"Naylia nak tak ikut kitaorang. Sebab area... Lain sikit" kata Syamira perlahan. Aku terdiam.
"Apa yang lainnya? Nay tengok biasa je. Cuma, sunyi" balasku.
"Jomlah ikut akak. Naylia tak tahu jalan dekat sini. Bahaya. Lagipun sini ada- "
"Takpe kak. Nay akan okay. Lagipun pandai-pandailah Nay bawak diri nanti eh" Syamira terdiam.
Syamira melihat Syameel, dan Syameel sekadar mengangkat bahu. Syamira mengeluh.
"Ermm.. okay Nay ada phone?"
Aku mengangguk laju lalu menghulurkan iPhone X milikku.
"Meh sini akak masukkan nombor akak. Nanti kalau ada apa-apa, Nay telefon je akak ehh?" Katanya sambil memasukkan nombor miliknya.
"Take care ehh.." pesannya sambil mengusap kepala aku dan terus melangkah masuk ke dalam perut kereta.
"Naylia! Take care . Orang dekat sini lain dari yang Nay selalu jumpa!" Pesan Syameel.
Aku mengangguk sambil melambai kepada mereka berdua. Tiba-tiba aku tersengih.
"Agak-agaklah. Takkan aku nak ikut korang padahal aku baru nak merasa hidup di luar." Ujarku sambil menggeleng kepala.
Aku melihat nombor Syamira, aku tersenyum. Aku menekan padam.
"Aku tak perlukan pertolongan kau. Orang sini lain dari yang lain? Apa yang lainnya, diorang manusia jugak." Kataku angkuh lalu meneruskan perjalanan ku.
***
Akim masuk ke dalam bilik mak Su tanpa mengetuk. Terperanjat mak Su melihatnya.
"Tak reti ketuk ke?" Soal mak Su.
"Ibu.. Akim nak tinggal balik dengan Alif." Pintanya.
Mak Su semakin terperanjat.
"Kenape ni? Sampai nak balik rumah anak yatim tu? Tinggal sini jelah" balas mak Su lembut.
Akim menggeleng.
"Ibu kasi ke tak, Akim tetap nak balik sana. Ibu... Dekat sana lebih tenang dari sini" ujar Akim sambil memegang kedua-dua bahu mak Su.
Mak Su menghelakan nafas berat lalu mengangguk.
"Okay. Ibu ikut Akim balik sana, boleh?" Soalnya mak Su bersertakan senyuman manis.
Akim menekup mulutnya. Tak sangka. Akhirnya ibunya setuju untuk tinggalkan rumah gabungan neraka mak long ini.
" Aaa.. Akim kemas barang dulu.. Ibu, ibu kemas barang ibu jugak eh!" Gugupnya.
Terus Akim berlari ke dalam biliknya. Mak Su menggeleng kepala melihat kerenah Akim.
"Akhirnya, Alif.. ibu datang ni" katanya sayu.
Baru sahaja mak Su nak bangun dari katil ada seseorang masuk ke dalam biliknya.
"Angah?"
"Kau nak pergi mana pulak ni, Su?" Soal mak ngah hairan.
"Aku rasa kau curi-curi dengar perbualan aku dengan Akim, jadi mesti kau tahu aku nak pergi mana kan, ngah?" Soal mak Su kembali.
Mak ngah terdiam apabila mendengar penjelasan mak Su.
"Kau nak ikut Akim balik rumah Anak Yatim Indah Muslim, kan?" Soal mak ngah.
Mak Su senyum dan mengangguk. Mak ngah terkejut dengan mulutnya yang ternganga.
"Tak payahlah kau nak terkejut sangat. Hahh lepas ni, aku tak kacau kau dengan along lagi okay? Buatlah apa yang korang nak eh?" Katanya selamba.
"Eh kau ni! Kau tak nak ke harta si Nay tu?" Soal mak ngah lagi.
Mak Su mengeluh kasar.
"Aku tak nak satu sen pun! Dah sekarang, kau keluar dari bilik aku! Aku nak kemas baju. Shuhh! Shuhh!" Halau mak Su.
Mak ngah mengecilkan matanya geram. Walaupun geram, kakinya tetap melangkah keluar dari bilik mak Su.
"Lagi cepat kau berambus keluar lagi bagus! Lagi banyak harta yang aku akan dapat nanti." kata mak ngah angkuh.
Mak Su sekadar menggeleng kepala perlahan sambil tangannya memasukkan pakaian ke dalam bagasi miliknya.
***
"Allah penatnya." Kataku lalu terbaring di tepi jalan.
Aku menutup mata menggunakan belakang telapak tangan kerana silau. Kalau boleh aku nak tidur tapi takut pulak aku kena langgar dengan kereta pulak.
Aku duduk. Melihat kiri kanan. Kiri aku jalan tak lah besar mana lebih kurang sedepa je. Lori pun tak muat agaknya dan di kanan aku, tebing. Bawah tu hutan agaknya.
"Dah lah takde pagar, ni kalau aku bergolek jatuh habis cerita." Kataku sambil melihat-lihat tebing tersebut dan tanpa diminta, tangan aku tergelincir dan aku bergolek jatuh.
Laju jugak aku bergolek dan akhirnya, kepala aku terhantuk dekat batang pokok. Nasib tak pitam.
Aku bangun sambil mengurut kepala ku. Tiba-tiba sahaja tangan aku terasa pedih.
"Wow! Luka!" Kataku lalu menggigit bibir.
Aku mencari pembalut luka di dalam beg dan aku tampal dekat tempat luka tu.
"Hutan ape pulak ni?" Rungut ku. Aku melihat tempat aku terjatuh tadi.
Mak aii!! Bukan main tinggi lagi. Ni nak panjat pun tak boleh. Dengan beg berat ni lagi. Jadi jawapannya,
"Aku kena cari jalan keluar dari hutan ni lah jawabnya." Aku bangun lalu bercekak pinggang.
"Nak ikut mana ni?" Kataku. Tiba-tiba aku teringat dengan kata-kata papa semasa kami masuk hutan dulu.
Imbas kembali...
"Kita nak ikut jalan mana ni papa?" Soal Nadira risau. Papa masih terdiam dan melihat sekeliling.
Aku memeluk lengan Nadira, takut. Aku melihat sekeliling, penuh dengan dahan pokok. Aku mencubit lengan Nadira.
Dia mengangkat kening.
"Dalam ni, tak macam cerita Harry Potter tu kan? Ada macam-macam." Soalku.
Dia tersenyum lalu membongkok sedikit. Dia mengusap kepala aku.
"Itu dalam filem je. Mana wujud hutan macam tu lah dik. Ada penjahat dengan raksasa." Katanya lalu ketawa.
Aku mengangguk faham tetapi mataku masih melihat sekeliling hutan.
"Hey jom! Papa ada dengar bunyi air sungai. Jom!" Panggil papa.
Nadira mengangkat lalu menarikku.
"Ehh kejap!" Kataku tiba-tiba.
"Kenape ni?" Soal Nadira.
"Kenape nak ikut bunyi air sungai pulak?"
"Sebab, di mana ada sungai, mesti ada jalan keluar." Katanya. Aku mengangguk faham.
Tamat imbas kembali..
Aku tersenyum seorang diri apabila teringat dengan semua tu.
"Dulu kita redah hutan sama-sama. Sekarang, Nay kena redah sorang je." Kataku sayu.
Aku menghelakan nafas berat.
"Naylia jangan sedih nanti mama, papa dengan kak Nadira pun akan sedih nanti! Sabar Naylia" aku memujuk diri sendiri.
Aku jalan beberapa langkah ke hadapan. Lalu menutup mata. Telinga aku cuba mencari bunyi anak sungai.
(Bunyi air mengalir)
Serta merta aku membuka mata dan menoleh ke kanan. Jari telunjuk aku menunjuk ke arah kanan.
"Papa, Nay dah jumpa!" Kataku teruja lalu melangkah ke arah bunyi air sungai tersebut.
Beberapa minit kemudian..
Aku tersenyum lebar apabila melihat sungai jernih di hadapan ku. Aku mencangkung lalu mengambil sedikit air lalu meminumnya.
"Ahh segar.." kataku.
Mataku tiba-tiba menangkap susuk tubuh beberapa orang lelaki di seberang sungai sambil memegang pistol.
"Pistol!?" Kataku perlahan lalu menyembunyikan diri di belakang pokok.
Aku mengintai. Selain yang aku nampak tadi, ada yang lain di bahagian yang berbeza.
"Siape diorang ni? Apa diorang buat dekat sini agaknya?" Soalku.
Tiba-tiba ada sebuah sampan menuju ke arah mereka. Seorang lelaki bertopeng dewasa dengan beberapa budak perempuan.
Wajah mereka nampak sedih. Rambut tak terurus, baju koyak sana sini. Kasihan!!
Aku mengambil topeng muka lalu memakainya. Baru aku nak melangkah meninggalkan tempat tersebut, ada satu suara menjerit.
"Aku tak nak!!!" Jerit perempuan tersebut.
Boom!!
Seorang lelaki berbadan besar menembaknya tepat di kepala. Aku geram.
"Ee mamat gemuk tu! Dah lah macam Higrid ada hati nak bunuh orang pulak." Rungut ku.
Aku merancang untuk guna jalan lain. Aku memusingkan badanku dan..
"Aa!!" Jeritan aku tidak habis apabila ada tangan menekup mulutku. Mata aku terbeliak melihatnya.
Share this novel