bab 4

Adventure Completed 11557

“Dalam perjalanan pergi ke gym, kitaorang dengar bunyi tapak kaki dari jalan nak ke gym. Bila Nay perasaan ada orang, terus Nay tarik kakak masuk semak. Tunggu-tunggu punya tunggu, yang muncul dekat situ mak long dengan mak Su. Diorang bawak pisau dengan barang macam nak potong rantai. Kitaorang dah mula rasa ada yang tak kena. Terus kitaorang keluar dari semak bila mak Su dengan mak long pergi..” kata-kata ku dipotong oleh papa.

“Korang berdua pergi gym? Sejak bila ni?” Soal papa kepada mak long dengan mak Su. Mereka berdua nampak gugup.

“Mana ada kitaorang pergi gym dik.. lagipun kalau betul dia menyorok dekat semak, takde pun daun ke yang lekat dekat baju..” balas mak long.

Nadira memandang lengan aku. Terus aku menunjukkan lenganku kepada mereka semua. Mama nampak terkejut.

“Takkan korang menyorok dekat bunga ros tu..” kata mama. Aku mengeluh sedikit. “Tu je semak terdekat..” balasku pendek.

“Ha Nay.. sambung cerita” pinta papa. Aku mengangguk.

“Terus Nay dengan kakak lari ke gym. Bila masuk gym gelap tak macam selalu. Bila Nay buka lampu tak jumpa pape, tapi tiba-tiba.. kak Nad jumpa sesuatu” suaraku sudah mula berubah. Berubah menjadi suara yang tidak keruan bersertakan nafas yang tidak menentu.

“Bila Nay pergi dekat kak Nad, Nay nampak punching bag kesayangan Nay dah habis dikoyak dan isi dalam bag tu dah ada dekat merata-rata tempat!!” suaraku kian meningkat. Mata aku sudah mula berair.

Mak long dengan mak Su masih menafikan dengan menggeleng kepala. Aku semakin marah.

“Naylia berhenti. Bertenang sayang” arah mama. Aku memandangnya dengan wajah marahku. Aku tidak dapat mengawal perasaan marah.

“Nad.. Bawak Nay naik bilik. Biar papa yang bincang dengan mak long” arah papa. Terus Nadira menarikku menuju ke atas.

“Oh Nadira satu lagi..” panggil papa. Kami berdua sama-sama menoleh. “Malam ni pakai baju cantik. Kita ada tetamu khas” katanya. Kami berdua mengangguk serentak lalu meneruskan langkah naik ke bilik.

“Kak long, kak Su.. apa korang dah buat ni? Korang tahu kan tu favourite punching bag Nay” marah papa.

“Bukan kitaorang yang rosakkan punching bag Nay..la..lagipun mana ada kitaorang pergi ke gym” bantah mak Su. Mereka berdua buat tak endah lalu bangun dan berlalu dari situ.

“Kakak!!” jerit papa. Mereka berdua tetap tidak mengendahkan panggilan papa. “Kak..” panggil mama lembut. Baru mereka menoleh dan mengangkat kepala.

“Jangan lupa pakai baju cantik-cantik malam ni” pesan mama. Mereka berdua mengangguk.  Papa memandang mama hairan.

“Sayang. Kalau Naylia bad mood, dia mungkin takkan turun malam ni” terang papa. Mama mengangguk setuju. “So kita nak buat ape?” soal mama.

“Nak belikan dia punching bag baru? Tak sempat sebab kita ada makan malam istimewa kejap lagi. Lagi..4 jam” balas papa. Mama seolah-olah berfikir.

“Nanti saya cuba pujuk dia” balas mama. Papa mengangguk lalu mencium pipi mama.

***

Aku menghempas diri ke atas tilam. Tangan ku genggam kuat. Marah aku masih belum reda. Nadira sekadar duduk di tingkap sambil memandangku.

“Tak payahlah nak tengok adik sampai macam tu sekali. Macamlah ni kali pertama akak tengok adik macam ni” kataku sambil memandang siling merah jambu bilikku.

Tok.. Tok.. Tok..

Serentak aku dengan Nadira memandang. “Mama..” ungkap Nadira. Mama sekadar senyum lalu melangkah masuk. Mama melabuhkan punggung di kaki katil.

“Nay.. Janganlah nak marah-marah sampai macam ni. Dah tak cantik dah puteri mama ni..” pujuk mama. Aku sekadar memandangnya sayu. Aku bangun lalu merangkak mendekati mama.

Mama membelai pipiku lembut. Sama macam mama selalu buat. “Nanti mama ganti punching bag baru, okay?” katanya lembut.

Aku menggeleng laju. “Aii.. Tadi marah sangat punching bag rosak. Ni mama nak ganti adik tak nak pulak” sampuk Nadira. Aku mengendahkan kata-kata Nadira. 

“Bukan mama dengan papa yang rosakkan benda tu. Mak long dengan mak Su yang buat. Sepatutnya diorang yang ganti balik” terangku. Mama tersenyum.

Nadira mendekati kami. “Ha’ah mama.. Bukan mama dengan papa yang rosakkan. Biarlah diorang yang ganti” kata Nadira. Aku mengangguk laju.

“Esok mama pergi beli yang baru” katanya lalu mengucup dahiku lembut. Aku mengeluh dan mengangguk. Mama tersenyum.

“Dah jangan lupa malam ni okay?” pesannya. Kami berdua serentak mengangguk kepala.

***

Seperti yang papa dengan mama arahkan, aku mengenakan gaun berwarna biru tua paras lutut manakala Nadira mengenakan gaun biru muda panjangnya sehingga buku lali.

Rambut aku yang panjang sehingga pinggang aku biarkan tak berikat. Nadira pula menyanggul rambutnya. Cukup sekadar solekan nipis.

Aku dan Nadira bersama-sama menuruni tangga. Papa dan mama sudah bersedia untuk menyambut ketibaan tetamu di hadapan pintu rumah. Bukan hanya mereka berdua, mak long dengan mak Su turut berada di situ.

Aku mengeluh dan Nadira menyiku lengan aku. “senyum..” katanya. Aku mengangguk lalu mendekati mereka semua. Aku memberi senyuman kepada mama dan papa.

Tidak lama lepas tu, ada dua buah kereta Mercedes masuk ke dalam perkarangan rumah kami. Papa mendekati mereka sebaik sahaja mereka keluar dari perut kereta.

“Linda.. pergi siapkan minuman untuk tetamu” arah mak Su. Aku mengikut kak Linda dan dengan tiba-tiba Nadira menarik tanganku. “Akak dah kenape?” soalku.

“Sambutlah tetamu dulu” bisiknya. Aku buat muka pelik. “Adik tolong kejap je. Lagipun lepas ni adik jumpa jugak dengan diorang tu” balasku dan cuba berjalan tetapi ditarik lagi.

“Kesian dekat kak Linda kena angkut banyak air” kataku lalu menampar belakang tangannya. Terus aku berlari mendapatkan kak Linda.

“Jemput masuk Tuan Rizman. Ni puteri-puteri saya” kata papa tanpa melihat Nadira. Nadira memberikan senyuman manis. “Adam kau kata kau ada dua anak. Ni sorang je?” soalnya hairan.

Nadira dah mula gelabah. Papa menoleh lalu mengerutkan dahi. “Nadira.. Naylia mana?” soalnya. Nadira agak gugup. “Nay dia gi dapur. Tolong kak Linda” kata Nadira perlahan.

Papa mengerutkan dahi. “Tolong kak Linda? Kenape?” soal papa. “Dia kata kesian tengok kak Linda. Lagipun kita ada banyak tetamu. Banyak air dengan snek yang kena siapkan” jelas Nadira.

Papa mengangguk. “Nadira, gi tolong Naylia dengan kak Linda ehh” arah mama. Nadira mengangguk. Dia berlalu menuju je dapur.

“Ehem... Saya Safiyah dan ni Suraya. Kitaorang ni kakak Adam” jelas mak long. Para tetamu sekadar mengangguk dan senyum kepada mereka berdua. “Ha tuan Rizman jemput duduk” pelawa papa.

Mak Su dan mak long tidak diendahkan oleh mereka semua. Mak long turut duduk bersama di ruang tamu bersama dengan yang lain.

“Adik, kak Linda meh akak tolong bawak snek tuu” kata Nadira. Aku dan Kak Linda mengangguk serentak.

Lantas kami bertiga keluar dari dapur dan masing-masing membawa dulang berisi snek dan air. 

Aku agak lambat berjalan sebab takut jatuh habis aku kena marah. Seorang lelaki tiba-tiba berdiri dan menyambut dulang ditanganku lalu meletakkannya di atas meja.

“Amboi.. Nadira dengan kak Linda punya tak nak sambut. Kalau si Naylia nak pulak si Faris ni sambut” sakat Nadira. Terus aku menyikunya.

Faris tersenyum malu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience