia belum ditemui. Tapi banyak yang kata dia berkemungkinan besar sudah mati!" Tipu mak long.

"Kau nak sangat syarikat tu kan? Ambik!" Sampuk Faris.

Serta merta Tuan Rizman dan mak long memandang Faris. Biar betul?

"Kamu dah kenape!?" Marah Tuan Rizman.

"Papa... Faris dah tak nak terlibat dengan keluarga ni lagi. Dia timbulkan banyak masalah dekat kita! Menyusahkan. Biarlah diorang nak apa bagi je! Tak kisah Nay hidup ke mati!"

Pap!!

Pipi Faris menjadi tempat telapak tangan Tuan Rizman mendarat. Faris menoleh dan memandang Tuan Rizman sambil mengangguk.

"Kenape cakap macam tu!?"

"Sebab Faris percaya, Naylia akan kembali dan balas dendam untuk semua ni! Diorang akan terima balasan diorang. Lepaskan je lah pa... Lagipun kita, masih boleh hidup. Kan?" Faris cuba meyakinkan Tuan Rizman.

Tuan Rizman menoleh kembali memandang mak long. Dia mengangguk dan mengeluh.

"Baik, aku akan serahkan Adam Hawa Insurans kepada kau!"

***

"Lama lagi ke yang lain nak sedar?" Soal satu suara.

Aku perlahan cuba membuka mata. Aku dekat mana? Apa yang dah terjadi? Siapa diorang?

Pandangan aku agak kabur, tapi yang pasti, ada ramai orang dekat sini. Kebanyakan lelaki.

Blashh!

Ada seseorang menyimbah air sebaldi ke arah aku. Mata aku berubah menjadi segar bugar. Tangan aku diikat, kaki pun sama. Pakaian? Masih baju yang aku guna tadi. Aku melihat kiri kanan, Laila, Ziara, Bad dengan... Mana Afirra? Mereka masih belum sedarkan diri.

"Mana Firra!?"

"Siape Firra? Budak comel tu? Kau rasa dia ada dekat mana?" Balas seorang lelaki separuh bogel.

Aku melihat sekeliling. Ada beberapa bilik yang tidak berpintu, sekadar langsir yang digantungkan. Aku masih tidak tahu apa yang sedang terjadi. Tiba-tiba aku terlihat seorang lelaki keluar sambil zip seluarnya. Tak kan tandas? Jangan-jangan?

"Bro kau dah selesai? Giliran aku ahh..." Kata salah seorang lelaki yang juga separuh bogel.

"Dia penat sangat tu! Biarlah diorang rehat. Tu yang bergantung kan banyak, ambillah satu." Balasnya.

Aku tergamam. Jangan-jangan ni tempat, White Shark! Tempat yang jual perempuan, seksa pe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience