Aku melihat mereka dengan dahi ku yang berkerut.
"Korang... Kenal keluarga Nay ke?" Soal ku.
"Kenal. Kenal sangat Lia. Lia langsung tak ingat ke siape Ummi?" Soalnya.
Aku menggeleng perlahan.
"Takpelah... Mira, kejap lagi bawak Lia pergi bilik Laila. Ummi dengar sana ada satu katil kosong. Jadi, boleh Lia tidur sana." Ujarnya.
Syamira mengangguk lalu mengarahkan aku supaya membawa beg lalu mengikutinya. Syameel juga turut mengikuti kami berdua.
Dalam perjalanan nak ke bilik si 'Laila'siapa tah aku pun tak tahu. Aku melihat sekeliling, hampir semua mereka memandang aku aneh.
Sebab rambut aku ni ke? Aku menarik tangan Syameel.
"Kenape diorang tengok Nay lain macam eh?" Soal ku hairan.
"Biarlah diorang. Diorang ada mata tengoklah. Asalkan diorang tak kacau kau sudah. Tak payah nak besarkan cerita." Balasnya.
Aku mencebik mendengar balasan Syameel. Kami berhenti di hadapan bilik nombor 14A.
Dari luar, kami boleh dengar suara gelak tawa dari penghuni dalam bilik tersebut. Syamira mengetuk pintu beberapa kali.
Klak!
Pintu dibuka oleh seorang perempuan bernama Laila. Cantik.
"Hi kak Mira, kak Meel." Katanya sambil melambai tangan.
"Hi Laila. Ni Naylia. Budak yang Ummi cakap nak tidur dalam bilik ni. Lagipun ada katil kosong kan?"
"Ha'ah. Hi Nay, masuklah. Diorang pun tengah tunggu kau." Ujarnya bersertakan senyuman.
"Diorang?" Laila mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik. Aku turut mengikuti langkahnya.
"Wow!" Kataku perlahan. Tak macam apa yang aku bayangkan.
"Nay kau boleh tidur dekat bahagian atas, aku tidur bawah." Arah Laila lalu baring di atas katilnya.
Aku duduk bersila di atas katil sambil melihat setiap wajah yang memandang aku. Mereka seperti sedang menunggu sesuatu dari aku.
"Hi aku- "
"Hi Naylia!" Potong mereka serentak.
Aku rasa janggal berhadapan dengan diorang. Aku cuba berlagak.
"Wow korang kenal aku! Baguslah tak payah aku penat-penat nak kenalkan diri dekat korang semua." Kataku sambil melihat setiap wajah di dalam bilik tersebut.
Aku berpura-pura menjatuhkan sebatang pen ke bawah dan buat-buat marah dengan pen tersebut.
"Haa kau! Tolong ambilkan pen aku!" Arah ku kepada seorang budak yang sedang melukis sambil memandang aku.
Dia mengerutkan dahi.
"Kau boleh je turun, ambil lah sendiri!" Balasnya malas.
"Salah ke kau ambilkan untuk aku!?" Soal ku marah.
Dia menjeling ke arah aku tajam. Dia mencapai pen tersebut dan membaling kasar ke arah aku.
Aku mengelak dan memandangnya dingin. Dia ketawa dan Laila juga turut ketawa.
"Kau ni kenape!? Tak reti bagi elok-elok ke!?" Soal ku marah.
Dia sekadar tersengih. Dan tiba-tiba seorang perempuan yang tadinya sekadar duduk di kepala katil kini berdiri di hadapan katil.
"Wei! Tak payahlah nak gaduh dengan budak baru. Dia belum tahu siape kita dan syarat dalam bilik ni."
"Syarat?" Soalku. Dia mengangguk.
"Tapi sebelum tu, kau kena kenal siape kitaorang." Ujarnya.
Aku mengangguk.
"So, kenalkan lah diri masing-masing!" Arahku dengan nada sinis.
"Aku Laila!" Balas Laila.
"Aku Bad. Badina." Balas perempuan yang mengambil pen aku tadi.
"Aku Ziara. Kau boleh panggil aku Zia je. Dan tu yang tengah pura-pura tidur tu, Afirra. Panggil dia Firra. Kakak aku."
Aku mengangguk faham.
"Kau yang pura-pura tidur tu bangunlah!" Arahku tegas.
Dia berdecit kuat lalu memandang aku. Mereka yang lain tersenyum memandang Afirra.
Dia turun dari katil dan mendekati Ziara lalu meletakkan sikunya ke atas bahu Ziara. Dia memandang aku lama lalu tersenyum.
"Kau... Naylia binti Adam." Ujar Afirra.
Aku terkejut apabila dia tahu nama penuh aku.
"Satu-satunya pewaris Adam Hawa Insurans yang menerima kesemua harta Tuan Adam." Katanya lalu tertawa.
Mereka yang lain juga turut hairan melihat Afirra yang tiba-tiba ketawa sendiri.
"Kau anak orang kaya, asal kau tinggal dekat rumah ni? Hahh?"
Aku menjelingnya tajam dan berpura-pura tersenyum.
"Saja aku nak merasa macam mana keadaan anak yatim yang tinggal dekat rumah ni." Balasku berlagak.
"Aku nak tanyalah, kenape kau kena berlagak dengan kami? Sebab mak bapak kau tinggalkan harta yang banyak untuk kau?"
Aku mengangguk.
"Korang semua dengan aku, kita berbeza. Yes kita anak yatim, tapi darjat aku lagi tinggi."
Tiba-tiba Bad ketawa bagai nak rak.
"Berbeza? Beza dia kau tidur atas aku tidur bawah? Kau tu, tetap sama taraf dengan kitaorang walaupun kau kaya tapi kau tetap tinggal dekat rumah anak yatim ni." Balasnya.
"Tak payahlah nak gaduh dengan budak baru. Budak baru memang macam tu. Tunggu dua tiga bulan lagi, lain perangai dia." Sampuk Laila.
"Kau diamlah Laila!" Marahku.
Apabila aku melihat mereka semua, mereka menunjukkan wajah seolah-olah takut dengan kata-kata aku tadi.
Baru aku nak bersuara kembali, mereka ketawa besar. Kenapa?
"Wei Nay! Kau ingat kitaorang takut ke dengan marah kau tu! Budak senior pun takut dengan kitaorang je!" Kata Ziara.
Aku terdiam dan cuba mengejek mereka.
"Yelah tu! Tah-tah korang kena buli. Padan muka. Dahlah Sombong!" Marahku.
Mereka berhenti ketawa apabila mendengar perkataan 'sombong'.
"Hey Nay! Kau tak payahlah nak berlagak. Kitaorang je pembuli dalam rumah anak yatim ni. Firra baru je kena denda dengan Ummi tadi sebab buli budak." Kata Ziara.
Afirra berdecit lagi lalu mengetuk kepala Ziara.
"Tak payahlah bagitau!"
"By the way Naylia. Selamat datang ke bilik nombor 14A. Bilik pembuli. Kau jangan risau, kitaorang tak buli roommate sendiri tau." Jelas Afirra.
Aku mengangguk.
"Laila ketua bilik, jadi kalau nak apa-apa bagitau dia." Balas Bad.
"Wei Bad, aku ingat lagi masa first time kau masuk bilik ni, sebijik macam Nay." Kata Laila.
"Diam!" Marah Bad.
***
"Dapat maklumat pasal Syamira dengan Syameel?" Soal Boss.
"Budak aku cuma dapat alamat rumah dia dengan nombor plat kereta je." Jawab Kamil.
Boss sekadar diamkan diri sambil menghisap paipnya.
"Kamil, kau arahkan budak-budak kau, serbu rumah diorang. Cari setiap maklumat dan, kalau jumpa diorang... Bawak jumpa dengan aku. Faham!?" Arahnya.
"Faham boss!" Balas Kamil lalu keluar bersama budak-budaknya.
"Aku tolong kau keluar, tapi kau terus lupakan aku! Tak guna punya anak!" Marah boss.
***
Aku yang sedang sibuk menghadap skrin elektronik tidak perasan ada manusia memandang ke arah aku.
"Woi Nay! Dah-dah lah mengadap telefon tu. Aku naik bosan tengok kau buat macam tu. Meh lah lepak dengan kami!" Ajak Afirra.
Aku mengangguk lalu meletakkan telefon aku di bawah bantal. Aku melompat ke bawah dan berjalan ke arah mereka.
Aku melihat mereka yang sedang bertongkat dagu memandang aku.
"Korang ni kenapa?"
"Syarat ke dua dalam bilik ni adalah, kau perlu ceritakan pada kami apa yang terjadi dekat keluarga kau."
"Hahh!?"
Share this novel